sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label BIHUN. Show all posts
Showing posts with label BIHUN. Show all posts

Tuesday, 10 June 2014

HOT NEWS : BIHUN CAP MASJID TIDAK ADA SIJIL HALAL - JAKIM





'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.





Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, hari ini.

Mengenai kicap 'ABC Saus Manis' yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal Jakim.

"Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam," katanya.

Hakimah berkata, produk 'ABC Saus Manis' yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jakim.  





Aku harap pihak berkenaan lebih peka terhadap isu halal haram makanan ni kerana ia satu tanggungjawab yang wajib dipikul pihak terlibat. 

Soal kebersihan dalam sektor makanan juga perlu dititik beratkan.  Lihatlah mereka mengguna nama2 berunsur Islam dan Melayu bagi menarik orang Melayu membeli makanan mereka. 

Orang Islam menjadi mangsa tipu helah mereka. Kalau tidak diambil tindakan maka berterusanlah nasib orang Islam Malaysia menjadi mangsa keadaan tanpa pembelaan. 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...