sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday, 8 September 2012

KISAH AMOI DOLL BIADAP YANG KURANG AJAR!!

KISAH SI DOLL KURANG AJAR!!





Wei..Sing Yee..Kamu jangan kurang ajar..!!! Minta maaf dengan PM dahulu, kemudian baru pada seluruh rakyat Malaysia!!

Macam ada sesuatu yang tak kena apabila model sambilan yang bernama Sing Yee ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menghina Perdana Menteri. Mengapa dia keberatan untuk memohon maaf terus kepada tuan punya badan sendiri iaitu Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak?


Di Petaling Jaya, Sing Yee pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun begitu, dia tidak meminta maaf secara langsung kepada Perdana Menteri dengan alasan Najib adalah sebahagian daripada masyarakat negara ini.

Dia juga mengatakan kehadirannya ke perhimpunan itu adalah kerana perasaan ingin tahu dan mengikut perbuatan peserta lain. Bagaimanapun, dia menafikan tindakan itu mempunyai sebarang niat menghasut.
 

Adakah ini desakan dari DAP sendiri untuk berbuat demikian? Apa motif sebenar Sing Yee berbuat demikian! Sepatutnya permohonan maaf dibuat terus kepada DS Najib dan kemudiannya kepada seluruh rakyat Malaysia? Nampak sangatlah tidak ada keikhlasan atau permohonan maaf tersebut sekadar melepaskan batuk ditangga untuk mengurangkan kemarahan orang ramai terhadapnya.

kredit lanjut : umno kuala selangor

pssst : jenis biaDAP biaDAP jugak!!! 

KEBIJAKSANAAN PEMIMPIN BN KEMBALIKAN HAK MALAYSIA

PEMIMPIN BARISAN NASIONAL BERJASA KEMBALIKAN HAK MALAYSIA










Sejarah

Pada 1910, ketika Tanah Melayu dijajah oleh British, ahli perniagaan British, William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co dalam sektor perladangan getah. Syarikat ini berlaih kepada kelapa sawit ,koko dan pelbagai sektor lain.

William Middleton Sime ketika itu berusia 37 tahun merupakan pengembara dari Scotland dan terlibat dalam perniagaan import eksport serta ladangkopi. Henry Darby pula berusia 50-an merupakan ahli perbankan dan memiliki beberapa hartanah di utara Tanah Melayu.

Syarikat Guthrie diasaskan oleh Alexander Guthrie pada 1821 di Singapura. Syarikat ini adalah syarikat British yang pertama di Asia Tenggara. Guthrie memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia pada 1896 dan 1924 di Kuala Selangor.

Pada 1905, syarikat Harrison and Crosfield membeli beberapa ladang di Sememanjung Malaysia dan mengusahakan tanaman teh dan kopi. Namanya ditukar kepada Golden Hope Rubber Estate. Pada 1982 Harrison and Crosfield menjual tiga ladang miliknya iaitu Golden Hope, Pataling, dan London Asiatic kepada pihak Malaysia pada harga £146 juta. Pada 1990, pemiliknya Permodalan Nasional Berhad menukar nama kepada Golden Hope Plantation Bhd (GHPB).

Syarikat British yang menguasai dan menentukan harga getah tidak digemari oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. Selepas 1970, pelabur Malaysia melalui Tradewinds (Malaysia) Sendirian Berhad membeli dan mengusai saham Sime Darby. Pada 1979, entiti Sime Darby Berhad (SDB) dan Consolidated Plantations Berhad (CPB) digabungkan dan ibu pejabat dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Pada 1981, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir bin Mohamad merestui tindakan PNB untuk membeli / mengambilalih syarikat Guthrie dari Bursa Saham London dalam apa yang dipanggil sebagai 'serangan waktu subuh'.

Psssstt :  Bukti kebijaksanaan pemimpin BN sejak dulu, siapa sangka selepas merdeka kita berjaya merampas Sime Darby dari British

BIADAP LANCARKAN PERANG SELAMATKAN AMOI DOLL???


PR LANCAR JIHAD PERTAHAN AMMAR DAN SIN YEE??

gambar sumber fb ye

Dengan penangkapan ikon biadab, Ammar dan Sin Yee, PR dikatakan sedang mengatur langkah untuk membela kedua-dua mereka sebagai modal politik seterusnya.

Di masa yang sama, ibu bapa Ammar yang pantas bertindak menyerahkannya kepada pihak polis telah pun meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia atas tindakan biadap anak mereka. Malah, mereka juga sedang berusaha untuk berjumpa dengan Perdana Menteri bagi meminta maaf secara rasmi dan bersemuka sebagai tanda ikhlas dan insaf. 





Sin Yee bagaimanapun, menggunakan pentas politik untuk meminta maaf iaitu melalui DAP dan dengan membuat sidang media dalam bahasa Cina yang diterjemahkan. Tiada permohonan maaf secara langsung kepada Perdana Menteri yang dilafazkan, hanya permohonan maaf secara umum kepada rakyat Malaysia. Itupun entah tepat entah tidak dengan terjemahan yang diperdengarkan kepada kita.

Tidak seperti Ammar, pihak Sin Yee tidak menyatakan minat untuk menemui Perdana Menteri dan meminta maaf secara rasmi dan bersemuka.

Sebaliknya, dengan meminta bantuan DAP, parti itu pantas menjadikan tangan Sin Yee yang digari ketika tangkapan sebagai isu untuk menenggelamkan isu sebenar, iaitu bersikap biadab terhadap pemimpin negara.

Namun, oleh kerana bukan hanya Sin Yee yang terlibat, DAP merasa bimbang jika sifat perkauman mereka kelihatan begitu ketara jika hanya Sin Yee yang dibela. Justeru, mahu tidak mahu, PR perlu kelihatan membela semua yang terlibat secara adil. Keputusannya, Ammar dan Sin Yee, kedua-duanya perlu dibela oleh PR.

Untuk itu, kedua-dua mereka tidak boleh dibiarkan digambarkan sebagai pesalah tetapi perlu dijadikan wira. Bagi mencapai matlamat ini, PAS perlu melancarkan jihad untuk membela kedua-dua Ammar dan Sin Yee atas nama keadilan dalam Islam.

Hujah yang digunakan oleh PR ialah kedua-dua mereka masih muda dan kesalahan yang dilakukan adalah tidak seberapa iaitu hanya memijak dan menunjuk punggung kepada gambar, bukannya kepala Dato’ Seri Najib. Oleh itu, mereka tidak layak dilayan seperti penjenayah dengan mengenakan gari ketika tangkapan. Tindakan tersebut akan digembar-gemburkan sebagai menunjukkan yang kerajaan tidak berperi-kemanusiaan, tidak bertimbang rasa dan sengaja ingin menutup hak bersuara rakyat.

Di samping itu, DAP tetap juga akan menggunakan pendekatan perkauman bagi menaikkan kemarahan kaum Cina terhadap kerajaan. Beberapa isu akan ditimbulkan bagi menunjukkan layanan berbeza oleh polis terhadap peserta Cina dan Melayu yang ditangkap atau antara Sin Yee dan Ammar.

Inilah antara stragegi jihad PR untuk Sin Yee dan Ammar dan mereka bakal melancarnya secara serentak secepat mungkin.

Nampaknya demi kuasa, PR, termasuk PAS sanggup melancarkan jihad membela perlakuan menunjuk punggung di khalayak ramai. Kerana kuasa PAS sanggup berjihad untuk anak Cina yang kurang ajar terhadap pemimpin Islam. Lebih buruk ialah si anak Cina itu langsung tidak menunjukkan keikhlasan dan keinsafan dalam permohonan maafnya. Sudahlah dibuat di dalam bahasa Cina yang mana Perdana Menteri tidak dapat memahaminya, lebih teruk lagi ialah hakikat bahawa seorang warganegara yang mengaku setia kepada negara tidak mampu berbahasa kebangsaan walaupun untuk memohon maaf.

Inilah produk DAP dan produk inilah yang PKR dan PAS sedang bantu untuk diperkembangkan dan diperkuatkan.

Nampaknya, jihad PR adalah jihad untuk memenangkan kafir harbi


Sumber : amir hakimi

PSSST : PAKATAN SELALU JADI HERO SELAMATKAN PENJENAYAH!!! 

AMMAR SALAHKAN 8 ORANG BLOGGER ??

AMMAR SALAHKAN 8 BLOGGER????




Ammar: Saya minta maaf, saya tak dibayar sesiapa?

Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.

"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.

Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.

Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.

“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.

Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.

"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.

Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.

"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.

Muhammad Ammar dalam pertemuan dengan media semalam turut memohon agar gambarnya tidak lagi disebarkan di Internet, selain merayu agar anggota keluarga, terutama ayahnya tidak diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan.

“Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar.

Menurut bekas penuntut tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics ini, ada bloggers yang menyebarkan kisah tidak benar mengenai dirinya.

"Daripada 10 bloggers yang menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai.

“Ada di antara mereka menuduh saya mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, sedangkan itu tidak benar," katanya.





hurnnnn : Salahkan perbuatan kita dulu beb!!! kesian mak ayah jadi mangsa atas perbuatan bodoh sendiri......

Wednesday, 5 September 2012

PANAS : LETUPAN BOM GEGAR TUDM

PANAS : LETUPAN BOM GEGAR TUDM KUANTAN !!!





Kejadian ni berlaku pada pagi 03 Sep lalu, satu tembakan bom dari pesawat TUDM jenis Hawk telah mengegarkan seluruh kawasan TUDM Kuantan, Pahang. Semua wakil media tergamam dengan perbagai aksi dan demontrasi perang oleh pihak TUDM semasa Lawatan Media Kanan bersama Menteri pertahanan ke TUDM Kuantan.Pahang.

Aku bersama rakan media lain berlepas dari TUDM Subang jam 8.30 pagi menaiki pesawat Charlie menuju ke pengkalan udara TUDM Kuantan. Pertama kali aku menaiki pesawat tentera, bangga, teruja, bimbang semua ada, tapi aku rasa bertuah kerana berpeluang bersama rakan media lain menaiki pesawat TUDM. 




Walaupun tak mewah seperti pesawat Air Asia atau MAS tapi pesawat TUDM sangat istimewa dan terfikir dalam fikiran aku erti perjuagan dan pergorbanan anggota tentera besar ertinya pada Negara. Kira-kira 10 minit hendak sampai di TUDM Kuantan kami dikejutkan dengan kehadiran 2 pesawat pejuang TUDM iaitu MIG-29  memintas pesawat Charlie yang kami naiki, debaran pada semua rakan media tentang apa yang berlaku sebenarnya dalam lawatan ini. 



Aku makin teruja dapat melihat pesawat MIG-29 terbang dari dekat, bangganya aku pada negara tercinta ini. Sempat aku merakam detik bertuah ini dari udara buat kenangan dan laporan dalam tv nanti.

Setelah selamat sampai di Pengkalan udara TUDM Kuantan, kami dikejutkan lagi dengan jeritan satu pasukan lengkap bersenjata mengarahkan kami turun dengan pantas, fuhhh apa lagi lepas ni, dalam rakaman aku sempat rakam detik kejadian itu, aku lihat 5 orang lelaki ditangkap oleh unit tentera tadi, pakaian mereka sama macam kami, takkan TUDM siksa kawan-kawan media aku? 




Cissss. terkena kami, rupanya dalam pesawat yang kami naiki ada 5 penganas yang cuba merampas pesawat, kejadian ini salah satu demontrasi oleh pasukan TUDM. Sangat menarik dan makin bersemangat kami nak tahu apa lagi akan berlaku semasa lawatan ini. 

Aku sambung episod perjalanan lawatan kami ke TUDM Kuantan esok, nantikan rakaman dan aksi hebat TUDM Malaysia bersama Media . 

Wsalam.




POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...