
Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP) mempersoalkan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang meluluskan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP walaupun terdapat pelbagai aduan salah laku semasa pemilihan parti itu.
Presiden PMSP, Ramesh Rao berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat perkara tersebut kerana kelulusan yang diberikan amat luar biasa dan tidak mengikut saluran yang betul.
Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 15 aduan rasmi daripada ahli dan bekas ahli DAP telah dibuat kepada ROS mengenai salah laku termasuk penyelewengan semasa pemilihan CEC dilaksanakan, namun sehingga kini tiada satu maklum balas mahupun hasil siasatan dikeluarkan.
"Kita mempersoalkan perkara ini bagi mencari keadilan kepada ahli dan bekas ahli DAP yang datang kepada ROS untuk menghantar aduan, laporan yang mereka buat seolah-olah tidak bermakna walaupun turut disertakan pelbagai bukti yang kukuh.