Teck Lee kata, upah tersebut juga berkaitan dengan kenyataan timbalan Zahid, Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar yang mahukan pusat peranginan di pulau terpencil Sabah di tutup ekoran khuatir dengan faktor keselamatan pengusaha serta pengunjung kawasan berkenaan.
“Ini untuk tunjukkan kemarahan rakyat Sabah berhubung kegagalan berterusan kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab perlembagaan untuk melindungi Sabah dan rakyatnya,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Presiden Parti Mahu Sabah (SAPP) itu juga akan menawarkan RM1,000 kepada mana-mana anggota Parlimen untuk mengusulkan pemotongan gaji menteri dalam negeri, menteri pertahanan dan menteri pembangunan luar bandar.
Kenyataan tersebut dikeluarkan Teck Lee berikutan kes penculikan warga China dan seorang pekerja di sebuah pusat peranginan di Sabah yang didalangi sekumpulan lelaki.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaubagaimanapun menafkan insiden tersebut ada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Ha elok pun kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah ni bagi sedar sikit bang Zahid tu , sebelum Pemilihan Umno dialah HERO segala HERO , dialah SINGA segala SINGA , la ni dia umpama , kura-kura yang berlindung di sebalik CENGKERANGnya kerana takut pada MUSUH !!!
Aku bukan nak kata apa , cuma kecewa dengan Dato Zahid , langsung tiada tindakkan pada satu-satu isu besar , nampak sangat kelemahan sistem keselamatan di SABAH , kata dah tubuh ESCOM tapi macam tu jugak , dah berapa kali pelancong kena CULIK !! keluasan pantai SABAH bukan alasan kerana ini negara kita yang wajib dijaga !!!
No comments:
Post a Comment