'PECAT'
Hari ini dua tokoh yg dilihat bersih telah dipecat dari Umno, sementara seorang lagi digantung keahlian.
Maka dengan langkah drastik ini pastinya melegakan kepimpinan Umno yg ada sekarang ini dari sebarang kacau ganggu dalaman dalam parti yg dikatakan keramat lagi hikmat serta sakti itu.
Jika selama ini tokoh-tokoh ini yang mewakili akar umbi dengan lantang mengkritik dan menegur kepincangan kepimpinan tertinggi Umno, selepas ini tiada yg berani lagi menegur golongan puak sufi yg sedang memimpin Umno sekarang ini.
Kita melihat demokrasi dalam Umno sudah mati sepenuhnya dgn penyingkiran dua tokoh berwibawa ini. Ini juga merupakan satu isyarat dan amaran kepada ahli-ahli akar umbi Umno supaya mengamalkan dasar tutup mulut sekiranya mahu selamat didalam Umno.
Budaya takut akan membiakan satu kelompok baka baru seterusnya melahirkan segerombolan kerbau yg dikandang serta berkili dihidungnya dengan dijamu pula dengan dedak sebagai diet utama utk hidup.
Luahan ini diambil dari facebook Sidie kdk
2 comments:
Nafsu nafsi munafiqun. Berkopiah, berjanggut tanpa misai, berjubah, bertudung dan dahi masing2 hitam kerana banyak sujudnya. Babi dan arak tidak disentuh yang lain rembat sampai roboh. Daki nafsu nafsi penuh didalam diri.
Mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya terhadap mereka. Mungkinkah sumpah laknat yang di buat Najib sudah berlaku keatas diri nya dan kemuncaknya bakal tiba.....pada kita kebetulan tapi pada Allah tiada sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Syabas orang2 yang menegakkan kebenaran! Teruskan berjuang!
#UMNO Pagoh
Post a Comment