sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 10 June 2016

Video Panas !! Rakyat Sungai Besar Lebih Kenal YB @BudimanZohdi Dari Calon Pembangkang #SCS93 #PRKSgBesar


Wakili Dua Kawasan Bukan Isu


SUNGAI BESAR: Mewakili dua kawasan sebagai wakil rakyat bukan satu isu yang perlu diperbesar, kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.

Beliau meminta mana-mana pihak supaya tidak menjadikan isu yang beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Situasi seorang wakil rakyat memegang dua kawasan iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen merupakan perkara biasa dalam politik dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

"Mereka (pembangkang) patut bertanyakan ini kepada Azmin Ali (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) (Menteri Besar Selangor) kerana (selain Anggota Parlimen Gombak) pada masa sama beliau (ADUN) Bukit Antarabangsa.

"Tanya kepada pemimpin mereka Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) (Presiden PKR) beliau pegang (kerusi Parlimen) Permatang Pauh dan di (Dewan Undangan Negeri) Kajang. Apa yang penting BN terus bekerja sebagai satu pasukan dan berkhidmat kepada rakyat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Budiman dalam pada itu membidas pembangkang yang mendakwa kemajuan di Sungai Panjang agak terbelakang berbanding sebuah lagi DUN di bawah kawasan Parlimen Sungai Besar, Sekinchan, yang diwakili ADUN DAP, Ng Suee Lim.


Beliau berkata secara realiti, bagaimana Parti Amanah Negara (Amanah) ingin memajukan Sungai Panjang sedangkan mereka bukan anggota kerajaan pusat dan tiada seorang pun anggota parti itu dalam barisan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.


BUKTI YB BUDIMAN BAWA MASALAH RAKYAT DI DEWAN 


"Jadi pada saya, lebih baik buat penyelidikan terperinci sebelum buat kenyataan. Bagi mereka yang tidak mahir, Sungai Panjang mempunyai banyak ekopelancongan seperti inap desa dan mempunyai tarikan seperti kelip-kelip dan burung enggang.

"Kawasan pesisir laut di Sungai Panjang juga digunakan setiap minggu untuk pelancong tangkap ikan. Selain itu, kita baru miliki sebuah MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan Klinik Kesihatan di Simpang Lima," katanya.

Dalam perkembangan lain, calon BN itu berkata beliau menerima maklum balas yang sangat baik daripada pengundi Cina di Sekinchan yang memanggil beliau 'Ahmad', malah membantunya membuka 'fanpage' dalam bahasa Cina.

PRK Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Budiman; calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada parti Amanah, yang mewakili Pakatan Harapan.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive