sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 17 June 2016

Panas !! Nelayan Sungai Besar Buat Bantahan Terhadap Kekejaman Kerajaan Azmin Ali #scs93 #prksungaibesar



Kira kira 70 orang nelayan pagi tadi membuat bantahan di Pengkalan Nelayan Batu 23 Sg Nibong Sg Besar.

Mereka membuat bantahan ekoran tindakan kerajaan negeri akan mengenakan cukai tambatan sampan serta cukai jeti pendaratan ikan.



Menurut kata nelayan yang terbabit, kerajaan negeri dibawah pimpinan Azmin nampaknya lebih membebankan rakyat daripada memberikan bantuan.

Mungkin nelayan di Sg Besar kini sudah merasai betapa peritnya duduk dibawah kerajaan pentadbiran Azmin Ali.

Artikel cerita Nelayan Sungai Besar Sebelum ni dibawah 


Nelayan di Selangor terutama di Sekinchan dan Sungai Besar di WAJIB kan membayar "ufti" berupa wang ringgit sebanyak RM600 setahun kepada kerajaan negeri Selangor jika mahu "parking" boat, sampan atau jentera seumpamanya di setiap jeti berdaftar di kawasan terlibat.

Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Azmin Ali dari PKR atas desakkan"partner in crime" DAP telah mengeluarkan satu peraturan "GILA" dan"MENINDAS" rakyat terutama nelayan kecil yang mempunyai pendapatan di bawah garis kemiskinan dengan memaksa nelayan terutama nelayan melayu membayar "ufti" berupa CUKAI SAMPAN sebanyak RM600 setahun atau RM50 sebulan.

Sepatutnya kerajaan negeri membantu rakyat dengan memberi seberapa banyak bantuan dan peruntukan bagi mengurangkan bebanan rakyat terutama nelayan. Ini tidak, kerajaan pusat bersusah payah membantu mengurangkan bebanan hidup dengan memberi pelbagai subsidi seperti subsidi minyak dan bantuan bot dan enjin kepada nelayan dia pulak menekan nelayan dengan cukai yang tak masuk akal.

"Tapi apa pula bantuan dari kerajaan negeri yang sentiasa mengatakan kos sara hidup membebankan rakyat? Dengan mengenakan cukai sampan sebanyak RM 600 setahun? Memang betul, exco kerajaan Selangor mengatakan bahawa hanya RM 50 sebulan, Sangkakala ulangi HANYA RM 50 SEBULAN yang dikenakan kepada para nelayan.
Walaupun RM 50, ianya tetap adalah duit dan kita semua sedia maklum bahawa bukan mudah bagi seorang nelayan untuk memperolehi rezeki di tengah lautan, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Apakah kerajaan negeri tidak boleh memikirkan bagaimana untuk membantu para nelayan supaya kehidupan mereka lebih selesa?"
Sumber : Sangkakalajari9

"Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas, Y.B. Tuan Zaidy Bin Abdul Talib mengesahkan perkara tersebut dalam ceramahnya di hadapan penyokong PAS.

Beliau berkata, Caj tersebut hanya akan dikenakan ke atas pengerusan Jeti Nelayan sebanyak RM600 setahun dan jika dibahagikan keapda 12 bulan hanya RM50 sahaja caj yang akan dikenakan.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani banyak membantu nelayan seperti pemberian elaun bulanan, bantuan peralatan, enjin dan bot selain latihan kemahiran dan membina jeti demi untuk membela nasib mereka.
Pendek kata, Kerajaan Persekutuan keluarkan jutaan ringgit untuk membantu nelayan mengurangkan kos sara hidup dan keluar daripada kepompong kemiskinan tetapi kini setelah berkuasa, Kerajaan Selangor pula hendak menindas nelayan dengan mengenakan cukai.

Persoalan dikenakan kepada pihak pengurusan atau pihak nelayan tidak timbul dalam perakara ini, yang jelas nelayan yang pendapatan mereka tidak menentu harus dibantu untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Tindakan yang dilakukan itu juga jelas bertentangan dengan slogan Kerajaan PKR Selangor yang dicanangkan kepada rakyat kononnya sebagai kerajaan berkebajikan."
Sumber : PenaDariTanahMelayu

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive