sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MALINDO AIR. Show all posts
Showing posts with label MALINDO AIR. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

HOT NEWS : ENJIN TERBAKAR DI UDARA , MALINDO AIR MENDARAT CEMAS #MALINDO



Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh pihak Malindo Air dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Juruterbang, Kapten Wong Y.Y berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.

Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu, dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi itu selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuatkan gambar enjin yang terbakar di laman sosial miliknya.

Friday, 31 May 2013

TUDIAA MAI DAH !!! MALINDO AIR RANCANG TERBANG 6 JAM DENGAN 787-8

Malindo Air

MALINDO Air bersedia melakukan penerbangan ke Timur tengah, Asia Utara dan selatan Australia pada 2015 selepas menerima serahan tiga hingga lima pesawat penumpang Boeing 787-8 Dreamliner dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu sedang merancang menggunakan pesawat baharu pada laluan sejauh enam jam dan sedang mengkaji penerbangan ke tiga kawasan.

Katanya Malindo Air sedang menunggu pengesahan bertulis dari prinsipalnya, PT Lion Grup dari Indonesia, mengenai bilangan jet yang akan diberi bagi kegunaannya.

"Kami meminta lima pesawat. Pada peringkat awal, kami mungkin menerima tiga dan dua lagi akan diterima dari Batik Air," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pejabat tiketnya di Terminal SkyPark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Pesawat Boeing 787-8 Dreamliner -- yang mempunyai dua lorong dan berbadan lebar -- dikatakan berharga US$200 juta setiap satu.

Batik Air, yang juga anak syarikat Lion Grup, kini terbang pada laluan domestik Indonesia.

Mengenai sama ada Malindo Air prihatin terhadap laporan mengenai isu enjin Dreamliner, Chandran berkata ia terpulang kepada Boeing untuk menyelesaikannya.

"Kami pasti Boeing boleh menyelesaikannya. Kami berkeyakinan terhadap mereka," katanya.

Chandran berkata cadangan penerbangan keluar laluan pada 2015 itu akan dilakukan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya syarikat penerbangan itu juga akan mengkaji kemungkinan menggunakan pesawat B787-8 Dreamliner ke utara China menggunakan Kota Kinabalu sebagai satu hab.

Chandran berkata syarikat penerbangan itu merancang mengembangkan rangkaiannya di dalam tiga fasa -- iaitu domestik, laluan penerbangan berjejari lima jam dan jarak laluan sederhana yang dijangka mempunyai jarak jejari lapan hingga sembilan jam.

"Kami kini berada pada fasa pertama. Kami ingin memastikan kehadiran kukuh di dalam negara. Kami akan terbang pada kesemua laluan di Semenanjung Malaysia dari Lapangan Terbang Subang pada fasa pertama.

"Adalah diharapkan kami akan memasuki fasa kedua pada separuh kedua tahun ini. Saya juga ingin mengulangi bahawa kami tidak akan terbang pada laluan jarak jauh," katanya. - Bernama

Thursday, 30 May 2013

PANAS !!!! HANG NAK PUSING APA LAGI RAFIDAH AIR ASIA Oiiii !!!! CHOIII !!!!


Akhirnya Taikun terbesar dalam Air Asia X , Kak Dah berbunyi jugak , setelah sekian lama membisu dengan beberapa isu melibatkan Air Asia dan CEO KEPARATNYA itu iaitu Azran . Sebelum APJ sambung cerita lebih , ni sedikit coretan kata-kata Kak Dah tu .. 

Rafidah yang juga bekas Ketua Wanita Umno berkata, apa yang dinyatakan oleh Azran hanya pandangan peribadinya semata-mata, tiada kaitan dengan syarikat.

"Tentu sekali kita perlu bezakan antara pendapat dan kenyataan syarikat dengan kenyataan peribadi dalam media sosial," katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Wanita Umno menerusi kenyataan Penolong Setiausahanya, Datuk Rosni Sohar mendesak Rafidah menjelaskan pendiriannya sebagai bekas pemimpin Umno dan juga anggota Kabinet berhubung tindakan Azran.

Syarikat penerbangan itu juga diminta supaya tidak melupai jasa baik kerajaan yang ditunjangi Umno sebagai parti orang Melayu yang telah banyak membantu AirAsia mengembangkan perniagaannya hingga sampai ke tahap di mana ia berada sekarang.

Bagaimanapun kata Rafidah, semua pihak perlu memahami hakikat untuk membezakan pandangan peribadi (Azran) dengan kenyataan syarikat.

"Ini termasuk mereka yang telah membuat pelbagai komen berhubung isu ini," katanya. 

Ha nampak tak apa yang si Kak Dah nih kata , pandangan peribadi si botak bahalol tu katanya , jap aku nak tuihhhh 10 x kat Hang Kak Dah oiii !!! Hang tak baca atau tengok ka apa jadi , apa yang si botak tu tulis kat twitter dan fb bodoh dia tu ?? 

Ni kat bawah aku copy sikit apa yang si Botak hang tu kata !!! 

Azran secara terbuka menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, beliau turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan Air Asia di Utusan Malaysia.


Ha tudiaaa !! Kalau tak reti baca lagi aku tak tau la macam mana nak habaq kat hang lagi Kak Dah oii !!! Sudahlah Kak Dah ... Kalau peribadi Botak tu takkan dia boleh tulis 'PIHAKNYA MENARIK BALIK IKLAN AIR ASIA DI UTUSAN MALAYSIA ' !!! huhh !!! hang paham ka dia tulis apa Kak Dah oiii !!! hang tak reti baca ka !!!!  

Nak Bela botak nipun agak-agakla !! Sudah la perabis duit rakyat dulu !! cehhh !!! terungkit pulak hal lama !!! choiiii !!!! 


POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...