sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label P.KAMALANATHAN. Show all posts
Showing posts with label P.KAMALANATHAN. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

HOT INFO : LEBIH 1000 BERTUKAR SEKOLAH UNTUK BERSAMA PASANGAN !! TERBAIK @PKamalanathan @Muhyiddin_Yassin



Kira-kira 2,000 guru diberi kelulusan untuk membuat pertukaran sekolah dan lebih 50 peratus daripadanya diberi atas alasan untuk bersatu semula dengan pasangan masing-masing, kata Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan.

Beliau berkata jumlah itu melibatkan permohonan tahun 2013 yang telah memenuhi syarat minimum iaitu berkhidmat selama 36 bulan.

Bagi permohonan pertukaran sekolah untuk 1 Jan 2014 yang ditutup hari ini, beliau berkata kementerian telah menerima 3,812 permohonan untuk sekolah menengah dan 4,137 permohonan bagi sekolah rendah.

"Kita akan beri pertimbangan sewajarnya bagi permohonan ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Kamalanathan menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang diluluskan atas alasan ingin bersatu semula dengan suami atau isteri.

Wednesday, 24 July 2013

JAWAPAN KES MAKAN DI BILIK PERSALINAN - KES SELESAI @PKamalanathan



Kes yang hanya diperkatakan sekarang tentang Kes dikatakan pihak sekolah membiarkan murid-muridnya makan di bilik persalinan telah selesai dengan kantin yang sebelum ini diubah suai akan dibuka untuk pelajar bukan Islam makan pada bulan Ramadhan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...