sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label ANGGOTA POLIS DISERANG. Show all posts
Showing posts with label ANGGOTA POLIS DISERANG. Show all posts

Friday, 7 March 2014

PANAS !!! TOLONG PESAN PADA ADUN PKR TU !! WANG TIDAK BOLEH DIGANTI DENGAN NYAWA ANGGOTA POLIS !!!!




WANG TAK GANTI NYAWA: “Sejak bertugas sebagai anggota polis lapan tahun lalu, ini kejadian pertama saya diserang ketika bertugas. Namun, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat dan saya akan kembali bertugas selepas disahkan sihat sepenuhnya nanti.

“Separuh duit sumbangan yang diterima pula akan di serahkan kepada isteri arwah Koperal Raja Aizam (Raja Mohid) kerana saya rasa mereka lebih memerlukan dan wang tidak dapat menggantikan rakan setugas yang sudah terkorban," itu luahan Koperal Mohd Aidil Mustafa, 29.

Mohd Aidil adalah anggota polis Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selalan yang tercedera ketika diserang beberapa lelaki dalam kejadian di Taman Sentosa, baru-baru ini.

Sumber : Harian Metro.



Kenyataan BIADAP dari Adun PKR ini ternyata menguris hati keluarga Allahyarham Raja Aizam yang terkorban diserang warga asing baru-baru ini . Kenyataan yang boleh dianggap BODOH ini sepatutnya tidak keluar dari seorang Adun !! kita boleh lihat sendiri bagaimana pemikiran manusia PKR ini !! 

WANG TIDAK BOLEH DIGANTI DENGAN NYAWA !!!! Pengorbanan angota Polis berjaga dan mengawal ketenteraman awan siang dan malam tidak boleh dipertikai , banyak jasa dan pengorbanan mereka demi memastikan negara kita aman !!! 





Tuesday, 4 March 2014

PERGINYA SEORANG PAHLAWAN NEGARA DISERANG PENJENAYAH KETIKA BERTUGAS !! AL-FATIHAH @PDRMsia


Al-Fatihah 


Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi ini, seorang anggota polis peronda maut, manakala rakan setugasnya cedera selepas diserang hendap sekumpulan warga asing ketika melakukan rondaan di kawasan perumahan di Taman Sentosa, Klang.

Koperal Raja Aizam Raja Mohd, 53, yang cedera di kepala maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), manakala Koperal Mohd Aidil Mustafa, 47, ketika ini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi hospital sama.

Mohd Shukri berkata, kedua-dua anggota dari unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan pada awalnya melihat sekumpulan warga asing, termasuk tiga wanita, sedang berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan dan cuba untuk memeriksa mereka.

"Kesemua mereka ini berjalan dalam satu kumpulan, selepas memeriksa dan cuba menahan tiga wanita daripada kumpulan itu, beberapa orang lelaki telah menyerang anggota menggunakan parang dan pisau rambo sebelum menikam Raja Aizam di bahagian kepala dan menetak muka Mohd Aidil.

"Dalam pergelutan itu, suspek telah merampas pistol milik Raja Aizam dan cuba untuk menembak Mohd Aidil, tetapi senjata itu gagal berfungsi sebelum ia dirampas semula Mohd Aidil yang kemudian menembak mati kedua-dua suspek berkenaan menggunakan pistolnya sendiri,” katanya.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...