Penubuhan Esscom untuk jaga keselamatan
.jpg)
Bagaimanapun, beliau berkata masih terdapat ruang untuk memperbaiki dan memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan di kawasan perairan negeri ini.
"Bila kita membuat sesuatu yang positif, ada sahaja yang tidak setuju. Mengkritik itu boleh, tetapi haruslah mengkritik untuk kebaikan iaitu memberi idea atau pendapat bagaimana ia boleh diperbaiki.
"Tujuan kerajaan menubuhkan Esscom ialah untuk mengawal kemasukan pendatang haram atau penjenayah, atau mereka yang menceroboh ke negara kita, khususnya Sabah, dan kalau ada kelemahan, saya tidak hairan kerana Esscom baru ditubuhkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Putatan di pekarangan Pejabat Daerah Putatan hari ini.