sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday, 23 September 2012

VIDEO PANAS PRK UUM : JOM TENGOK APA DAH JADI KEMPEN DI UUM

BERITA : PILIHANRAYA KAMPUS UUM
 
 
 

 


 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan mahasiswa universiti malah untuk negara pada masa depan. Jadi perubahan demi untuk kebaikan semua. - TMK

SUARA HATI DR. MAHATHIR - LAPORAN 23 SEP.

SUARA HATI DR. MAHATHIR - LAPORAN23 SEP 2012



Saya sedih. bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya, perasaan apabila melihat kaum saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah di pengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang di alami oleh orang Melayu semasa di jajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa kita.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat menyelami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit mengenai orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih secara terbuka menyatakan bahawa orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbangkan apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak menjadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah oraang Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu dihadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapatkan buah bagi askar Jepun.

Jika gagal mereka ditempelang dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun. Tanpa bertanyakan sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu bagi membalas budi Siam. 

 Di bawah pemerintahan siam, orang Melayu diarahkan supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang dikepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah kami. Jangan sesiapa tolong.

Kemudian British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika mereka tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu. Ia akan menjadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu yang begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengatahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tak punya negara, tidak bertanahair. tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat diantara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetian kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah bagi berkenaan penolakan malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri atau dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan. 


Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.






HANTU GILA GLAMOR - BERGAMBAR

HANTU-HANTU YANG GILA GLAMOR BEB JOM TENGOK
















# Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu. (Al-An'aam 6:112)




# Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): "Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia". Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: "Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami". (Allah berfirman): "Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah". Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. (Al-An'aam 6:128)




# Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau (dari adanya sebarang sekutu denganMu). Engkaulah (yang kami hubungi sebagai Pemimpin dan) Pelindung kami bukan mereka. (Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai penyembahan mereka kepada kami), bahkan mereka adalah menyembah Jin Syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada Jin Syaitan itu (sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi)". (Saba' 34:41)





# Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). (Saad 38:37)



# Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu. (Saad 38:38 ...



p/s : tafsiran Ayat-ayat di atas untuk kita renungkan mengenai iblis dan syaitan ... Wallahualam.


PANAS : PENGAKUAN BUDAK PAKATAN SANGGUP MAKAN BABI???

BUDAK SENGAL PAKATAN SANGGUP MAKAN BABI??


Aku dah tak tahu nak cakap apa bila baca twitter budak pakatan ni, bagi aku kalau marahpun jangan sampai hilang pertimbangan dan soal aqidah. Nak salahkan siap dalam hal ni? Tok Guru, Ulama dalam Pas atau mereka yang tak ajar anak buah ? Aku malas nak ulas panjang, aku setakan di sini sedikit mengenai 'Babi yang haram dalam Islam' untuk renungan bersama.




Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Cuba lihat perkatan الْمَيْتَةَ apa maknanya?

Sudah tentu bagkai.

apa dia bangkai?

Bangkai didalam ayat ini ialah binatang yang tidak disembelih atau disembelih tidak mengikut syarak.

Apakah sembelih yang mengikut syarak?

Sembelih mengikut syarak ialah memotong urat tempat lalu nafas dan urat tempat lalu makanan pada binatang yang boleh dimakan lagipula yang kuasa disembelih.

Dengan itu menyembelih binatang yang tidak boleh dimakan tidak dinamakan menyembelih mengikut syarak.

Apaka ada orang menyembelih babi mengikut syarak?

Adakah babi termasuk binatang yang halal dimakan?

Babi termasuk dalam binatang yang tidak boleh dimakan, maka pada nya ada dua sifat pertama haram kerana bangkai kedua ianya haram dengan lafaz وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ. Ertinya haram makan daging babi.

Dalam ayat menyebut daging, adakah yang lain dari daging termasok dalam kata haram sepertimana daging? seperti lemak kulit dan lain-lain.

Didalam ayat ini Allah menyebut وَلَحْمَ الْخِنزِير ertinya dan haram daging babi maka yang lain haram juga kerana kaidah من إطلاق الجزإ وإرادة كل ,mengitlak satu juzuk tapi yang dikehendaki sekelian yakni mengantong sesuatu pada sebahagian tetapi yang dikehendaki keseluruhan benda itu. Didalam ayat ini Allah gantongkan pengharaman pada daging dan yang lain masok (mengikut) dalam kehendak pengharaman.

Sekarag ini saya nak bawakan pendapat ulamak mazhab.

Mengikut mazhab Hanafi sekalian angota (juzuk) binatang yang tidak sampai darah seperti bulu gading dan lain adalah suci melainkan babi. Maka sekelian juzuk babi adalah najis mengikut pendapat Hanafi.

Mengikut mazhab Maliki dan Hambali sekelian juzuk binatang yang telah mati adalah najis maka ia adalah haram kerana firman Allah حَرَّمَ عَلَيْكُمْ الْمَيْتَةَ. Diharamkan keatas kamu bangkai. Mengikut dua mazhab ini Kulit bangkai tidak boleh jadi suci dengan disamak juzuk satu m. 157 الفقه الاسلمي Dr. Wahbah Zuhayli.

Mengikut mazhab Maliki tiap-tiap benda hidup suci sehinga anjin dan babi. Yang dikehendaki yang hidup bukan yang dah mati.

Mufakat sekelian ulamak bahawa daging babi najis sekalipun disembelih dan berkata mereka itu sekelian juzuk babi yang telah mati adalah najis.

Mengikut mazhab Maliki dan Hambali pada pendapat yang Mashur kulit bangkai najis samaada disamak atau tidak kerana kulit satu juzuk dari bangkai. Maka tidak jadi suci dengan samak kerana firman Allah إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ الْمَيْتَةَ mengikut mereka itu hadis yang mengharuskan kulit bangkai telah tidak boleh diguna hukum kerana telah di nasakh oleh hadis

أني كنت رخصت لكم فى جلود الميتة فاذا جاءكم كتابي هذا فلا تنفعوا من الميتة بإهاب
ولا عصب رواه أحمد وأبو داود وفى لفظ أتنا كتاب رسول الله صلى الله عليه وسلم
قبل وفاته بشهر او بشهرين

Ertinya sesunguhnya aku telah memberi kemudahan kepada kamu pada kulit bangkai maka apabila sampai surat ini kepada kamu maka jangan kamu ambil menfaat dari kulit bangkai dengan disamak dan tida juga diambil menfat dengan nya dengan membalut telah meriwayat hadis ini Imam Ahmad dan Abu Daud dan ada terdapat pada riwayat yang lain dengan lafaz telah datang kepada kami surat Rasullah selepas wafatny lebih kurang sebulan atau dua bulan.

Maka hadis ini menasah hadis yang megharuskan mengambil menfaat dari kulit binatang.

Mazhab Zahiri tidak boleh diamal kerana tidak ada lagi ulamak yang besanad (bersambung) hinga kepada mereka itu.

Sanad adalah penting supaya menjaga kesinambungan ilmu supaya tidak ada unsure penipuan seperti mengubah pendapat mereka itu atau menambahnya sedangkan mereka tidak berpendapat begitu.

Tentang bab istihalah (berubah) yang dikehendaki disini adalah berubah dengan sendirinya seperti arak berubah jadi cuka atau darah dipusat kijang berubah jadi kasturi. Bukan berubah dengan usha kita dan bukan semua benda berubah masuk dalam bab ini.

Kalau semua benda yang berubah sifat masuk dalam bab ini maka racun yang berubah boleh dimakan.

sumber : Klik Sini

Wallahualam... jika saya salah tolong betulkan saya

Saturday, 22 September 2012

JOM BANTU SAUDARA ROHINGYA KITA YANG DI SIKSA !!!!!


SEMUA BELIA DIJEMPUT UNTUK MEMBANTU SAUDARA ROHINGYA KITA !!! JOMMM !!!
Dengan penuh rendah hati... Bagi pihak penganjur ingin menjemput sahabat-sahabat semua ke Mini Karnival Jom Santai Mencari Raja Dodol 2012 pada 22hb September 2012 di Dewan Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves.



Pelbagai aktiviti menarik seperti autoshow kereta dan motorsikal berkuasa kecil hingga besar, karaoke, cabutan bertuah dan semestinya acara kacau dodol.


Kacau dodol bermula awal pagi, namun Mini Karnival akan dibuka kepada orang awam bermula jam 11 pagi hingga jam 8 malam.


Dodol yang telah siap akan dilelong selepas acara perasmian yang akan disempurnakan oleh Datuk Haji Megat Zulkarnain (Penyelaras Parlimen Gombak).

Sebahagian hasil dari lelongan dodol akan disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Rohingya.

Jom kita berkumpul, bersantai, bergembira dan mengerat silaturrahim disamping beramal.

Tarikh : 22 hb September 2012
Hari : Sabtu
Masa : 11 pagi - 8 malam
Tempat : Dewan Taman Bolton Batu Caves, Selangor Darul
Ehsan.


Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja-penaja yang telah banyak menyumbang untuk menjayakan Mini Karnival ini iaitu Datuk Megat Zulkarnain (Penyelaras Parlimen Gombak), Datuk Hasnal (MASGENUINE - i BERHAD), De' Wajah Skin Care, Puan Alin (Anjung Putra Biker's Corner), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bro Nazri (Bikers), Cafe 22, dan lain-lain lagi (yang tidak dapat disebutkan nama).


Tahniah A Summit Resources sebagai penganjur utama dan Datuk Megat bagi pihak BN Gombak !!!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...