sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label RIDHUAN TEE ABDULLAH. Show all posts
Showing posts with label RIDHUAN TEE ABDULLAH. Show all posts

Monday, 29 December 2014

Bila Jahil Mengaku Pandai



NAMPAKNYA laman web dan NGO ultra kiasu begitu memberi publisiti besar-besaran kepada sarjana Iran Amerika Syarikat, Reza Aslan, mengenai pandangannya terhadap Malaysia, terutama isu berkaitan kalimah ALLAH dan tindakan pihak kerajaan terhadap stesen radio BFM yang pernah menginterviewnya.

Katanya, Putrajaya bertindak seperti 'ibu bapa' dan bukan kerajaan yang dipilih, apabila mengharamkan penggunaan kalimah 'ALLAH' dalam kalangan bukan Islam dan menetapkan bagaimana umat Islam Malaysia perlu mengamalkan kepercayaan mereka.

Pihak berkuasa agama tidak perlu wujud secara berpusat di negara-negara yang mengamalkan ajaran Islam, kerana ia umpama merampas kuasa daripada Nabi Muhammad. Reza mengumpamakan, tindakan kita seperti rejim komunis Korea Utara kerana menyekat suara rakyat.

Malaysia dikatakan menjadi bahan ketawa dunia.

Kita tidak perlukan nasihat orang luar. Ramai pakar dalam negara ini yang lebih baik dan berkebolehan daripada beliau. Apa yang beliau tahu tentang Malaysia, sejarah, perlembagaan dan budaya masyarakat di sini? Peliknya, laman web dan NGO tersebut begitu beria-ia mendapatkan pandangannya.

Biarlah seluruh dunia mentertawakan kita, asalkan kita dapat menjaga negara dan rakyat dengan baik. Apa guna menjadi negara sanjungan dunia, tetapi mendapat laknat ALLAH?

Apakah negara Barat tidak menjadi bahan ketawa dunia, apabila merendah martabat manusia lebih hina daripada binatang atas nama demokrasi, seperti membenarkan LGBT, hubungan dan perkahwinan sesama jantina?

Monday, 7 July 2014

TIDAK SEMUA CINA ULTRA KIASU - RIDHUAN TEE


BULAN lalu, satu pertemuan tertutup secara harmoni, diatur oleh badan tertentu, antara saya dengan 10 pemuda parti Gerakan.

Pemuda Gerakan bertanyakan soalan bertubi-tubi dan mahukan jawapan, kenapa saya selalu dilihat melakukan attack kepada orang Cina dan melabelkan mereka sebagai ultra kiasu? Tidakkah lebih baik menulis menyeru kepada perpaduan nasional?

Saya jawab, tulisan saya tidak melakukan attack kepada semua orang Cina. Tidak semua Cina itu ultra kiasu. Masih ramai orang Cina yang baik.

Ultra kiasu yang setiap kali saya maksudkan adalah merujuk kepada mereka yang menentang agenda nasional seperti termaktub dalam Perlembagaan negara. Tidak kira, sama ada mereka Melayu, Cina, India atau sesiapapun.

Agenda nasional adalah agenda yang telah dipersetujui bersama, seperti kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, dan lain-lain berkaitan. Kesemua ini mesti dihormati dan diutamakan dalam apa jua keadaan.

Saya tidak menanamkan kebencian. Tidak ada ertinya saya menganut agama Islam, jika saya mengajak umat Islam membenci mereka yang tidak ultra kiasu. Tanggungjawab asas saya kepada mereka adalah; sampaikan walaupun satu ayat (berdakwah).

Semua bangsa (makhluk) adalah ciptaan ALLAH SWT. Mesti dihormati. Tidak kira manusia atau binatang (termasuk babi). Tidak sewajarnya kita saling menghina atau bermusuh. Kecuali dalam ‘keadaan tertentu’.

Kemuliaan seseorang terletak pada iman dan takwa, bukan pada yang lain. Apa guna berbangga dengan bangsa, jika kita tidak dapat menjaga maruah bangsa sendiri.

Masih ramai manusia yang berbangsa hari ini, sengaja merosak bangsa sendiri dengan melakukan perbuatan negatif seperti berjudi, berzina, minum arak, hasad dengki, fitnah-memfitnah dan dosa besar yang lain.

Monday, 27 January 2014

HOT ARTIKEL !!! DI MANA LETAKNYA MARUAH KITA ?



MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...