
Kerajaan Negeri Kedah yakin sasaran pembinaan 6,000 unit rumah setahun pada tahun ini dapat dicapai sekaligus membantu menambah pelaburan asing di negeri ini.
Jelasnya walaupun pada tahun 2013, kerajaan negeri tidak mencapai sasaran tersebut, namun prestasi pada tahun 2014 yang memberangsangkan mampu menjadi pendorong.
"Pada tahun 2013, dalam tempoh 7 bulan kita hanya dapat siapkan 4,801 unit rumah, namun pada 2014 kita siapkan untuk ditawar 2,322 unit rumah manakala dalam proses pelaksanaan iaitu mendapat kelulusan dan pembinaan ialah 10,595 unit menjadikan jumlahnya sebanyak 12,917 unit. Ini dua kali ganda daripada sasaran kita," katanya.
DS Mukhriz berkata keyakinan itu turut didorong oleh bantuan daripada agensi-agensi kerajaan yang tampil membantu seperti Syarikat Perumahan Negara Berhad dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
