sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label AZEEZ RAHIM. Show all posts
Showing posts with label AZEEZ RAHIM. Show all posts

Monday, 22 December 2014

Banjir : Biro Kebajikan Umno Malaysia Turun Bantu Kelantan @najibrazak @azeezputera



Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah turun ke Kelantan dalam misi membantu dan memberi bantuan kepada 15,000 mangsa banjir di beberapa daerah yang terjejas. 


Tujuh buah kontena bantuan banjir yang terdiri daripada barangan keperluan harian seperti beras, tilam, selimut dan bantal untuk diagih kepada mangsa banjir.

Menurutnya, “Untuk fasa pertama, agihan akan dilakukan di pusat-pusat pemindahan seperti di Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang dengan harapan akan memberi lebih keselesaan kepada mangsa yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

“Bantuan susulan akan saya bincangkan dengan Umno negeri sebelum menentukan bentuk sumbangan yang akan diberikan selepas ini,” 

Thursday, 2 May 2013

HOT VIDEO !!! PAS BALING TERKEDU !! RAKYAT BALING TERSENYUM !!! TENGOK PM KATA APA KAT HAMPA !!! #TukarKedah #TolakPR #BNBagus #PRU13



Dihadapan lebih kurang 30 ribu penduduk Baling didalam Majlis Perjumpaan Rakyat Baling Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di Padang Keda, Kupang Baling. Dato Sri Najib Razak telah mengumumkan "dua" Aku Janji BN khas untuk penduduk Baling sekiranya Barisan Nasional di beri mandat memenangi Kerusi yang di pertandingkan di Baling pada PRU13 ini.

Yang pertamanya.. Barisan Nasional akan membina sebuah Hospital Pakar di Daerah Baling sepertimana yang di kehendaki rakyat Baling dan diperjuangkan Datuk Azeez Rahim selaku Penyelaras Parlimen Baling dan Pengerusi Yayasan Pembangunan Rakyat Baling.

Keduanya.. Barisan Nasional berjanji akan membina sebuah Masjid Daerah di kawasan Baling.. Janji itu diumumkan Dato Sri Najib Razak setelah mendapati di Baling masih belum adanya sebuah Masjid Daerah.

Pisau Kedah yakin.. Janji-janji berkenaan pastinya Barisan Nasional akan laksanakan sekiranya di beri mandat memenangi PRU 13 di Baling .


Baling - Dihadapan lebih kurang 30 ribu rakyat Baling yang hadir ke Majlis Perjumpaan Rakyat Baling Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia di Padang Keda, Kupang, kBaling, YAB Dato Sri Najib Razak telah memberi dua "Aku Janji BN" istimewa kepada rakyat Baling sekiranya Barisan Nasional di beri mandat memenangi PRU13 di kerusi DUN dan Parlimen Baling.

Yang pertamanya, Barisan Nasional akan membina sebuah Hospital Pakar di daerah Baling bagi memenuhi kehendak penduduk Baling.

Keduanya, Barisan Nasional akan membina sebuah Masjid Daerah di kawasan Baling.

Selain itu, Dato Sri Najib Razak menyeru agar rakyat Baling memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional berladaskan dua perkara besar yang di perjuangkan Barisan Nasional iaitu "Islam" dan "Kemajuan".

"Kita mesti beri kepercayaan kepada pihak yang boleh benar-benar mengisi dua perkara besar yang saya sebutkan , Islam dan Kemajuan ". Kata Najib Razak.

"Apabila kita sebut kemajuan itu erti kata kita membina sebuah peradaban. Dan inilah yang sedang kita lakukan" katanya lagi.

Apa yang rakyat perlu tahu perjuangan "Islam" dan "Kemajuan" yang di perjuangkan Barisan Nasional telah di terjemahkan di dalam bentuk agenda Transformasi Nasional yang telah berjaya dilaksanakan Perdana Menteri Malaysia yang kita sayangi.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...