sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 17 February 2013

AL-FATIHAH - SEORANG LAGI ARTIS VETERAN KEMBALI KEPADANYA - TAKZIAH KEPADA KELUARGA KUSWADINATA


Pelakon veteran Kuswadinata, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham meninggal kira-kira pukul 5.07 petang semalam dan akan dibawa ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, sebelum ini dipetik sebagai berkata, pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.


“Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL.

“Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit.

“Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak,” ujarnya.

Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.

- Al-Fatihah -

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive