sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 28 June 2016

SAH !! Kubur Pertama Umno Di Semporna Sabah


ADUN Sulabayan dari BN, Jaujan Sambakong mengumumkan beliau keluar daripada Umno.

"Saya telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno," kata Naib Ketua Umno Bahagian Semporna kepada Malaysiakini.

Beliau berkata Pengerusi Tetap Umno Semporna, Datu Eranza Datu Saribu turut keluar parti bersama-sama dengan 19 ahli jawatankuasa dan akar umbi Umno Semporna.

Bagaimanapun, Jaujan berkata, beliau akan kekal sebagai ADUN dan menyerahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali untuk membuat keputusan mengenai statusnya.

Tindakan sedemikian muncul selepas Majlis Tertinggi Umno menggantung Ketua Umno bahagian Semporna yang juga Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat lepas

1 comment:

Anonymous said...

Jangan begitu yakin UMNO Sampoerna sudah berkubur. Jika tidak mendalami politik Sabah lebih baik duduk diam2 jaga kulup sendiri.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive