sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 16 June 2016

Video Panas !! PAN Dibawah Naugan DAP , Tiada Prinsip #prksgbesar


SUNGAI BESAR, 12 Jun – Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma menyifatkan Parti Amanah Negara (PAN) hanyalah kuda tunggangan kepada parti Dap apabila jelas pergerakan kempen parti tersebut diatur oleh Dap sehinggakan pergerakan atau kenyataan calon PAN itu dipantau oleh kepimpinan parti tersebut.

Jelas beliau, ini adalah kerana Dap merupakan parti yang menjadi dalang di sebalik tabir dalam menubuhkan PAN sebagai alternatif bagi menggantikan Pas, dalam usaha mereka untuk menarik undi orang Melayu di negara ini.

“Gambaran PAN yang menjadi kuda tunggangan Dap ini amat jelas sekali. Kita boleh lihat bagaimana di dalam dua PRK hari ini, pergerakan dan kempen calon PAN itu sendiri diatur, dikawal dan dipantau oleh parti tersebut. Sehinggakan untuk buat kenyataan media pun juga dipantau oleh Dap. Malah wakil calon kepada calon PAN juga merupakan ahli Dap.

“Begitu juga dari sudut dana politik mereka. Kita boleh lihat hari ini di PRK Sungai Besar di mana PAN merupakan parti yang baru, namun sumber kewangan PAN kita lihat agak kukuh. Daripada punca mana datangnya sumber kewangan mereka? Dari mana mereka dapat dana yang begitu besar untuk sediakan banner, banting, poster, gerak kerja kempen dan sebagainya. Ianya memerlukan jumlah peruntukan yang besar.

“Dan kalau kita lihat sendiri pada Presiden PAN itu sendiri iaitu Mat Sabu, beliau makan gaji dengan kerajaan Dap sebagai pengerusi Jabatan Air Pulau Pinang di Seberang Perai. Ini bermakna kenderaannya, pemandu dia, gaji dan elaunnya semua di bayar oleh kerajaan Dap. Kalaulah presiden PAN di bawah naungan Dap, sudah tentulah perjuangan parti di bawah pimpinan Mat Sabu itu pastinya akan berkiblat kepada agenda politik Dap,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sebab itu kata beliau lagi, matlamat perjuangan PAN itu sendiri tidak jelas dan kewujudan parti itu sendiri adalah semata-mata sebagai parti alternatif kepada Pas yang kononnya membawa agenda Melayu dan Islam bagi menarik undi orang Melayu.

“Kita juga nak persoalkan apa sebenarnya matlamat perjuangan PAN ini? Matlamat perjuangan mereka setakat ini tidak jelas. Apakah matlamat perjuangan mereka untuk mempertahankan perlembagaan negara? Apakah mereka nak mempertahankan sistem Raja berperlembagaan? Apakah mereka mahu mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan? Apakah mereka mahu mempertahankan hak istimewa orang Melayu?

“Bagi saya kewujudan PAN ini sebenarnya adalah kewujudan sementara di mana mereka merasakan bahawa telah wujud gelombang untuk rakyat menukar kerajaan. Jadi PAN menjadikan parti mereka itu sebagai satu alternatif kepada orang Melayu yang kononnya membawa agenda Melayu dan Islam. Sedangkan hakikatnya matlamat perjuangan politik mereka berkiblatkan matlamat dan perjuangan Dap,” ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat di seluruh negara, khususnya kepada pengundi di parlimen Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar agar menolak parti tersebut yang jelas merupakan boneka dan proksi kepada Dap.


“Saya menyeru rakyat dan pengundi di kawasan ini agar menolak parti PAN ini memandangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa bahawa PAN ini merupakan parti tajaan Dap dan menjadi kuda tunggangan Dap untuk menarik undi orang Melayu.

“Jadi bagi saya amat-amat kurang bijak bagi orang Melayu sekiranya mereka memberikan undi kepada parti tersebut kerana bagi saya memberikan undi kepada PAN sama juga memberikan undi kepada Dap,” jelasnya.-MediaUMNO

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive