sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 5 November 2014

BOLA : TOK GAJAH NAK SAMBAR BADRUL KAPTEN HELANG MERAH ?? #LangMerah #HijauKuning



Amboi,amboi,amboi Tok Gajah ni , lepas menang Piala Malaysia terus nak sambar pemain-pemain tempatan no. Aku dengar Skuad Tok Gajah duk tengah perati kelibat Kapten Pasukan Lang Merah , Badrul Baktiar tu , wah berapa la agaknya tawaran skuad Tok Gajah untuk Bad tu kan !! 

Aku petik sikit keyataan dari Pengurusan Tok Gajah mengenai perkara ini.

Ketua Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar antara pemain utama yang menjadi buruan Tok Gajah bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Hafiz Kamal yang berhijrah ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Keinginan mendapatkan Baddrol yang mampu beraksi di bahagian serangan dan memiliki keistimewaan tersendiri disuarakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Menurutnya, persatuan tidak akan bertindak sendiri kerana mematuhi segala prosedur terutama daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Bagi aku soal nak pikat memikat pemain ni bukan jadi kesalahanpun , sama ada KFA sanggup lepaskan Badrul dan atas Badrul sendiri ja benda ni , tapi sebagai peminat Lang Merah , aku mahu Badrul terus kekal bantu Kedah bagi menaikan semula skuad kita. 

Harap Badrul dapat memikirkan sebaiknya perkara ini , korbankan jiwa raga untuk negeri kita.' Biar jasa jadi kenangan' 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive