sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 12 June 2016

Video Panas !! MB Selangor Tak Bantu Calon Amanah ?? @khairykj @BudimanZohdi #PRKSgBesar #SCS93





Sebelum hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Sungai Besar heboh satu malaya cerita Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkampung di Parlimen Sungai Besar dengan bermacam-macam program dan aktiviti kononnya mahu mengambil hati pengundi Sungai Besar. Tapi keadaan jauh berbeza setelah tarikh 5hb Jun hari penamaan calon yang memperlihatkan pertandingan 3 penjuru antara BN, PAS dan PAN. Sejak tarikh tersebut Azmin Ali terus ghaib hilang entah ke mana macam kena sembunyi bunian pulak.

Pelbagai spekulasi yang timbul akibat kehilangan Azmin Ali ini antaranya ketidakhadiran Azmin dalam tempoh berkempen adalah Menteri Besar itu tidak mahu dilihat memihak kepada mana-mana calon Pembangkang iaitu PAS dan PAN. Kedua-dua parti ini ibarat "ditelan mati emak diluah mati bapa" kepada Azmin. Manakan tidak kerana kedua-dua parti ini secara terang-terangan berseteru antara satu sama lain tapi kedua-dua ada kepentingan kepada kerajaan Selangor yang memerintah sekarang ini.


Azmin dalam kedudukan yang tersepit antara PAN dan PAS. Pas ketika ini adalah rakan kongsi dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR kerana PRK dapat membentuk kerajaan negeri Selangor dengan sokongan DAP dan PAS di bawah jenama Pakatan Rakyat. Namun, dalam masa yang sama PKR dan kerajaan Selangor terpaksa memberi sokongan padu kepada PAN parti serpihan PAN yang kini dilihat cuba mengkucar-kacirkan PAS secara terang-terangan terutama dalam mempengaruhi ahli-ahli dan penyokong PAS masuk ke dalam PAN. Jika dihitung hampir 90% ahli PAN adalah bekas ahli atau penyokong PAS.

Ini antara spekulasi yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat dalam isu berkaitan "misteri kehilangan Menteri Besar Selangor"

Tapi ada yang tidak mengetahui satu lagi alasan mengapa MB Selangor tidak tunjuk muka di Sungai Besar adalah kerana Azmin merajuk a.k.a sentap kerana PKR tidak bertanding di Pilihanraya Kecil Sungai Besar kali ini. Azmin berura-ura mahu meletakkan calon PKR bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar dengan menggunakan segala kekuatan beliau sebagai Menteri Besar secara "All Out" bagi menentang Barisan Nasional. Namun DAP lagi cekap apabila menggunakan cara yang halus menghasut PAN bertanding kerana ketika ini PAN adalah "KELDAI" terbaik yang dimiliki DAP setelah kegagalan"mengkeldaikan" PAS.



SUDAH seminggu Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkampung di Parlimen Sungai Besar. Ia bukan satu perkara biasa walaupun beliau adalah Menteri Besar Selangor. Jika tidak mengharapkan ‘road tour’ Umno Selangor, mungkin jarang sekali rakyat sekitar Sungai Besar dapat lihat pembesar negeri turun ke kawasan mereka.

Azmin cukup rajin dan beriya-iya melakukan tinjauan, merasmikan majlis dan memberi bantuan (yang sebelum ini tidak pernah terbayang di fikiran penduduk di sana). Kenapa tiba-tiba Azmin berbuat demikian terhadap penduduk di Sungai Besar?

Tidak lain tidak bukan, Azmin mahu memastikan parti pimpinannya, PKR akan berjaya menang di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 18 Jun depan. Walaupun PRK di Sungai Besar berlaku serentak dengan PRK Kuala Kangsar, namun Azmin tidak begitu menghiraukan di sana, kerana negerinya harus menjadi keutamaan.

Semuanya kerana air muka dan maruah. Sebab itu Azmin akan memastikan calon Barisan Nasional (BN) di Sungai Besar berjaya dikalahkan oleh partinya. Dan itulah juga antara sebab mengapa Azmin naik berang apabila PAS enggan menarik diri dari bertanding di PRK Sungai Besar.

Seperti yang didedahkan sebelum ini, Azmin sekarang sedang berada di pertengahan jalan dan dilema. Mungkin selaku Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, Azmin akan bertindak membantu calon PAN. Namun, memandangkan tahaluf siyasi yang masih ada antara PKR Selangor dengan PAS negeri itu, tidakkah Azmin berasa rugi jika beliau tidak menyantuni calon PAS?

Pastinya gerak geri Azmin akan menjadi fokus utama lensa politik tanah air selepas sahaja proses penamaan calon pada 5 Jun ini selesai. Juga harus disoal, dalam seminggu Kerajaan Negeri Selangor berkampung di Sungai Besar ini sebenarnya untuk apa? Mahu bantu PAS yang ada wakil di dalam kerajaannya atau mahu membantu PAN yang merupakan sekutu dalam Pakatan Harapan?

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive