Selepas kecoh satu Malaya tentang satu video berjudul 'bangkang dari longkang ' yang tersebar dari youtube baru-baru ini , pelakon , pelawak , pengacara dan dj radio SinarFM Saleh Yaakob telah membuat penguguman untuk terus bersara dari dunia hiburan.
Saleh juga memohon maaf kepada semua peminatnya kerana video itu . Video yang turut disertai oleh seorang lagi pelakon, pelawak dan dj radio iaitu Nabil memaparkan suasana di sebuah ceramah politik telah mendapat kritikkan daripada penyokong pembangkang secara meluas.
Menurut Salih Yaakob, beliau tiada maksud apa-apa dalam rakaman video tersebut , katanya beliau hanya diberitahu bahawa ia hanya sebuah sitkom biasa , malah skrip juga hanya diberikan beberapa jam sebelum rakaman.
Malah beliau secara jujur tidak menyokong mana-mana pihak , dan mengenai video itu beliau juga menyalahkan diri sendiri . Penyebaran video itu memberi tekanan kepada Salih.
Mengenai masa depannya pula , Salih berkata beliau telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.
APJ : Teruskan Perjuanganmu wahai pejuang ...
No comments:
Post a Comment