
Laporan tersebut dibuat sebagai membidas tindakan Rafizi yang mempersoalkan intergriti sistem kehakiman dalam negara ketika bercerita mengenai kes Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan polis turut dibuat kerana percaya buku berkenaan boleh memberi kesan negatif kepada pembaca sekaligus menimbulkan kebencian dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap sistem kehakiman di Malaysia.
Kesalahan tersebut merupakan kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964 dan merupakan suatu kecenderungan menghasut dibawah Seksyen 3 subseksyen (1) perenggan (c).