Karnival kerjaya terbesar di negara ini, Barisan Nasional (BN) Youth Job Fair 2013 (BNYJF 2013) menyediakan lebih 30,000 peluang pekerjaan oleh lebih 300 syarikat, selain menyediakan platform kepada mereka bagi memulakan perniagaan secara dalam talian.
Pengerusi sekretariat, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, kira-kira 30 hingga 40 syarikat yang mengendalikan perniagaan secara dalam talian akan terlibat dalam karnival dengan menawarkan skim-skim khas yang boleh diceburi golongan belia.