sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 15 July 2014

TLDM DAN SEMUA PASUKAN KESELAMATAN DIBERI KUASA MENEMBAK PENCEROBOH NEGARA - ZAHID



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.

“Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia,”
katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.

Kenyataan Abdul Aziz itu menyusuli kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata berat di Pulau Mabul, Semporna pada Sabtu lepas yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi dilarikan.

Pantas tindakan yang diambil kerajaan . Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana luahan TLDM semalam didengar oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid . 

Terus pertahankan keselamatan negara buat semua Pasukan Keselamatan Negara . 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive