Jamil Khir yang juga anggota Parlimen Jerai, berkata perkara itu juga tidak akan mendatangkan perpecahan di kalangan anggota Umno malah dapat mematangkan pendekatan mereka dalam berpolitik.
"Kaedah pemilihan kali ini tak ada kelompok kerana masing-masing tawarkan diri untuk bertanding dan mahu berkhidmat untuk parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Korobori Pengakap Kanak-kanak 2013 Peringkat Kedah di Kem Dara Mandi dekat sini hari ini.
Pada pemilihan parti kali ini Jamil Khir akan bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Jerai menentang penyandang, Datuk Shuhaimi Abdullah.