sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 1 August 2013

GEMPAR !!! ISA BAKAL DIWUJUDKAN SEMULA ?? KAMI MAHU ISA KEMBALI !!! @zahid_hamidi @NajibRazak



Kini semakin ramai penjenayah berani mencabar kewibawaan dan kedaulatan serta keharmonian perpaduan kaum di negara ini setelah Akta Darurat dan ISA dimansuhkan.

Menurut Sumber bernama, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik cadangan supaya diperkenalkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan tetapi ia perlukan kajian mendalam dan pandangan semua pihak.

Beliau berkata kadar jenayah yang semakin meningkat sekarang memang ada kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan ISA dan kerajaan perlu mewujudkan langkah-langkah terbaik bagi menanganinya.

Katanya, cadangan untuk memperkenalkan ISA harus dikaji dan dibincangkan semua pihak berkaitan kerana sekiranya keselamatan negara terjejas ia bakal memberi kesan negatif kepada keyakinan rakyat dan juga sektor pelancongan.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara kementerian dengan Syamille Agro Farm Sdn Bhd bagi projek ternakan lebah kelulut di Putrajaya, Rabu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mendakwa peratusan besar jenayah yang berlaku sejak kebelakangan ini melibatkan bekas tahanan EO yang telah dibebaskan. Lapor benama.

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan terdapat segelintir generasi muda semakin berani mencabar undang-undang kerajaan. Cadangan untuk men'wujud'kan ISA amatlah diharapkan.


Apj amat berharap dan sangat bersetuju jika ISA  dan juga akta hasutan diwujudkan kembali untuk memastikan keselamatan dan kedamaian Malaysia ni lebih terjamin. Kerajaan jangan terlalu mengikut apa yang dikatakan pembangkang !! siapa pemerintah ?? kita atau pembangkang !! 

3 comments:

Anonymous said...

setuju 1000%x1000 akta ISA wujud semula. sangat sangat patut.

Anonymous said...

Setuju 100% supaya ISA diwujudkan kembali demi menjaga keamanan negara dan kesejahteraan antara kaum.orang yang takut dan tak setuju ISA diwujudkan adalah orang yang selalu melanggar peraturan

Anonymous said...

Setuju.mcm2 bala yg sy dngar.cuma Alta tu perlu diperhalusi agar perlaksanaan tidak diragui

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive