sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 1 August 2012

MPM MENGUTUK KERAS KEBIADABAN DONG ZONG

ISU DONG ZONG, MPM MENGUTUK KERAS POLITIK ISU PENDIDIKAN





Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang diketuai oleh Pengerusi Biro Politik dan Governans MPM, Dato Seri Mohd. Hilmi Ismail dalam satu kenyataan di buat kepada pihak media baru-baru ini telah mengutuk keras tindakkan Persatuan  Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (DONG ZONG) mengugut kerajaan agar memenuhi tuntutan mereka untuk menubuhkan sekolah tinggi bebas cina di Kuantan baru-baru ini. 

Dato Seri Hilmi menegaskan, tindakkan persatuan itu mempolitikkan isu pendidikan cina demi kepentingan pembangkang sepatutnya tidak diendahkan kerana ia bertentangan dengan kontrak sosial yang dipersetujui semua kaum sebelum kemerdekaan.

Sehubungan itu katanya, persepsi yang cuba diwujudkan persatuan berkenaan seolah-olah pendidikan kaum cina dipandang sepi kerajaan perlu ditangani tegass oleh semua pihak terutama kerajaan serta orang Melayu yang menyokong dasar integrasi kaum di negara ini.

"MPM mengutuk tindakkan mereka mempergunakan isu pendidikan cina dalam membantu pembangkang mendapat undi pada pilihanraya akan datang. Ia seolah-olah menangguk di air keruh. Ia amat jelas kebelakangan ini dan Dong Zong dilihat berjaya dalam taktik tersebut.

Sekolah swasta bebas tersebut yang ditubuhkan itu akan menjalankan dua peperiksaan  besar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Unified Examination Certificate (UEC). Ini secara jelas menyimpang daripada dasar pelajaran negara" . katanya baru-baru ini.

Beliau mengulas tindakkan Dong Zong menjadikan isu pendidikan cina sebagai satu modal politik dengan mengugut untuk menyokong pembangkang sekiranya kerajaan tidak membenarkan pembinaan sekolah tinggi bebas cina meskipun sekolah jenis tersebut gagal mematuhi peraturan asas sekolah di negara ini.

Jelas Dato Seri Mohd.Hilmi, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri, sudah menjadi kewajipan mereka untuk mengangkat sistem pendidikan negara bagi memperkukuhkan identiti kenegaraan seperti yang dilakukan Indonesia,Thailand dan Jepun. 

Namun jelass beliau, tindakkan berbaur politik dan perkauman sempit oleh Dong Zong telah menyimpang jauh daripada agenda penyatuan bangsa Malaysia dan hanya akan menyebabkan jalinan kaum di negara ini bertambah renggang serta semangat patriotisme kian pudar dalam kalangan rakyat.

"Mungkin terdapat dalam kalangan rakyat negara ini yang menyangka penubuhan sekolah sendiri berteraskan kaum selari peredaran masa, namun adakah kita sanggup mengorbankan agenda kebangsaan demi memperjuangkan kaum masing-masing," ujarnya.

Beliau turut menyokong pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menolak Dong Zong kerana persatuan itu bertindak memperlitikkan isu pendidikan Cina untuk kepentingan peribadi dan kepentingan pembangkang.

"Dong Zong seolah-olah bersama dengan pembangkang dengan usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Justeru, MPM menggesa kerajaan mengambil langkah tegas agar isu itu tidak merebak lagi, ia tidak mendatangkan manfaat kepada kepentingan nasional," tambahnya.

- SUMBER UTUSAN MALAYSIA DAN UNIT MEDIA MPM


PSSSSTT : BAGI AKU KALAU DONG ZONG NI NAK LANGGAR KONTRAK SOSIAL DULU, BAIK MEREKA BALIK CINA, MINTA PADA KERAJAAN CINA!! INI BUMI BERTUAH, RAKYAT MAHU HIDUP AMAN DAMAI!!!! HIDUP TANAH MELAYU!!!


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive