sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday, 5 February 2018

Makam Rasulullah : Sanggah keatas Tuan Guru DS Najib oleh Ustaz Abu Syafiq



TIDAK BENAR DAKWAAN DS NAJIB

Oleh: Ustaz Abu Syafiq 0192713781

1- DS Najib PM M'sia mendakwa bahawa dirinya memasuki bahagian dalam Maqam Rasulullah shollahu 'alaihi wasallam.

2- Dakwaan beliau tersebut tidak benar sama sekali kerana terdapat 2 lapisan dinding yang menutupi Maqam Saidina Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Kedua dinding tersebut juga tiada pintu dan tertutup rapi pada bahagian atasnya. (Rujuk Kitab Wafaul Wafa oleh Imam As-Samhudiy).

3- Hakikatnya DS Najib hanya masuk melalui pintu Saiyyidah Fatimah dan melihat kawasan ruang kain bahagian Sunduq Sandal yg ditutupi oleh kain berwarna hijau seperti beberapa VVIP lain. Kain hijau tersebut menyelubungi dinding luar yg kedua.

4- Kawasan dalam Maqam Rasulullah shollahu 'alaihi wasallam itu tidak pernah dimasuki oleh sesiapa pun sejak tahun 881 Hijrah sehingga kini. Maka dakwaan beliau jelas tersasar.

Monday, 31 July 2017

Video Panas !! Zahid Umno Kantoi Menipu !! Rakyat Terus Balun Umno


Laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas dakwaan mendedahkan maklumat peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di ibu negara hari ini, yang turut menamakan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Khairuddin mendakwa Zahid berniat jahat dengan mendedahkan salinan kad pengenalan yang dikatakan milik Mahathir dengan nama "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Zahid ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah keturunan Mahathir dengan menayangkan salinan kad pengenalan lamanya di telefon bimbit.

Bagaimanapun, dalam membuat kenyataan itu, Zahid berkata beliau tidak membuat serangan peribadi dan menegaskan secara "kebetulan" beliau adalah menteri dalam negeri ketika menerima maklumat itu.

JPN berada bawah bidang kuasa kementeriannya.

Sementara itu, Khairuddin berkata Zahid dan JPN telah melakukan kesalahan bawah Akta Perlindungan Data Peribadi susulan langkah itu.

“Timbalan perdana menteri dan ketua pengarah JPN telah menyalahgunakan data peribadi untuk agenda peribadi,” katanya.





Video fitnah oleh Zahid terhadap Tun Mahathir di bawah 


Yang peliknya, Zahid cuma melihat gambar depan IC lama milik Tun Dr. Mahathir bila berkata bahawa beliau adalah anak kepada Iskandar Kutty, padahal IC yang lama tidak letak nama di hadapan.


Nampaknya lakonan Zahid ini tidak berkesan kerana dia tidak perasan kamera boleh mengambil gambar dari jarak jauh. Ini adalah gambar IC lama tersebut dari jarak dekat:

Gambar di bawah pula adalah gambar belakang IC lama milik Tun Dr. Mahathir:

Video : [BONGKAR] Zahid Hamidi Pernah Jumpa Mahathir Nak Tumbangkan Najib


Zahid Hamidi Pernah Jumpa Mahathir Nak Tumbangkan Najib dalam masa 3 bulan. Bila tak dapat sokongan Mahathir, Zahid Hamidi jadi pengampu besar Najib pula. Pendedahan oleh Zahid Mat Arip, Ahli MPT PPBM.

Wednesday, 26 July 2017

ARMADA: Budaya samseng dan Umno berpisah tiada


Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar Pemuda Umno yang bertembung sehingga menyebabkan kekecohan dengan anggotanya di ibu negara hari ini.

“Budaya samseng dan Umno berpisah tiada. Nak hantar surat jemputan pun salah.

“Balas dengan hujah, bukan tumbukan,” katanya.

Suasana di PWTC tegang hari ini selepas sekumpulan anggota pemuda Umno menghalang rombongan Pemuda BERSATU (ARMADA) yang mahu menghantar undangan debat kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kekecohan itu, Ketua Penerangan ARMADA Ashraf Mustaqim mendakwa ditumbuk. Bagaimanapun Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii yang turut hadir menafikan dakwaan itu.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...