Hot Artis : Surat Nikah Awie Palsu?

PETALING JAYA 6 Jan - Bekas Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Yusoff Abu Bakar pada Selasa mendedahkan bahawa surat nikah milik penyanyi Awie adalah dokumen palsu.
Ia selepas saksi berkenaan membuat semakan dalam senarai pendaftaran nikah Pulau Pinang pada 4 Julai tahun lalu dan mendapati carian dokumen menggunakan nombor kad pengenalan milik isteri penyanyi itu, Rozana tidak berada dalam senarai.
Yusoff juga turut memberitahu, dia sekali lagi membuat semakan menggunakan nombor siri pendaftaran yang dikemukakan oleh Awie pada 8 Julai tahun yang sama dan mendapati nombor siri sijil nikah tersebut didaftarkan di atas nama orang lain.
Yusoff yang kini berjawatan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perlaksanaan Undang-undang, Jabatan Keluarga Islam Malayisa (JAKIM) memberi keterangan dalam perbicaraan tuntutan membatalkan perintah ex-parte terhadap hak penjagaan anak yang dikemukan oleh Rozana.
Keterangan itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mahakamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mohd Amran Mat Jais pada Selasa.
Rozana diwakili peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman sementara Awie diwakili peguam Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.
Terdahulu dakwaan perkahwinan itu tidak pernah didaftarkan muncul selepas Rozana meragui permohonan Awie yang turut melampirkan bersama surat nikah mereka ketika mengemukakan permohonan hak jagaaan anak (hadanah) secara ex-parte.
Rozana seterusnya menyiasat perkara itu sebelum pihak JAIPP mengeluarkan surat menyatakan tiada pendaftaran dibuat oleh Awie berhubung pernikahan mereka.
Mohd Amran menetapkan 13 Januari ini untuk mendengar penghujahan kedua-dua belah pihak terhadap kes berkenaan dan meminta pasangan itu menghadiri perbicaraan itu nanti.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, dan Rozana, 36, dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005 dan memiliki tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.
Penyanyi itu turut mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan penyanyi Arni Nazira iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12.
www.rakyatnews.my
Blog Archive
-
▼
2015
(189)
-
▼
January
(44)
- Isu Rotan : Jangan Samakan Mendidik Dengan Mendera...
- @jamawijaafar Sedih Lihat Video Zamani DiBuli #B...
- POLIS Kenal pasti Pagawai Yang Rakam Dan Sebar Vi...
- Alhamdulillah Tok Guru Nik Aziz Makin Pulih
- Video : Kejadian Pelik, Suhu Turun Mendadak , Huja...
- Video Zamani Slam , Polis Biadap , Ketua Polis Ne...
- Gambar2 Padang Pasir Dilanda Ribut Salji Dan Cuaca...
- Qu Puteh Berjaya Dalam Kekecohan #AJL29
- Video Dan Gambar Menarik #KataKita UK Tour @azwanbro
- Doa Buat Tok Guru Nik Aziz Di ICU
- Kepura-puraan Yang Memualkan - @azwanbro
- 2 Exco Kerajaan Kedah Bergelar Dato'
- Diana Rafar Fail Penceraian Terhadap Zamarul Hisham
- Pembunuhan Altantuya : Australia Tidak Mahu Serah ...
- Komet Lovejoy Akan Melintasi Bumi
- Rencana : Kenapa DAP Bantah Hudud - DR MASHITAH
- K-POP : Video 'DOSA' Akan Kekal Selamanya
- Eric Paulsen Mohon Maaf Dan Kes Selesai - Mahfuz ...
- MISTERI : Gambar Kereta, Lori , Traler Di Sedut Ke...
- TERKINI : Pelampau Eric Paulsen Hina Islam Di Taha...
- #QZ8501 : Gambar-gambar Ekor Pesawat Air Asia Yang...
- Eric Paulsen Hina Islam, Polis Harus Bertindak Ata...
- Eric Paulsen Bodoh Bila Padam Tweet Hina Jakim - @...
- UMNO Sik Hargai Anak-anak Pelajar Cemerlang UPSR D...
- PKR MAHU HANCURKAN GABUNGAN PAS DAN UMNO KELANTAN ??
- #PascaBanjir : Saya Terkejut Lihat Keadaan DI Mani...
- Panas !!! Indonesia BOM Kapal Nelayan Malaysia, Ma...
- Tudiaaa !!! 12,917 Unit Rumah Dibina Pada Tahun 20...
- #BanjirMove : Jelajah Bantuan Pasca Banjir NKP @Az...
- #QZ8501 : Ekor Pesawat Malang Air Asia Ditemui
- Hot Artis : Surat Nikah Awie Palsu?
- #BanjirMove : NKP @azwanbro & Sukarelawan Turun Ke...
- 2 Ahli Parlimen Cina Dap , Taikun Balak Di Kelantan ?
- Panas : Pelancong Jepun Dakwa Dirogol
- #BanjirMove : Video Gambar @AzwanBro Dan Sukarelaw...
- Riuh Rendah Bila Datuk Tajuddin Sik Bertemu Rakan2...
- #BanjirMove : NKP @azwanbro dan Sukarelawan Redah ...
- 2014 : Mimpi Ngeri Anwar Ibrahim Berulang Kembali
- NKP @AzwanBro dan Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir ...
- Misi Bantuan Banjir Felda Wilayah Utara Dilepaskan...
- Catatan Kenangan 2014 Menteri Besar Kedah
- #QZ8501 : Coretan Terakhir Nisaa Fauzie #AirAsia
- #QZ8501 : Kapal Malaysia Temui Empat Mayat Pesawat...
- Artis : Abby Abadi Paling Hot Tahun 2014 , Meh Tengok
No comments:
Post a Comment