sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 15 July 2013

AKTA KERHARMONIAN NASIONAL MAMPUKAH MENGHALANG HASUTAN-HASUTAN BIADAP ? @Zahid_Hamidi @PDRMsia @NajibRazak

Apj amat berharap selepas Akta Hasutan dimansuhkan tahun lepas dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional boleh menjamin tiada lagi ada yang berani menghasut dan melakukan perkara yang boleh menjadi perbalahan antara kaum di Malaysia. 

Kita boleh lihat sekarang , bermacam-macam perkara yang terjadi , hasutan melampau seolah masing-masing tidak menghiraukan perpaduan antara kaum di negara kita. Mereka menganggap undang-undang dan akta yang ada diMalaysia ni boleh dicabar dan dipermainkan. 



Gambar kat atas ni adalah contoh kes-kes yang boleh dikenakan atas Akta Hasutan atau Akta Keharmonian Nasional . Banyak lagi sebenarnya yang boleh di tunjukkan , Apj teringat kes seorang wanita berbangsa cina dan rakan-rakannya yang menghina YDP Agung dahulu , bagaimana kes ini ? selepas dipanggil untuk siasatan , lenyap sahaja kes ini . Tidak lut kah akta atau undang-undang yang ada ? 


Kes terbaru yang membuatkan orang Islam di Malaysia terasa hati dan marah dengan Alvin dan Vivian yang menanyangkan gambar mereka sedang menjamu selera dengan sup babi dan menulis pada gambar perkataan ' Selamat Berbuka Puasa ' dan ada tanda log 'halal' dari JAKIM. 

Apj terdengar SKMM dan pihak berkuasa akan memanggil kedua manusia biadap ini , adakah selepas siasatan kes ini akan lenyap seperti yang kita lihat sebelum ini ? kita tunggu dan lihat akan siasatan kes ini nanti . 

Apj siarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri semalam tentang Akta Keharmonian Nasional :

Akta Keharmonian Nasional yang mungkin menggantikan Akta Hasutan 1948 akan menitikberatkan empat perkara utama sekali gus mengekang mana-mana pihak daripada terus mempertikaikan peruntukan undang-undang tersebut yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, empat perkara itu meliputi kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Akta Hasutan telah diputuskan untuk dipinda kepada satu akta yang mungkin dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional yang tidak akan berkompromi terhadap empat perkara utama dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan tahlil serta solat Maghrib di Masjid Al-Khairiah di pekan Selekoh.

Pada 11 Julai tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 yang antara lain bertujuan mencari mekanisme keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara serta menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

 Apj tidak mahu pulak selepas Akta Keharmonian Nasional ditubuhkan, perkara sama tetap berulang , dan semestinya akta ini dapat membendung kes-kes berunsur hasutan ini. Jangan membiarkan akta ini hanya menjadi barangan perhiasan ataupun seperti kayu reput yang tak ada nilai. 

Bukan menafikan tindakkan pihak berkuasa tetapi apa yang jadi dahulu bukan makin kurang kes-kes hasutan ini tapi bertambah banyak pulak kes baru yang timbul . Kerana apa ? kerana 'siasat dan diam ' itulah puncanya . Seolah akta yang ada ni hanya ada nama tapi tiada fungsi . 

Apa yang Apj nampak sebenarnya , kes-kes ini melibatkan satu kaum sahaja yang menang besar di bawah payung parti biaDAP tu , dan kes-kes seperti ini keluarga 'peguam' merekalah yang menjadi 'peguam bela' kepada manusia kurang ajar tu . 

Mereka jugalah yang bersemangat dan berkeras mahu Akta Hasutan dimansuhkan dan disokong oleh 2 lagi parti suruhannya. Kita tewas apabila menurut sahaja kehendak puak-puak ni dan sekarang , nah !! inilah yang terjadi . 


1 comment:

Anonymous said...

Itulah bila ada pihak yang begitu 'bijaksana' menghapuskan undang undang pencegahan, konon konon atas dasar keterbukaan, hak demokrasi dan hak asasi manusia.
Apa jadi sekarang? Perbuatan jenayah menjadi jadi dan perbuatan menghina Islam jadi mainan harian.
Jangan salahkan polis kalau hanya mampu menyoal siasat sahaja tanpa apa apa tindakan. Mungkin mereka tidak ada cara untuk membuat tindakan apabila 'senjata' yang boleh digunakan dihapuskan!
Boleh dakwa mereka di mahkamah, tapi dengan barisan loyar buruk mereka yang handal, mereka akan tergelak gelak dan bebas sekejap masa.
Cadangan terbaik minta pihak yang membatalkan undang undang pencegahan berdiri di barisan hadapan menentang penjenayah penjenayah ini!
Sekarang hendak gubal undang undang harmonilah dan entah apa apa lagi, bukankan ini kerja kelakar namanya ( malas hendak gunukan istilah bahlol di bulan puasa ini )
Undang undang yang sedia ada dibatalkan, hendak ganti lain konon. Sedarlah diri sudah tidak ada dua pertiga majority di Parlemen. Berjayakah nanti usaha ini kalau pembangkang tidak turut menyokong?

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive