Sebuah bas dipercayai bas henti henti ke Genting Highlands terbabas dan terbalik selepas terjatuh dalam gaung di jalan Genting Highlands sebentar tadi.
Gambar kemalangan itu dimuatnaik oleh laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
Pihak bomba memuatnaik keadaan bas yang sudah jauh terperosok ke dalam gaung.