sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SYIRIA. Show all posts
Showing posts with label SYIRIA. Show all posts

Thursday, 3 July 2014

RAKYAT TIDAK PERLU SERTAI PEPERANGAN DI SYIRIA @dsjamilkhir @NajibRazak



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata umat Islam di Malaysia tidak perlu melibatkan diri dalam peperangan di Syria atas nama jihad.

Bagaimanapun, umat Islam digalakkan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada golongan yang terjejas dengan peperangan itu, katanya.

"Janganlah kita membuat keputusan untuk melibatkan diri tanpa mengkaji adakah peperangan itu dianggap jihad,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Malah, golongan yang terlibat dalam peperangan itu juga tidak mengharapkan rakyat Malaysia turut serta dalam konflik tersebut, kata Jamil Khir.




"Banyak pandangan daripada mujahidin di sana tidak mengharapkan rakyat Malaysia turun dalam peperangan sebaliknya membantu dari sudut kemanusiaan, pakaian dan sebagainya," katanya.

Tuesday, 1 July 2014

HOT NEWS : ALI KUMPULAN UKAYS AHLI MUJAHIDIN DI SYIRIA





OH BULAN : Kalau anda perasan, semalam telah tersebar sebuah video menunjukkan beberapa orang rakyat Malaysia yang menyertai gerakan jihad di Syria.

Video tersebut mendapat perhatian ramai pihak memandangkan ada yang berpendapat tindakan sebahagian anak-anak Malaysia yang dipercayai berasal daripada Kelantan itu sebagai sesuatu yang berani dan agak ekstrem.

Apapun, hari ini portal The Star telah mendedahkan bekas pemain drum kumpulan Ukays iaitu Ali merupakan salah seorang pejuang jihad yang terlibat.




Perkara itu disahkan oleh The Star sendiri selepas siasatan dibuat dengan memerhatikan beberapa perkongsian oleh salah seorang pejuang jihad yang juga bekas Dewan Ulama PAS iaitu Ustaz Lotfi Ariffin di sosial media.

Antara gambar yang tersebar menyaksikan Ali dan Lotfi lengkap berpakaian seragam seperti pejuang jihad dan memegang senjata api.

Dari apa yang difahamkan, Ali dikatakan telah dipengaruhi oleh Lotfi untuk melibatkan diri dalam aktiviti jihad tersebut dan menyertai perjuangan di Syria.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...