Rupa-rupanya ada insiden buruk yang berlaku sewaktu bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menghembuskan nafas yang terakhir di atas katil wad di Hospital Sultanah Bahiyah semalam. Insiden yang memberikan gambaran atau imej buruk kepada ahli keluarga Azizan Abdul Razak itu, pastinya akan menjadi titik mula kepada perubahan pemilihan calon-calon di DUN Sungai Limau dalam PRK yang bakal diberikan tarikhnya oleh SPR sebaik-baik sahaja menerima notis daripada Speaker DUN Kedah berhubung kematian Azizan.
Kalau mengikut blog
Kedahan, Insiden tersebut berlaku, lebih kurang pada pukul 11:55 pagi pada waktu Ustaz Azizan baru meninggal dunia, apabila seorang anggota polis dari IPD Kota Setar telah ditugaskan ke bilik Wad ICU. Anggota polis berkenaan telah diarahkan untuk memantau dan merakamkan gambar-gambar yang berkaitan di situ.