sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PRK PENGKALAN KUBOR. Show all posts
Showing posts with label PRK PENGKALAN KUBOR. Show all posts

Sunday, 14 September 2014

PRK PENGKALAN KUBOR : BN JELAS ISU ROYALTI PETROLEUM



Barisan Nasional (BN) akan menggunakan kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sebagai platform untuk menjelaskan isu royalti petroleum, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, dalam penjelasan yang akan diberikan itu, BN akan menjawab segala fitnah mengenai kononnya Petronas masih belum membayar royalti berjumlah RM12 bilion kepada kerajaan negeri Kelantan.

Beliau yang menjangkakan PAS akan menggunakan isu royalti pada PRK itu berkata BN akan memberi penjelasan kepada rakyat Kelantan bahawa isu royalti adalah satu fitnah pihak pembangkang terhadap kerajaan pusat.

"Ingin saya jelaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan itu sebenarnya adalah fitnah dan ia serius.

"Petronas adalah syarikat milik kerajaan yang mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti. Kawasan (cari gali minyak) terlibat adalah melalui kerjasama dengan Thailand dan jaraknya juga adalah lebih tiga batu nautika dan itu bukan milik kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon PRK itu di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, Sabtu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mencabar PAS menyiasat daripada semua sudut dan memberi bukti secara spesifik dakwaan yang mengatakan Petronas dan kerajaan tidak membayar royalti sebanyak RM12 bilion itu.

"Kita bersikap terbuka dan mereka boleh siasat di mana sahaja dan nyatakan kepada kita jika terdapat keraguan," katanya.

Beliau berkata walaupun begitu kerajaan Persekutuan tetap prihatin dan bersetuju membayar wang ehsan yang kini berjumlah RM140 juta kepada Kelantan.

Katanya kerajaan dan Petronas telah membuat penafian sebelum ini terhadap dakwaan itu dan berharap PAS tidak lagi membuat fitnah berhubung soal royalti kerana ia merupakan satu dosa besar dalam agama.

"Mereka menuduh kita (kerajaan BN) sehingga menampakkan seolah kita yang bersalah dan kita tidak merasa takut dan saya katakan tadi mereka boleh membuat pemeriksaan terhadap Petronas berhubung perkara ini," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin BN mampu mengekalkan kemenangan pada pilihan raya kecil tersebut pada 25 Sept ini.

Saturday, 13 September 2014

HADI AWANG TOLAK CALON PAS PENGKALAN KUBOR ?



Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini menafikan perselisihan faham antara kepimpinan Pas negeri dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pemilihan calon parti itu bagi PRK Dun Pengkalan Kubor.

Beliau berkata, pemilihan Wan Rosdi Wan Ibrahim telah dipersetujui pucuk pimpinan parti.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, calon itu diumumkan olehnya beliau tanpa kehadiran Abdul Hadi kerana pemimpin itu berada di luar negara.

Wednesday, 10 September 2014

PENGASAS PONDOK CALON BN PENGKALAN KUBOR #PRKPENGKALANKUBOR




Barisan Nasional (BN) menamakan bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat, Mat Razi Mat Ail sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 Sept ini.

Pengumuman calon rasmi BN itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon BN PRK DUN N.01 Pengkalan Kubor di sini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata Mat Razi, 48, yang juga Anggota Jawatankuasa Umno Tumpat dipilih kerana beliau anak tempatan yang mempunyai banyak pengalaman dan jasa terhadap penduduk di kawasan DUN itu.

"Beliau merupakan anak tempatan di Pengkalan Kubor yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam pengkhususan Bahasa Melayu dan Sejarah.

"Ustaz Mat Razi juga adalah pengasas sebuah pondok di Tumpat yang kita rasakan dekat di hati rakyat," katanya ketika membuat pengumuman di hadapan kira-kira 5,000 hadirin di Pusat Operasi BN PRK DUN Pengkalan Kubor di sini.

-- BERNAMA

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...