sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 4 March 2014

MELAMPAU !!!! ZAHID HAMIDI MEMENTINGKAN CINA TIDAK PADA MELAYU DAN INDIA !!! @Zahid_Hamidi




petikan dari blog Tenteramaya 

Eksesais Pengambilan Khas Jawatan Konstabel (L/W) dalam Polis Diraja Malaysia bagi menggalakkan kaum cina menyertai PDRM?

BAGUS! TAHNIAH MENTERI KDN! Kerana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi begitu mengambil berat tentang kaum cina tanpa fikir apakah yang akan jadi dimasa akan datang serta tak fikir apa yang dirasai anggota lain.

Bagi saya.......

Ianya mungkin dapat memantapkan sistem keselamatan dalam negara kita. Namun begitu, saya sama sekali tidak setuju kerana ianya seolah-olah membazir dan dilihat seolah-olahmenindas kaum lain, terutamanya MELAYU.

Saya ada war-warkan hal ini di laman Facebook saya, lihat komen mereka:


Ternyata ramai juga yang tidak setuju.

Membazir kerana peruntukan untuk setiap pelatih mencecah RM30 sehari untuk makan SAHAJA. Jika 100 orang yang diterima masuk? Berapa jumlahnya? Lebih baik tambah kuota untuk pengambilan akan datang daripada buat pengambilan khas sebegini.


Saya sama sekali TIDAK SETUJU. Kenapa saya cakap begitu? Saya tahu anggota PDRM sendiri juga pasti ramai yang tidak bersetuju. Baca penerangan saya dibawah:



Iklan Jawatan Yang Ditawarkan


KELEBIHAN YANG DITAWARKAN:

Diberi kelonggaran untuk syarat kemasukan.
Punyai sistem gaji khas dan Gred yang lebih tinggi.
Ada desas desu yang kata tarikh untuk 'tetap jawatan' juga dipendekkan.
tempoh latihan akan dikurangkan daripada 9 bulan kepada 6 bulan (Pengambilan Sarjan/Inspektor) dan 6 bulan kepada 3 bulan (Konstabel).

Senang banyak mereka ini. Kenapa tak tukar juga kandungan atas sumpah tu sahaja? Pada pandangan saya, jika mahu buat pengambilan khas, ianya patut dibuka kepada semua kaum (bagi yang pernah ditolak permohonan) adalah jauh lebih baik daripada pengambilan sebegini. Sekurang-kurangnya, ianya dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Rasanya sepanjang 6 bulan tempoh latihan cukup padat dengan pembelajaran asas kepolisan dan undang-undang, sampaikan ada yang tak sempat kerana tidak cukup masa. Itu pun masih nak pendekkan tempoh latihan? Adakah ini mampu untuk realisasikan moto PDRM, iaitu 'INTEGRITI AMALAN KITA'?






Mudah bukan? Sedangkan masih ramai lagi anak Melayu kita nak masuk Polis ini. Kalau ada buka iklan 'PENGAMBILAN KHAS KONSTABEL (L/W) PDRM (DIBUKA KEPADA KAUM MELAYU YANG PERNAH DITOLAK PERMOHONAN SAHAJA)' tidakkah ianya lebih baik? Pasti berpusu-pusu yang mohon.




Unit gaji khas bagi mereka juga akan ditubuhkan. Kenapa tak buat penambahbaikan sahaja bagi Unit Gaji Bukit Aman yang mengawal gaji/elaun bagi berpuluh-ribu anggota polis itu sahaja?

Sudahlah syarat kemasukan dilonggarkan, tempoh latihan dikurang, gaji pun naikan juga? Sedangkan skop tugasan dan gred gaji sama. Banyak cantikkk.... Masa Anakanda Sultan Johor (Tengku Abdul Jalil) sedang rekrut di PULAPOL KL [Klik SINI] dulu pun tak dapat keistimewaan sebegini rupa, mereka pulak nak dapat macam tu? Macam melampau je saya tengok..

Untuk pengetahuan anda, ini adalah punca mereka tak mampu berikan komitmen sepenuhnya semasa bekerja nanti dan berpotensi calarkan imej PDRM. Cukuplah imej PDRM dicalarkan dengan fitnah pembangkang.



Tengku Abdul Jalil (Anakanda Sultan Johor) semasa jalani latihan sebagai pelatih Inspektor di PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.



Jadual gaji asal bagi Konstabel



Jadual gaji baru bagi Konstabel (cina)

Kenapa tak buat pengambilan melalui laman SPA sahaja? Bukankah ianya menjimatkan masa dan tenaga anggota dari PULAPOL untuk temuduga mereka? Lebih baik kekalkan sahaja sistem asal, tak payah tukar.

Jangan bazirkan masa mereka lagi, Masih ramai lagi pelatih L/W dalam Pulapol tu untuk dilatih, sebab pengambilan baru-baru ini merupakan pengambilan paling ramai sepanjang PDRM ditubuhkan.


SOALAN KEPADA ZAHID HAMIDI:

Masih ramai lagi rasanya anak melayu yang menganggur dan perlukan kerja. Kenapa tak buat kelonggaran seperti diatas untuk kaum MELAYU SAHAJA? Itu lebih baik. 

Kenapa nak naikkan gred gaji mereka? Kenapa tak selaraskan sahaja? Ianya sudah cukup memadai dengan kelonggaran yang diberi. Tak gitu? Sedangkan anggota lain mengambil masa latihan lebih lama dari mereka & melepasi syarat lantikan yang ditetapkan. Tapi dibayar gaji lebih rendah? 

Kenapa tidak selaraskan sahaja sistem gaji seperti yang sedia ada? Tidakkah ianya lebih memudahkan?
Kenapa tak bantu bumiputera yang susah je?

P/S: 1 Lagi Produk Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteriKementerian Dalam Negeri, Nak Buat Jasa Tapi Tak Pandai!!!!!!!!!!!!!!!!!

3 comments:

Hafiz Al-Din said...

ZAHID HAMIDI HARUS BERTAUBAT

Darah Satria said...

BARUA sungguh KABINET NAjib skg ni.. puihh sial lah.!!

Anonymous said...

Jangan bazirkan masa mereka lagi, Masih ramai lagi pelatih L/W dalam Pulapol tu untuk dilatih, sebab pengambilan baru-baru ini merupakan pengambilan paling ramai sepanjang PDRM ditubuhkan.
gul ahmed lawn suits wholesale
gul ahmed lawn collection wholesale

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive