sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday, 2 January 2014

HOT NEWS !! LAPORAN POLIS OLEH BIRO AGAMA PEMUDA UMNO MLYSIA THADAP LAWRENCE !! @khairykj




Kenyataan Akhbar :

Biro Agama PEMUDA UMNO Malaysia buat laporan Polis berhubung artikel mengenai penggunaan Kalimah Allah oleh gereja katholik di Selangor.

Putrajaya, 01 Disember 2014

Biro Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah memulakan hari pertama tahun baru 2014 ini dengan membuat laporan Polis berhubung satu artikel mengenai kegunaan Kalimah Allah oleh sebuah gereja katolik di Selangor yang telah dikeluarkan dalam akhbar The Malaysian Insider baru-baru ini. Laporan polis yang dibuat di IPD Putrajaya itu merupakan reaksi lanjutan kepada kenyataan yang dibuat oleh paderi Father Lawrence Andrew, yang juga merupakan pengarang mingguan Katholik The Herald yang bertegas bahawa pihak Gereja Katholik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan yang menggunakan Bahasa Melayu.

Wednesday, 1 January 2014

VIDEO : AKSI GANAS PERUSUH MEREMPUH HADANGAN POLIS DAN DBKL SEMALAM DI DATARAN !! #RPDM31D


Video ini menyaksikan perusuh di Dataran Merdeka semalam merempuh hadangan Polis dan DBKL untuk masuk ke padang . 

TERKINI : #RPDM31D : ANGGOTA POLIS PARAH DI BALING BATU !!!


Di Khabarkan seorang Anggota PGA cedera di kepala akibat di baling batu oleh individu tidak dikenali di jalan Bukit Bintang sebentar tadi . - kita tunggu penjelasan dari Pihak Polis Kuala Lumpur bagi mengesahkan kejadian ini. 

#RPDM31D : RUSUHAN DI DATARAN , APA JADI PADA NAJWA LATIF ??? @NjwaLatif



Twitter di atas adalah twitter palsu dan telah diedit oleh puak yang mahu memburukkan Umno atas rusuhan di Dataran Merdeka yang dihadiri oleh beberapa penyanyi tempatan termasuk Najwa Latif . 

Ia disebarkan kononnya Najwa Latif kesal dengan rusuhan sebentar tadi di Dataran Merdeka. Apj harap orang ramai tidak terkeliru dan tertipu dengan sebaran twitter di atas untuk memburukkan umno kononnya umno menfitnah Najwa Latif. 

TERKINI !! #RPDM31D : KEJADIAN RUSUHAN DI DATARAN MERDEKA !!! APA DAH JADI !!!



Sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 Kuala Lumpur anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka terpaksa dihentikan pukul 11.30 malam ini, 30 minit sebelum kemuncaknya berikutan tindakan liar penyokong himpunan guling kerajaan merusuh dan menceroboh kawasan pentas utama.

Pengacara majlis terpaksa mengumumkan pembatalan sambutan itu termasuk acara konsert dan pertunjukan bunga api, hanya 30 minit sebelum detik 12 tengah malam menandakan bermulanya 1 Januari 2014, berikutan perusuh membaling objek ke arah pentas utama.

Ketika itu, Orkestra DBKL sedang mengadakan persembahan apabila tiba-tiba perusuh berbaju hitam menyerbu pentas utama.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...