sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label YB NOR SABRINA MOHD NOOR. Show all posts
Showing posts with label YB NOR SABRINA MOHD NOOR. Show all posts

Sunday, 21 December 2014

Program Jom Kembali Ke Sekolah Anjuran Puteri Kulim/Bandar Baharu Beri Kelainan @SabrinaAzizan #SemutApi


Kemarin satu Program Kembali ke Sekolah anjuran Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu 2014 mendapat sambutan yang sangat baik dari penduduk di bahagian ini. 


Seramai 447 orang pelajar telah menerima bantuan dan sumbangan keperluan sekolah bagi. Turut hadir ibu bapa memberi sokongan.

Menurut Yb Norsabrina Mohd Noor, Ketua Puteri Umno Bahagian yang juga Adun Bandar Baharu, mereka telah memilih penerima dari keluarga yang kurang berkemampuan di pilih dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Penerima juga dari mangsa-mangsa banjir baru-baru ini di Bandar Baharu. 

Program ini usahasama dari Bina Darulaman Berhad (BDB) dan juga Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu. 

Satu langkah yang tepat dilakukan oleh penganjur program ini kerana telah memilih semua kaum untuk menerima sumbangan ini 




Monday, 17 November 2014

AMANJAYA SPECIALIST HOSPITAL PERTAMA BERCIRIKAN TEKNOLOGI HIJAU DI MALAYSIA @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan


Pagi semalam telah berlangsung lawatan Y.B Dato' Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid , Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Y.B Datin Norsabrina Mohd Noor , Exco Kerajaan Negeri Kedah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Hijau dan Air Negeri Kedah ke tapak projek Skim Pembiayaan Teknologi Hijau di Amanjaya Specialist Centre Sdn Bhd.

Dalam ucapan Timbalan Menteri telah mengucapkan tahniah dan syabas kepada Amanjaya Specialist Centre kerana telah berjaya membina sebuah Hospital bercirikan Teknologi Hijau pertama di Malaysia dan juga telah menerima penarafan 'provisional certificate' daripada Green Building Index Sdn Bhd. 

Pihak Amanjaya Specialist Sdn Bhd telah menerima pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau atau GTFS berjumlah RM 8.8 juta . Melalui projek ini, pihak Amanjaya Specialist Sdn Bhd. berupaya menjimatkan kos pengoperasian hospital khususnya aspek utiliti dengan mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 22% dan penggunaan air bersih sebanyak 31.5% berbanding fasiliti konvensional . 








Monday, 10 November 2014

KURSUS PEMANTAPAN JKKK DAERAH BDR BAHARU CAPAI MATLAMAT @MukhrizMahathir @SabrinaAzizan


Kursus Pemantapan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Daerah Bandar Baharu

Pada 7 - 9 Nov 2014 bertempat di The Regency Jerai Hill Resort, Puncak Gunung Jerai satu majlis Anjuran Pejabat Adun Bandar Baharu telah berlangsung kursus Pemantapan Jawatankuasa Kampung Daerah Bandar Baharu.

Kehadiran 70 orang yg terdiri daripada Pengerusi & Setiausaha JKKK.


Penceramah terdiri daripada Panel dari NCIA, JKM, KEDA, PDRM, UPEN

Peserta kursus di beri taklimat berkaitan dengan isu-isu semasa dan peranan agensi terlibat.

Dengan adanya kursus dan majlis seperti ini membolehkan Yb Adun mendengar permasalahan rakyat melalui JKKK.

Peserta kursus yang hadir seramai 70 orang. Kursus ini mendapat komitmen yang penuh dari peserta yang hadir dari segi penyertaan aktiviti berkumpulan dan juga tumpuan terhadap setiap sesi penerangan oleh agensi yang terlibat.

Tahniah Daerah Bandar Baharu

‪#‎AdunBandarBaharu‬ ‪#‎KedahAmanMakmur‬






POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...