sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA. Show all posts
Showing posts with label LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA. Show all posts

Friday, 13 June 2014

KEDAH KEMUKA CADANGAN BINA LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KEPADA PM @MukhrizMahathir @NajibRazak #KedahAmanMakmur



Pagi tadi selepas merasmikan program peningkatan Kerjaya dan Sukan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Kedah , Johor , Kelantan dan Terengganu di Wisma Darulaman , Dato Seri Mukhriz Mahathir berkata Kerajaan negeri sudah mengemukakan cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim yang bakal beroperasi untuk kargo dan penumpang.

Cadangan tersebut dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk diperhalusi.Katanya, lokasi lapangan terbang tersebut terletak berdekatan dengan Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan bakal dibina di atas tanah seluas lebih 6000 hektar.

''Perdana Menteri sudah dimaklumkan perkara ini. Pembinaan lapangan terbang ini langkah terbaik untuk merancakkan sektor industri di negeri termasuk negeri-negeri di zon Utara,'' 


Kedah kini mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Apj dan seluruh rakyat Kedah berharap Perdana Menteri dapat menerima cadangan ini demi kemajuan Negeri Kedah. 

Pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa ini bukan sahaja memajukan Negeri Kedah malah dapat membuka peluang perkerjaan kepada beribu-ribu rakyat Kedah khasnya.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...