sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label DANGDUT. Show all posts
Showing posts with label DANGDUT. Show all posts

Tuesday, 11 November 2014

ARTIS : AMELINA CUN SEPERTI DULU



Penyanyi dangdut yang popular awal tahun 90 an dulu , sapa tak kenal Amelina yang sering berganding dengan rakan baiknya Iwan , masih lagi anggun menawan walaupun lama menghilangkan diri selepas berkahwin. 

Baru-baru ini Industri hiburan dikejutkan dengan gambar Amelina sedang bersantai di sebuah pusat membeli-belah bersama penyanyi dangdut itu ialah penyanyi Maya yang pernah dikenali dengan lagu Matahari.

Cuma pelbagai persoalan timbul apabila gambar berkenaan menjadi bualan kerana sebelum ini Amelina dikatakan sudah bertudung dan tiba-tiba gambar yang kelihatan itu menunjukkan beliau menayang rambut panjangnya.

BH Online menghubungi Maya dan beliau sudi berkongsi cerita pertemuannya dengan penyanyi yang pernah meledakkan irama dangdut suatu ketika dulu.

Menurut Maya mereka bersua minggu lalu di Bangsar Shopping Centre ditemani seorang lagi teman Amelina.

"Kami selalu berhubungan. Nak kira lama itu bolehlah juga. Kiranya hubungan kami secara sekali sekala. Sesekali kami berhubung bertanya khabar. Almaklumlah nak jumpa susah dan kami masing-masing pun mempunyai komitmen tersendiri.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...