sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KALIMAH ALLAH. Show all posts
Showing posts with label KALIMAH ALLAH. Show all posts

Wednesday, 17 December 2014

Presiden Pas Setuju Bukan Islam Guna Kalimah Allah di Penang


Bukan sahaja Azmin yang menyokong kenyataan Guan Eng malah kata Azmin, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut bersetuju bahawa tiada sekatan untuk bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

“Ini adalah pendirian PR. Presiden Pas sendiri pun pernah kata, sepatutnya tiada sekatan yang perlu dibuat ke atas bukan Islam untuk menggunakan kalimah ALLAH,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan Guan Eng dan mendakwa bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH di Pulau Pinang.

Jadi di sini kita faham rupanya Pas sendiri menyokong Guan Eng dalam isu Kalimah Allah walaupun Pas tidak keluar kenyataan terbuka tetapi dalam diam mereka sebenarnya menyokong. 

Pas Akhirnya Berjaya Fahamkan Guan Eng Mengenai Islam


Hampa jangan buat-buat tak nampak pulak bagaimana Pas berjaya didik Guan Eng ni benar-benar faham pasai Agama Islam !! Dari dulu depa duk ajaq Guan Eng ni , sampai panggil ' Khalifah Umar Abdul Aziz' pada Guan Eng kan !! haaa jangan buat lupa pulak ok !!

Dari segi pentadbiran sampailah ke soal hukum Hudud, semua Pas dah ajaq Dap Guan Eng ni, aku memang respek la kat Pas ni !! payah Ooooooooo nak bagi manusia macam Guan Eng ni faham tapi Pas BERJAYA. Tak Caya ?? Tengok Video bawah ni k !!!  


Nampak ?? nampak ??? Tok-tok lebai Pas siap bertakbir lagi bila Guan Eng bercakap tentang Islam dan perjuangan Khalifah Umar Abdul Aziz !! NAMPAK ???


Thursday, 10 July 2014

RESOLUSI 10 PERKARA : HIPOKRISI EXTREMIS KRISTIAN



BLOG ZULKIFLI NOORDIN - Tiap kali timbul isu kalimah Allah, sudah pasti anasir extremis dan pelampau kristian akan membangkitkan isu Resolusi 10-Perkara.

Apabila Mahkamah Persekutuan pada 23.06.2014 menolak permohonan Titular Archbishop KL untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh The Herald, sekali lagi anasir extremis dan pelampau kristian membangkitkan isu Resolusi 10 Perkara.

Mereka mendakwa Kerajaan telah melanggar dan mengkhianati Resolusi 10 Perkara apabila kristian di Malaysia tidak dibenarkan berterusan menyalah-gunakan kalimah Allah.

Pada saya, anasir extremis dan pelampau kristian ini adalah puak hipokrit paling besar!

Kerana apa?

Pertama, kerana kumpulan kristian sendiri telah menolak Resolusi 10 Perkara bertarikh 08 April 2011 ini. Pada hari yang sama Menteri di JPM, seorang kristian totok daripada Bario bernama Idris Jala mengumumkan Resolusi 10-Perkara, Dewan Pemuda Majlis Gereja Malaysia telah dengan jelas memberi 10-Poin yang panjang lebar kenapa mereka menolak Resolusi tersebut.

Jadi, setelah menolak Resolusi 10-Perkara tersebut, apa hak extremis dan pelampau kristian kini mengungkit tentang resolusi tersebut? Bukankah ini cakap tak serupa bikin, hipokrit melampau yang tidak sepatutnya datang daripada mereka yang mengaku beragama dan bertuhan!

Kedua, Resolusi 10-Perkara ini langsung tidak menyentuh tentang kalimah Allah. Ianya hanya berkaitan pengimpotan, percetakan dan penerbitan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia kedalam Malaysia (lihat Resolusi 10-Perkara tersebut dibawah).

Dan bercakap tentang pengimpotan, percetakan dan penerbitan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia, adalah jelas tidak semua bibel versi Melayu-Indonesia mengandungi kalimah Allah. Contohnya ‘Kitab Perjanjian Baru & Lama’ terbitan Yayasan Lentera Bangsa Kristian Indonesia, mereka membuat keputusan menggugurkan penggunaan kalimah Allah dan menggantikannya dengan Elohim.

Ini selaras dengan kenyataan Datuk Seri Dr. Maximus J Ongkili, seorang lagi kristian totok yang menegaskan bahawa kepercayaan kristiannya tidak terjejas sedikit pun walaupun tidak menggunakan kalimah Allah; malah beliau menegaskan kalimah Allah boleh sahaja digantikan dengan kalimah Kinorihingan, Yahweh, Bapak Syurga dan lain-lain perkataan lagi.

Jadi pengimpotan bibel seperti ini, yang tidak mengandungi istilah, kalimah atau perkataan yang bercanggah dengan undang-undang negara mungkin boleh dipertimbangkan berdasarkan Resolusi 10-Perkara tersebut, tertakluk kepada Perkara 9 Resolusi iaitu berdasarkan Perlembagaan, dan dengan mengambilkira undang-undang sedia ada didalam negara ini.

Apa undang-undang itu?

Thursday, 6 March 2014

MELAMPAU !! KRISTIAN DAH MULA SEBARKAN AJARAN MEREKA KEPADA KANAK-KANAK MELAYU !!!








Dekat atas ni buku-buka yang dah tersebar lama di pasaran , buku-buku komik dalam bahasa Melayu dan di tulis perkataan Allah walaupun ceritanya adalah mengenai agama kristian. . KENAPA MEREKA MENGGUNAKAN DALAM BAHASA MELAYU ???? Umum ketahui kebanyakkan penganut Kristian menggunakan bahasa Ingeris dalam kehidupan harian mereka !!! KENAPA PERLU BAHASA MELAYU ??? 

KENAPA MEREKA BUAT DALAM BENTUK KOMIK ??? Kerana tumpuan mereka adalah keda anak-anak kecil Melayu yang nipis Ilmu pengatahuan mereka dalam Agama !! ANAK-ANAK KECIL MELAYU MUDAH TERPENGARUH DENGAN KOMIK !! ! KENAPA TIDAK KEPADA ORANG DEWASA ??? 

LICIK mereka menyebarkan ajaran merekakan !!! target mereka generasi akan datang !! SEBAB itu mereka mahukan penggunaan KALIMAH ALLAH boleh digukankan oleh mereka !!! ADA MELAYU BODOH IKUT PERINTAH MEREKA !!!

HARI INI !!!! Buku Ultraman di HARAMKAN? Bunyinya macam kelakar pun ada. KDN ni ada kena mengena dengan Anwar ke? Atau Anwar yang suruh haramkan buku ni?

Kita baca dulu,

PANAS !!! PEMUDA UMNO KEDAH KECEWA KEPUTUSAN MAHKAMAH TANGGUH ISU KALIMAH ALLAH !!!!



Kenyataan Pemuda Kedah mengenai isu Kalimah Allah :

Pemuda Kedah kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini terus menggantung keputusan rayuan kalimah Allah oleh pihak Gereja The Herald. Pemuda Kedah amat membimbangi bahawa situasi akan terus menerus menyebabkan ketengangan kaum dan agama yg berpanjangan. Kita juga menuntut agar jabatan peguam negara memberi penjelasan secara jelas kenapa keputusan rayuan ini ditangguhkan.

2) Pemuda UMNO Kedah juga mendesak agar satu undang2 khas digubal bagi menangani tindakan provokasi dan penghinaan thdp agama dan kaum dimedia2 sosial. Kita sememangnya bimbang trend ini sekiranya tidak ditangani akan mencetuskan huru-hara agama dan kaum. Pemuda UMNO Kedah mencadangkan agar SKMM dan JAKIM diberi autoriti yg besar dan kuat utk menguatkuasa sebarang undang2 dan tindakan khas bagi membenteras golongan2 yg tidak bertanggungjawab ini.

3) Pemuda UMNO juga mendesak COMANGO diharamkan sama-sekali drpd bergerak secara sah dan melontarkan pandangan mereka. Bagi Pemuda Kedah COMANGO adalah satu pertubuhan yg mampu menyemarakkan lagi kebencian diantara agama dan kaum. Sekiranya kerajaan masih berlembut, Pemuda bimbang pelbagai bentuk provokasi akan mudah disebarkan hingga membawa kejadian2 yg tidak diingini.

Hakikatnya, kenyataan ini dibuat bukanlah meraih laba dan sokongan politik drpd sesuatu kaum yg majoriti, tetapi atas dasar kestabilan negara secara keseluruhan. Trend permainan api perkauman agama dan kaum ini seharusnya dihentikan dan dikawal bagi mengelakkan tragedi berdarah 13 Mei yg pernah menghantui kita

Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah

Wednesday, 5 March 2014

GEMPAR !!! NGO ISLAM ISYTIHAR JIHAD , AMARAN KEPADA PIHAK SESATKAN ISLAM !!!! #KalimahAllah



Pemimpin dikalangan badan bukan kerajaan (NGO) dengan lantang memberi amaran kepada pihak yang cuba menyesatkan penganut Islam dalam negara malah akan mengisytiharkan jihad sehingga titisan darah terakhir.

Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdul Rahman Mat Dali berkata, kemarahan semakin dirasai apabila agenda untuk menyesatkan penganut Islam digerakkan secara terbuka bertujuan menukar identiti Malaysia apabila Perlembagaan Negara meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.




"Kita akan berjuang habis-habisan. Kita memberi amaran kepada pihak yang cuba secara terancang, berani, halus untuk menukar identiti negara ini.

"Orang Islam sememangnya marah, orang Kristian sengaja mahu menyesatkan umat Islam. Hujah mereka tidak kuat, kenapa nak guna kalimah Allah, Allah itu Satu. Saya percaya ini ditiru daripada apa yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Umat Islam yang waras dan tidak terganggu dengan politik melampau dan pelik, pasti menyokong pendirian ini.





"Umat Islam tidak rela kalimah Allah ini digunakan dalam bible, jelas ia mahu menyesatkan dan merosakkan, memurtadkan dan akhirnya identiti kedudukan istimewa Islam tergugat sehingga menjadi plural. Bumi ini Melayu punya, tiada siapa dapat menafikan dan agama terakhir yang dianuti orang Melayu khususnya disini adalah Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Rakyat News ketika bersama-sama berhimpun di Istana Kehakiman Putrajaya untuk mendengar permohonan Gereja Katolik bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguan The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu.

VIDEO CELAKA !!!! SITI KASSIM PANGGIL MELAYU-MELAYU INI BODOH , LEMBU !!!






Manusia-manusia di bawah inilah yang di panggil BODOH oleh Siti Kasim ini !!! Subhanallah !!! Ya Allah !!! Masa kamu akan sampai wahai SITI Kasim !!!! 





Tuesday, 4 March 2014

PERHATIAN SEGERA !!! ESOK DI MAHKAMAH KEHAKIMAN PUTRAJAYA BUKAN DI JALAN DUTA !!! SEBARKAN !!!



PERHATIAN !!! Untuk Pengatahuan semua Esok Himpun Bantah penyalahgunaan kalimah Allah oleh pihak gereja akan di adakan di hadapan Mahkamah Kehakiman Putrajaya bukan di Jalan Duta !! HARAP MAKLUM DAN MOHON SEBARKAN BERITA INI !!! 

Ada pihak telah cuba mengelirukan semua dengan membuat poster serupa tetapi alamat di Jalan Duta !! Mohon sahabat2 segera sebarkan poster ini untuk rujukkan semua pihak yang akan ke Putrajaya Esok pagi !!

'Katakanlah (Hai Muhammad ) Allah itu Satu , Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu , Allah tidak beranak dan tidak pula di peranakka dan tiada satu pun yang setara denganNya ' ( Al-Quran: Al-Ikhlas 1-4)

ALLAHUAKBAR !!!! 

Thursday, 2 January 2014

HOT NEWS !! LAPORAN POLIS OLEH BIRO AGAMA PEMUDA UMNO MLYSIA THADAP LAWRENCE !! @khairykj




Kenyataan Akhbar :

Biro Agama PEMUDA UMNO Malaysia buat laporan Polis berhubung artikel mengenai penggunaan Kalimah Allah oleh gereja katholik di Selangor.

Putrajaya, 01 Disember 2014

Biro Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah memulakan hari pertama tahun baru 2014 ini dengan membuat laporan Polis berhubung satu artikel mengenai kegunaan Kalimah Allah oleh sebuah gereja katolik di Selangor yang telah dikeluarkan dalam akhbar The Malaysian Insider baru-baru ini. Laporan polis yang dibuat di IPD Putrajaya itu merupakan reaksi lanjutan kepada kenyataan yang dibuat oleh paderi Father Lawrence Andrew, yang juga merupakan pengarang mingguan Katholik The Herald yang bertegas bahawa pihak Gereja Katholik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan yang menggunakan Bahasa Melayu.

Tuesday, 8 October 2013

PERHATIAN !!!! UMAT ISLAM JANGAN LUPA 14 OTK INI !! PENTING !!!!



PUTRAJAYA 8 Okt- Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada 14 Okt ini sama ada penerbitan mingguan Katolik, The Herald, dibenar menggunakan kalimah 'Allah'.

Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi memberitahu Bernama Jabatan Peguam Negara baru sahaja menerima surat daripada bahagian pendaftaran Mahkamah Rayuan memaklumkan bahawa keputusan kes itu ditetapkan pada 14 Okt.

Pada 10 Sept lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah pihak berkenaan dalam kes itu.

Thursday, 12 September 2013

EDISI MEREMANG BULU ROMA !!! WAJIB BACA !! #KalimahAllah

Subhanallah ! Meremang bulu roma bila baca :')

Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH...

Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dalam usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yg lain...kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep tersebut ke tempat yang disediakan....Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu Jeep yang canggih tersebut...kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak...

Lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut, dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asalnya, lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut...pemuda itu keluar dari Jeep tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanya beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan.

Thursday, 22 August 2013

VIDEO SAYU !!! PEJUANGAN MEMPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH DI BUMI MALAYSIA !!! BANGKITLAH PEJUANG2 ISLAM SEKALIAN !!! #KalimahAllah @tunfaisal @riorashid @armand_PJU



GAMBAR !!! INILAH BARISAN PEGUAM ISLAM YANG MEMPERJUANGKAN ISU KALIMAH ALLAH #KalimahAllah @NajibRazak


Kami seluruh Umat Islam Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan kalian barisan peguam Islam yang mempertahankan Kalimah Allah , Kita sedar ini bukan berakhir lagi , perjuangan mesti diteruskan demi Agama Islam di Malaysia ini.

Kami akan terus menyokong anda semua barisan Peguam Islam !!! Terima Kasih Ya Allah !!! 

ALLAH YANG SATU 

GAMBAR2 BARISAN PEJUANG ISLAM , PEJUANG KALIMAH ALLAH !!! DI MANA BARISAN PEMIMPIN2 ISLAM PAS !!! #KalimahAllah



TERKINI !!! KEMENANGAN PERTAMA UMAT ISLAM MALAYSIA PERTAHAN KALIMAH ALLAH !!! ALLAHUAKBAR !!!!


Terkini: Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf.
sumber: utusan online

VIDEO !!!! PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH !!! AYUH TURUN PUTRAJAYA SEKARANG !!! SOKONG PEGUAM ISLAM !!!!



Saturday, 17 August 2013

TERGEMPAR !!! UMAT ISLAM MALAYSIA DALAM KRITIKAL 22 OGOS INI !!!! BANGUN !!! BANGUN !!! BANGUN !!!


Pada 22 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan Persekutuan akan menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan Paderi Besar Kristian Katholik Tan Sri Murphy Pakiam yang memohon supaya Mahmakah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini atas pertimbangan kebebasan beragama mengizinkan Kalimah Allah digunakan oleh mereka yang bukan beragama Islam khususnya di kalangan penganut Kristian.

Pakiam memfailkan permohonan tersebut sambil membuat ulasan dan kritikan terhadap Kerajaan Malaysia melalui Menteri Dalam Negeri yang bertindak mengemukakan rayuan. Beliau telah menggunakan perkataan “tidak rasional” dan “tidak sensible” di pihak kerajaan yang membuat rayuan padahal kabinet telah memutuskan mengikut fahaman Pakiam bahawa Jemaah Menteri juga akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi melalui kenyataan 10 perkara yang telah dikeluarkan.

Saturday, 13 July 2013

PANAS !!! ISU KALIMAH ALLAH, JAMIL KHIR BIDAS KENYATAAN DUTA VATICAN CITY !!!!

Kenyataan timbulkan kegelisahan tak wajar



Tindakan Duta Vatican City Ke Malaysia Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan kegelisahan awam serta boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan itu amat tidak wajar dikeluarkan mana-mana pihak sebagai menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh semua pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam di Malaysia dan tidak wajar disalah guna oleh mana-mana pihak.

"Saya menasihatkan semua pihak untuk tidak mempolemikkan isu kalimah Allah ini sehingga ia diputuskan di mahkamah kelak," katanya.

Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam-Melayu semalam mendesak kerajaan mengusir Biskop Joseph Marino berhubung tindakan beliau mengeluarkan kenyataan yang didakwa, antara lain, memuji hujah Persekutuan Kristian Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama itu di negara ini. - Bernama

Apj : Dalam isu ini pihak yang menjaga hal ehwal Agama Islam terutama Datuk Seri Jamil Khir harus bertegas dan pertahankan hak umat Islam . 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...