sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KERAJAAN KEDAH. Show all posts
Showing posts with label KERAJAAN KEDAH. Show all posts

Monday, 10 August 2015

Jawapan Kepada Tuduhan Fitnah Terhadap DS Mukhriz


dari page Mukhriz Mahathir fc


Demi menjawab tuduhan fitnah terhadap kepimpinan Kerajaan negeri. Kami MMFC membuat poster khas utk sebaran awam di media sosial.

Kita kena ingat, fitnah yang berulang-ulang jika tidak dibendung, lama ke lamaan orang akan percaya kononnya perkara tu betul.


Jadi demi untuk menyekat fitnah dajal yang cuba meruntuhkan kerajaan. Admin minta sahabat MMFC turut membantu kami menyebarkan poster ini pada umum.

Terima Kasih..

Monday, 8 July 2013

PANAS !!! KEPINCAGAN INSANIAH HOLDING !!! TUTUP TERUS DARIPADA TANGGUNG BALA TINGGALAN PAS !!! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir


Apj bersetuju benar jika Kerajaan Negeri Kedah menutup terus anak-anak syarikat KUIN seperti tertera di atas kerana langsung tidak membawa kebaikan atu keuntungan kepada KUIN sendiri . Dengan CEO dan barisan pentadbiran anak-anak syarikat ni berjadi puluh-puluh ribu tapi hasil yang dibawa bukan puluh-puluh juta tapi berjuta-juta habiskan duit KUIN yang diberikan Kerajaan Negeri. 

Tapi semua ketahui dalam-dalam ni semuanya adalah kroni-kroni Pas yang hidup mewah hasil daripada rompakkan duit KUIN . Kalau jadi 'ROBIN HOOD' takpa juga pulangkan hasil rompakkan tu kepada rakyat yang susah . 

Dalam berita semalam dikatakan Kerajaan Kedah sedang menilai semula kewajaran Insaniah Holdings Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya dalam usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata menerusi penilaian semula itu kerajaan negeri antara lain mempertimbang langkah untuk memperkemaskan pengurusan anak syarikat Kuin berkenaan.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan, kita dapati memang wujud kepincangan dalam pengurusan Kuin dan bagi menyelesaikan masalah ini tindakan daripada kerajaan negeri diperlukan.

"Kita juga dapati terdapat beberapa entiti yang terpaksa menanggung kerugian dan terpaksa bergantung kepada sumber dana Kuin yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan suntikan bantuan ini telahpun mencecah jutaan ringgit yang seharusnya boleh digunakan untuk kegunaan rakyat," kata Mukhriz.

Beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar di sini hari ini, berkata sebelum pilihan raya umum ke-13, Barisan Nasional (BN) banyak menerima aduan mengenai masalah di Kuin.

"BN memandang serius semua aduan itu dan setelah diberi mandat mentadbir negeri, tindakan pertama diambil adalah untuk menyiasat dengan mendalam perkara-perkara yang dibangkitkan melalui pertemuan, siri demonstrasi mahupun dari audit forensik yang telah dijalankan," katanya.

Menurut Mukhriz, kerajaan negeri juga menyusun semula struktur akademik Kuin terutama membabitkan kursus yang ditawarkan menerusi Insaniah Holdings yang didapati menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.

Antaranya ialah kursus perubatan yang dibimbangi tidak diiktiraf badan profesional, kata beliau.

"Kita bimbang kerana Insaniah Holding ada kelemahan yang akan menjurus kepada ijazah yang tidak boleh dipakai oleh graduan Kuin sehingga menyebabkan mereka sukar mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan selepas mendapat ijazah.

"Tapi kita mohon pelajar bersabar dan tidak perlu risau kerana pendekatan yang terbaik akan dibuat dan walau apapun keputusan yang bakal diputuskan, kebajikan, kepentingan dan masa depan mereka akan sentiasa dibela dan diutamakan," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memberi sepenuh perhatian untuk menyelesaikan masalah dan kelemahan Kuin agar kolej universiti itu menjadi sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka selaras dengan Aku Janji BN untuk melonjakkan Kuin ke peringkat antarabangsa. - Bernama

Sunday, 30 June 2013

ITUDIAAA !!! MERCU KEGEMILANGAN KEDAH @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah

SMSAH mercu kegemilangan negeri Kedah



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) menjadi mercu kegemilangan negeri Kedah apabila berjaya menempa pelbagai kejayaan cemerlang.

Seri Paduka, yang amat berbangga dengan kejayaan berkenaan, berkata sekolah yang ditubuh pada 1963 itu melahirkan ramai tokoh dan ketua kerajaan berkaliber menjadikan sekolah yang mendukung nama baginda tersohor.

"Walaupun bermula sebagai sekolah harian biasa, kemudian diangkat menjadi sekolah berasrama penuh, kejayaan sekolah ini menjadi mercu kegemilangan negeri Kedah.

"Sekolah ini berevolusi menjadi sekolah elit dan seterusnya pada 2011, dinobatkan sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)," titah Seri Paduka pada majlis santapan malam sempena sambutan Jubli Emas SMSAH di sini.

Seri Paduka bertitah kedudukan SMSAH sebagai yang terbaik dan tertinggi antara sekolah dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah meletakkannya sebagai destinasi impian pelajar dan ibu bapa.

"Dengan kedudukan sehebat ini, beta percaya sekolah ini mampu bertahan dengan pencapaian cemerlang untuk tahun-tahun yang akan datang," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut merakam ucapan tahniah dan syabas kepada warga sekolah itu, tidak kira pendidik, pelajar atau bekas pelajar, atas segala usaha yang tidak pernah mengenal erti jemu dan sentiasa bersemangat mengharumkan nama SMSAH sepanjang tempoh 50 tahun ini.

"Oleh itu, beta menyeru agar semua warga SMSAH sentiasa berusaha mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang," titah baginda.

Pada majlis itu, Seri Paduka turut melancarkan Yayasan Pelajar SMSAH bagi memperkukuh kedudukan kewangan alumni sekolah berkenaan dan manfaat pelajarnya. - Bernama

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...