sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label CERMIN GELAP. Show all posts
Showing posts with label CERMIN GELAP. Show all posts

Tuesday, 27 May 2014

OPS CERMIN GELAP : KENYATAAN KETUA TRAFIK PDRM DIRAGUI




Kenyataan Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman berhubung operasi besar-besaran terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap tidak mengikut spesifikasi mewujudkan persoalan antara agensi tersebut dengan pengusaha kedai aksesori kereta.

Persoalan itu ditimbulkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini apabila kenyataan tersebut bercanggah dengan pendirian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak akan melaksanakan operasi cermin gelap seperti yang dikatakan oleh Superitendan Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff itu.

Pengerusi Gabungan NGO Islam, Datuk Jamal Md Yunos berkata, kenyataan ketua trafik itu menimbulkan persepsi bahawa agensi itu 'bekerjasama' dengan pengusaha kaksesori kereta sedangkan pengguna sewajarnya dididik secara berkhemah dan bukannya dengan cara seperti ugutan.

"Rakyat perlu dididik dengan berkhemah dan berterusan, apa yang berlaku ini seolah-olah mahu mengugut. Kita lihat ada sesetengah agensi yang membelakangkan rakyat.

"Mungkin mereka lihat ada kepentingan tersembunyi, mungkin ada pakatan dengan pengusaha-pengusaha Cina kedai aksesori kereta ini, kita tidak tahu. Mungkin ini jadi persepsi kepada rakyat," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah wakil Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda (PERMAS), Presiden Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang (PKMK), Pengerusi Pertubuhan Pakatan Setia 1Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Insan Bakti Malaysia (PERKIB).

Sehubungan itu, gabungan NGO tersebut sebulat suara menolak kenyataan Mohd Fuad berhubung isu cermin gelap.


"Bagi kami yang selama ini menyokong Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha memerangi jenayah, namun hari ini kami nyatakan tidak setuju dengan kenyataan Fuad. Selepas mendapat respon daripada Pemangku Menteri Pengangkutan yang mahu ia dikaji semula, Fuad masih mahu mengadakan operasi berkenaan,"

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...