sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 10 June 2016

'Saya budak kampung, cuma pakai pakaian biasa' - @BudimanZohdi #SCS93 #PRKSgBesar





SUNGAI PANJANG - Calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya terlibat dalam merampas tapak papan iklan DAP dan menaikkan poster kempennya di Sekinchan.

Menurut Budiman, gambar yang terdapat pada papan iklan itu sebenarnya bukan merupakan prosedur operasi standard (SOP) beliau selama ini.

"Saya tak berpakaian baju melayu di kawasan majoritinya cina dan pakaian kot bukanlah SOP dari pasukan saya.

"Saya budak kampung dan saya cuma memakai pakaian biasa," katanya ketika sidang media khas yang berlangsung hari ini.

Dalam pada itu, Budiman yang juga Adun Sungai Panjang memaklumkan bahawa dakwaan tersebut adalah taktik bagi memburukkan imej beliau memandangkan pihak berkenaan tidak mempunyai modal serta sengaja menggugat sokongan rakyat terhadap BN.

Beliau berkata, papan iklan berkenaan tidak sewajarnya dipasang memandangkan iklim politik di Sungai Besar adalah berlainan.

"Berilah rakyat di Sungai Besar memilih dengan tenang tanpa ada provokasi yang melampau," katanya.

Tambah Budiman, pihaknya kini dalam perbincangan dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan berhubung isu tersebut.

Sebelum itu, Adun DAP Sekinchan, Ng Suee Lim menuduh BN mencuri tapak billboard yang dimiliki oleh mereka di sekitar Sekinchan.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive