Showing posts with label TUN MAHATHIR. Show all posts
Showing posts with label TUN MAHATHIR. Show all posts
Sunday, 28 April 2019
Monday, 31 July 2017
Wednesday, 19 July 2017
Nazir Hussin Perlu CABAR Anak-Anak Tun Razak Hadir 'Nothing To Hide 2.0'
Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin bukan saja perlu mencabar anak-anak Tun Dr Mahathir tetapi anak-anak Allahyarham Tun Abdul Razak juga perlu dicabar untuk hadir ke Program "Nothing To Hide 2.0' ini.
Semalam, Nazir meminta anak-anak Tun Mahathir juga hadir dalam program 'Nothing To Hide 2.0' anjuran ARMADA Malaysia yang mana Tun Mahathir mencabar Dato Seri Najib untuk berdebat dalam program itu.
Jadi beranikah Nazir mencabar Anak-anak Tun Razak seperti , Johari, Nazim dan Nazir serta anak tiri Najib iaitu Riza Aziz anak kepada Rosmah untuk hadir ke program ini !! barulah namanya ADIL !!
Itupun kalau Nazir selaku Exco Pemuda UMNO BERANILAH !!
'Nothing To Hide' KALI PERTAMA dahulu, Najib melarikan diri dari hadir ke program itu setelah Tun Mahathir tiba-tiba hadir untuk bertanyakan soalan terutama isu 1MDB.
TUN M CABAR NAJIB
Friday, 11 November 2016
Terkini : Undian Online Najib Kalah Teruk Dengan Tun Mahathir
J
Sebuah page 'Jom Stream' telah membuat undian Online antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad selama lebih 3 jam bagi melihat sokongan rakyat Malaysia kepada siapa.
Page tersebut telah diserbu lebih 600 ribu rakyat Malaysia untuk mengundi kedua-dua mereka.
Thursday, 28 April 2016
Hot News : 4 Pejuang Rakyat Bergabung Di Napoh Jitra Malam Ini
✅ MALAM INI ✅
Bicara Isu-Isu Semasa Selamatkan Malaysia (Team B UMNO) pada 28 April 2016, Jam 8.30 malam di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, Jitra.
Bersama
🇲🇾YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
🇲🇾Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin
🇲🇾Dato Seri Mohd Shafie Afdal
🇲🇾Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir.
Ayuh semua kita bangkit Selamatkan Malaysia!!
-Rujukan Lokasi- Dewan Lye Huat Garden: https://goo.gl/maps/iyKt8e2BshT2 (maps)
#SelamatkanMalaysia
#BeraniKeranaBenar
#DeklarasiRakyat #BeraniBerubah
Thursday, 25 February 2016
Najib Tidak Saman WSJ Kerana Takut Kebenaran Terbongkar
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaman The Wall Street Journal (WSJ) kerana mengetahui dirinya bersalah dan takut kebenaran akan terbongkar.
Dr Mahathir berkata, Najib wajar menyaman WSJ dan tidak memberikan sebarang alasan jika tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.
"Najib patut saman WSJ, saman semua dan bukan WSJ sahaja.
"Sebab dia tidak saman, mungkin beliau ingat WSJ itu betul dan dia (Najib) salah.
"Kamu tidak akan saman kalau kamu rasa kamu yang bersalah," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas dirakam keterangan pihak polis berhubung artikel di blognya di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Dr Mahathir juga berkata sudah tidak mampu lagi untuk menasihati Najib kerana tidak ada satu pun langkah yang diambil untuk menanganinya.
"Saya nasihat Najib, tapi tidak buat. Saya hantar surat kata tidak sokong lagi tapi dia tidak baca.
"Bukan saya seorang sahaja yang bimbang tapi ramai yang bimbang dengan kerajaan kerana budaya wang adalah raja (cash is king)," katanya.
Beliau juga menafikan kritikan yang dibuatnya menjadi punca kepada kejatuhan ekonomi negara tapi menyalahkan cara pentadbiran Najib sendiri.
"Tingkah laku kerajaan, polisi dan skandal pentadbiran Najib yang beri kesan kepada ekonomi negara," katanya.
Dr Mahathir pada sidang media hari ini juga sekali lagi mengulangi gesaan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali supaya bersumpah dengan Al-Quran bagi menegakkan kebenaran.
"Beliau (Apandi) perlu angkat sumpah dengan Al Quran.
"Dia tidak boleh bohong kepada Tuhan, kalau tipu dia akan masuk negara," katanya.
Julai lepas, WSJ melaporkan aliran tunai sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib melalui entiti berkaitan 1MDB, memetik dokumen hasil siasatan pasukan petugas khas lantikan Putrajaya.
Akhbar itu juga mengeluarkan rencana mengenai perkara itu.
Najib menafikan mengambil dana 1MDB bagi kegunaan peribadi tetapi masih belum bertanggungjawab ke atas wang tersebut.
Dana itu, sebahagian besar dimasukkan sebelum pilihan raya umum pada Mei 2013, disifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai derma politik.
Najib mengeluarkan arahan menyaman WSJ awal Ogos tahun lepas, selepas SPRM memberitahu wang itu datangnya daripada penderma dan bukannya daripada 1MDB.
Penghujung Julai lepas, WSJ enggan memberikan maklum balas kepada permintaan peguam Najib yang meminta penjelasan sama ada laporan akhbar itu mengenai akaun Najib bermaksud mereka menuduh perdana menteri menyalahgunakan kuasa.
Akhbar itu sebaliknya mempertahankan laporan mereka bertarikh 2 Julai, dan rencana susulan menyentuh isu itu diterbitkan pada 6 Julai, yang mengatakan laporan itu jelas dan berasaskan kertas siasatan pasukan penyiasat Malaysia. – 24 Februari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-tidak-saman-wsj-kerana-tahu-dirinya-bersalah-kata-dr-mahathir#sthash.XVW8V2Fl.cxPP8mQc.dpuf
Monday, 30 November 2015
Tun M akan hadir Perhimpunan Agung Umno
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno bulan depan sekiranya dijemput.
Menurutnya, jika beliau dikecualikan daripada menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2015 kerana mengkritik perdana menteri, maka Umno sudah menjadi parti Najib.
“Kalau saya dijemput, saya pergilah. Ini parti saya, bukan parti Datuk Seri Najib (Tun Razak) seorang,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Semalam, The Star melaporkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Mahathir tetap dijemput menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015, 10 Disember ini
Ketika diminta mengulas soal gesaan agar beliau dipecat dari parti, Mahathir berkata, beliau sebagai ahli berhak untuk bersuara dan selama ini tegurannya hanya buat Najib bukannya parti.
“Tak apalah dia (Najib) ada hak nak pecat. Tak ada sebab pun nak pecat (saya) tapi sebab dia berkuasa. Ini satu cara salah guna kuasa. Saya ahli Umno dan saya berhak dalam Umno.
“Ini bila siapa tegur perdana menteri atau presiden parti (di) buang. Jadi seolah-olah ini bukan parti Umno...ini parti Datuk Seri Najib. Siapa tegur Najib kena buang,” katanya.
Menurutnya lagi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diputuskan tidak akan merasmikan mesyuarat perwakilan ketiga-tiga sayap parti, Wanita, Pemuda dan Puteri merupakan salah satu bukti bahawa Umno sudah menjadi parti Najib.
“Ini tidak mengikut peraturan dan tradisi parti kerana orang ini (Muhyiddin) dianggap sebagai tidak bersetuju bukan dengan Umno tapi dengan Datuk Seri Najib. Sekali lagi bukti Umno sudah jadi parti Najib,” katanya.
Selasa lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan ketiga-tiga mesyuarat itu akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing sekali gus mengesahkan bahawa Muhyiddin sebagai orang nombor dua parti tidak akan berucap pada perasmian persidangan itu meskipun secara tradisi perasmian akan dibuat oleh Timbalan Presiden.
Menurut Zahid juga, MT Umno akan memutuskan sama ada Muhyiddin akan menggulung ucapan sebagai Timbalan Presiden atau tidak, kelak.
Kata Mahathir, Muhyiddin sebagai orang nombor dua parti perlu hadir dan duduk di atas pentas sewaktu persidangan serta perlu diberi peluang untuk berucap kepada perwakilan-perwakilan.
“Dari segi protokol, orang nombor dua ialah Muhyiddin. Kalau dia nak bercakap, saya harap speaker (pengerusi tetap) bagi peluang kepada dia bercakap.
“Jika tidak, kita tak payah cakap tentang demokrasilah. Kalau cuma nak puji Najib sahaja baru boleh cakap, ini bukan lagi parti Umno,” katanya.
Monday, 27 July 2015
Berhenti Hentam Tun M - TPM
Menurut Muhyiddin, tindakan sedemikian hanya mengakibatkan kedudukan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin lemah.
"Lagi anda hentam lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh," kata Muhyiddin semasa ucapan penggulungan mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.
"Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri ada banyak idea," ujar Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.
Tambahnya, Tun Dr Mahathir yang bersikap kritikal dan lantang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau menyayangi Najib.
"Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib...pasal mengenang sejarah Tun (Abdul) Razak (Hussein)."
"Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau," kata Muhyiddin.
Sunday, 21 June 2015
Daulat Seorang Ayah Bernama Tun Mahathir - DS Mukhriz
DAULAT SEORANG AYAH
Ha, when did you get back, Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.
Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.
Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa: “Ha, bila balik Is?”
Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.
Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.
Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!
DALAM TEGAS, KASIH MELIMPAH
Ayah seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam. Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.
Sejak usia muda kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.
Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar. Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu.
Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!
HIJRAH
Ketika ibu melahirkan saya pada November 1964 itulah kali pertama ayah tidak berada di sisinya seperti ketika kelahiran kakak dan abang-abang saya.
Sewaktu saya teriak nyaring setelah punggung saya “ditampar” oleh jururawat - atau misi kata orang Kedah - wad bersalin Hospital Besar Alor Star, ayah berada dalam kereta api menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan yang baru dimenanginya.
Thursday, 9 April 2015
Beri DS Najib Ruang Laksana Tanggungjawab @najibrazak @azwanbro
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus diberi peluang mempertahankan mandat yang telah diberikan bagi melaksanakan tanggungjawab memaju dan memimpin negara.
Menurut Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, sebagai pemimpin negara, Najib berhak ditegur tetapi beliau tidak seharusnya dinafikan daripada mempertahankan mandat yang diberikan rakyat melalui proses demokrasi.
“Saya percaya rakyat terima kepemimpinan Najib kerana beliau telah dipilih secara demokratik melalui pilihan raya. Beliau juga telah memperkenalkan pelbagai polisi dan program pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat di samping mengembalikan undi orang Melayu kepada UMNO.
Tuesday, 23 December 2014
Video : Tun Mahathir Tidak Pernah Menolak Hudud

Dulu ada yang tuduh Tun M tolak hudud hanya dengan bersandarkan kepada kenyataan dari Youtube yang beliau sebut 'hudud tiada dalam Al-Quran'.
Memang benar istilah hudud (ØØ¯ÙˆØ¯) atau mufradnya, hadd (ØØ¯) dengan maksud hukuman atau seksaan (عقوبة) tiada dalam al-Quran.
Istilah hudud disebut dalam Al-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :
a) berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada Surah Aali-'Imran ayat 187
b) berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali pada Surah Aali-'Imran ayat 229, 2 kali pada Surah Aali-'Imran ayat 230 dan 2 kali pada Surah Ath-Tholaaq ayat 1.
c) berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) - pada Surah An-Nisa' ayat 13
d) berkenaan perkara umum (3 kali) - pada Surah An-Nisa' ayat 14, Surah At-Taubah ayat 97 dan Surah At-Taubah ayat 112.
e) berkenaan adat zihar (1 kali) - pada Surah Al-Mujadalah ayat 4.
Sunday, 26 October 2014
MELAYU LUNTUR SELEPAS ERA TUN MAHATHIR ? ANGKARA SIAPA ?

Aku petik artikel daripada A Kadir Jasin untuk aku kongsikan dan tanyakan pendapat kawan-kawan mengenai apa yang ditulis oleh penulis terkenal ini. Adakah rasionalnya yang di perkatakan A Kadir Jasin ini mengenai nasib bangsa Melayu kini.
SIAPAKAH orang Melayu kalau bukan bangsa yang “moderate” (sederhana), “tolerant” (tahan uji), bertolak ansur dan pemurah?
Orang Melayu begitu pemurah dan mengalu-alukan tetamu sehingga sanggup mengikat perut, meminjam dan berhutang.
Orang Melayu itulah yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi. Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei).
Orang Melayu menerima mereka sebagai jiran. Menerima babi dan anjing, tokong dan kuil mereka.
Orang Melayu itu jugalah yang kerana percaya kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menyetujui pemberian kewarganegaraan kepada sejuta lebih perantau Cina dan India pada 31 Ogos 1957.
Orang Melayu itu jugalah yang rela hati memberikan kebebasan ekonomi, pendidikan, bahasa, budaya dan agama kepada warganegara perantau itu.
Kerana Melayu percaya kepada Tunku, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad mereka kekal “moderate” (sederhana), toleransi, bertolak ansur dan pemurah terhadap warganegara keturunan perantau selama hampir lima dekad.
Walaupun mereka ketinggalan dalam banyak bidang, namun mereka yakin hak dan kepentingan mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan selamat di tangan Tunku, Abdul Razak, Hussein dan Mahathir.
Tetapi, selepas era empat gergasi Malaysia itu, kepemimpinan Melayu melakukan satu demi satu kesilapan sehingga Melayu kini menjadi bahan caci, fitnah dan benci orang Cina dan India.
Segelintir Melayu yang masih berani bersuara mempertahankan hak mereka dilabelkan “racist” (perkauman) manakala yang mempertahankan Islam dicap “extremist” (pelampau).
Tetapi apabila orang Cina dan India, orang Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh bersuara mempertahankan bangsa, agama, bahasa dan budaya mereka, mereka digambarkan sebagai orang terpinggir yang dianaktirikan dan bakal pupus. Mereka dikatakan memperjuangkan hak asasi.
Alhamdulillah, kini semakin ramai orang Melayu dan orang Islam mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata dan bulat-bulat kepada parti-parti politik Melayu/Islam.
Thursday, 10 July 2014
BERAPI !! BAHASA TUN M KEPADA ORANG CINA , (WAJIB BACA)
.jpg)
2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Melayu.
3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.
4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti ini.
Wednesday, 2 July 2014
Monday, 30 June 2014
TUN M : JIKA AKTA HASUTAN DIMANSUHKAN

Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan akta baru hanya akan menyebabkan perbuatan menghasut boleh dilakukan dengan mudah di negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Dr Mahathir, Akta Harmoni dan Akta Uniti tidak dapat menghalang perbuatan itu daripada berlaku, malah keadaan katanya mungkin menjadi lebih parah apabila pelampau di kalangan rakyat dengan sewenang-wenangnya boleh mengkritik institusi diraja.
Kerajaan ujar Dr Mahathir perlu belajar daripada pengalaman lepas apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berkaitannya dimansuhkan baru-baru ini.
“Kita sudah pun mansuh ISA dan akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan daripada pemansuhan kedua-dua akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas.
Monday, 31 March 2014
ISU MEMALI !! MUSA HITAM TERKEDU BERUK ADA 8 BUKTI DIA FITNAH TUN M !!!

BLOG ANGIN PERUBAHAN - Pada 27 Mac 2014, Tun Musa mendakwa Tun Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika berlakunya peristiwa Memali dalam satu forum politik di Kota Bharu.
Apakah benar dakwaan Tun Musa Hitam tersebut? Mengapa sekarang dakwaan itu dibuat? Mengapa dakwaan itu dibuat sehari sebelum Anwar Ibrahim datang ke Kota Bharu untuk membuat jelajah Reformasi 2.0 dan berjumpa dengan Nik Aziz?
Berikut adalah lapan bukti jelas di mana Tun Mahathir berada pada 20-28 November 1985.
Bukti Pertama : Kit Siang Tahu Mahathir Ke China
Ucapan Kit Siang pada 19 November 1985
“Tomorrow, the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed, will be leading a 250-strong delegation to China, the third Malaysian Prime Minister to visit China after the establishment of diplomatic relations between Malaysia and the People’s Republic of China 11 years ago.” kata Kit Siang, ketika itu menjadi Ahli Parlimen Bandar Melaka. Salah seorang delegasi ke China adalah Tan Sri Lee Lam Thye.
Bukti Kedua : Akhbar Singapura Lapor Tun M Ke China.
Akhbar Singapura, Straits Times pada 20 November 1985 bertajuk " “Mahathir to call on Zhao today”, referring to Zhao Ziyang, the Premier of the State Council of the People’s Republic of China". Pada 24 November 1985, Straits Times memetik laporan Reuters bertajuk “I accept China stand on CPM: Mahathir”.
Dalam artikel tersebut menyebut, Tun Mahathir hadir pada 20 November 1985 untuk lawatan 8 hari dengan delegasi sejumlah 130 orang ahli perniagaan dan 20 orang diplomat. Lawatan itu termasuklah ke Xian, Canton, Hanzhou dan Shanghai. Dalam mukasurat sama, Straits Time turut melaporkan kejadian yang berlaku di Baling, “Baling incident: Law is supreme, says Musa.”
Bukti Ketiga : Musa Hantar Mahathir Di Lapangan Terbang
Gambar dari NST bertarikh 20 November 1985 dengan tulisan bertulis “Datuk Musa Hitam and Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad smile as seven-year-old Putri Mohamed Noh comes up to bid the Prime Minister farewell at the Subang Airport. The Prime Minister is leaving for China for a nine-day official visit.”
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, tuduhan Tun Musa bahawa Tun Mahathir berada di Malaysia dua tiga hari selepas kejadian Memali boleh disangkal. Malah Tun Musa sendiri yang menghantar Tun Mahathir ke lapangan terbang untuk berlepas ke China.
Bukti Keempat : Gambar Kepulangan Tun M Dari China
Gambar dari NST bertarikh 28 November 1985, bertulis “The Prime Minister, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad being greeted by the newly elected MCA president Mr Tan Koon Swan and MCA youth leader Senator Kee Yong Wee (far right) upon arrival at the Subang Airport. Behind Dr Mahathir is MCA secretary-general Datuk Lee Kim Sai. Dr Mahathir is returning from a visit to China.”. Ini membuktikan fakta bahawa Tun Mahathir memang berada di Cina pada 20 hingga 28 November 1985.
Saturday, 22 March 2014
PANAS #PRKKAJANG : WAN AZIZAH SILAP LANGKAH MAI KAJANG - TUN M #Kajang #pilihmeifun

Bekas Perdana Menteri itu berkata cita-cita pembangkang untuk membentuk kerajaan Persekutuan melalui Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang sebenarnya sia-sia malah menyusahkan rakyat.
"Tadi, waktu saya datang ke sini, (saya) ingat sudah tersalah tempat...saya nampak poster Wan Azizah tertulis dari Kajang ke Putrajaya.
"Beliau silap jalan tu...tujuan PRK ini adalah untuk pilih wakil rakyat Kajang dalam Dun Selangor," katanya ketika berucap pada majlis bersama Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di sini, hari ini.
Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun.
Thursday, 6 March 2014
LUAHAN HATI TUN M APABILA DITUDUH ANTI HADIS !!!

BLOG CHE DET - Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.
Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.
Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.
Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.
Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.
Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.
Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.
Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.
Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.
Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?
Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?
Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.
Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.
Friday, 24 January 2014
PANAS !! ANGKARA TUN DAIM DAN KELDAI PENCEN SI KADIR JASIN , TUN M JADI MANGSA !!!

Seburuk-buruk suara adalah suara KELDAI yang MENJERIT-JERIT !!! Namun yang duk MENYALAK DAN MENJERIT SEKARANG BUKANNYA BINATANG BERNAMA KELDAI tetapi Lebih kurang KELDAI jugak , sapa LAGI kalau bukan Si KADIR JASIN.
Salakkan KADIR Belaan DAIM ZAINUDDIN ni bukan kita tidak tahu , hanya kerana MEROYAN mahukan JAWATAN PENGERUSI DI MEDIA PRIMA dan juga AGENDA DAIM yang telah hilang KEPENTINGANnya MENGUMPUL HARTA dan Ada KEPENTINGANnya yang tidak dapat diPENUHI oleh Perdana Menteri !!!

ISU DAIM,KADIR DAN TUN M JADI MANGSA BOLEH BACA DISINI
Friday, 11 October 2013
HOT NEWS !! POLIS MESTI TEMBAK DULU !!! @zahid_hamidi
.jpg)
Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan pasukan polis menembak mati penjenayah bagi menjaga keselamatan anggota tersebut.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika seorang individu atau penjenayah yang mempunyai senjata, pasukan polis lebih baik menembak mereka dahulu atas faktor keselamatan.
''Apabila berdepan dengan penjenayah yang ada senjata dan mempunyai kemungkinan untuk menembak polis, adalah lebih baik anggota keselamatan itu menembak mereka dahulu.
''Saya beranggapan lebih baik membiarkan penjenayah berdepan dengan risiko ditembak daripada meletakkan risiko bahaya itu ke atas pihak keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek kerja-kerja bawah tanah dan terowong Lembah Klang Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Cochrane, Cheras di sini hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
POSTING PALING HOT
-
Buat artis-artis terutama artis perempuan hati-hatilah memilih pakaian semasa berlakon tu, kang dah jadi lagu ni.... hanya ingatan .....
-
'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabat...
-
J Sebuah page 'Jom Stream' telah membuat undian Online antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan Mantan Perdana Men...
-
Junko Furota – Mangsa Seks yang Paling Malang Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang pal...
-
Hari pembukaan Sidang Parlimen tadi tercemar apabila pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak biadap dengan tidak menghormati Yang ...










.jpg)