sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday, 3 February 2015

Kesabaran Melayu Sudah Sampai Waktunya


Aku tertarik dengan kenyataan dari Facebook Ramesh Rao mengenai isu kenyataan Dato Seri Ismail Sabri tentang peniaga Cina. katanya :

Jika Kenyataan Ismail Sabri Dianggap Terlampau,Bagaimana Pula Dengan Fitnah DAP & PKR Yang Mendakwa 

1.BarisanNasional Pembunuh Teohbenghock ?

2.Kerajaan Barisan Nasional Kerajaan Berasuah?

3.40K Bangla Menangkan Barisan Nasional?

4.Najib razak Pembunuh Altantunya ?

5.300K Kaum India Dinafikan Hak Kewarganegaraan 

Dan Banyak Lagi Fitnah dan Hasutan Terlampau Terhadap Barisan Nasional.Malahan Mereka Masih Lagi Bebas Menabur Fitnah!!!

Aku tumpang bangga kerana orang seperti Ramesh Rao boleh berfikir mana yang baik dan buruk. Cukuplah kita rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu bersabar, akibatnya mereka ini naik TOCANG  dan pijak kepala kita. 

Mereka sudah bangga kerana boleh menguasai ekonomi dan perniagaan di Malaysia ni tapi mereka lupa kerakusan mereka ini membuatkan negara dalam bahaya 'perkauman' akibat dari perbuatan mereka sendiri .

Mereka marah bila rakyat Malaysia mula bercakap tentang isu ini terutama seperti keluar dari mulut seorang Menteri yang mempertahankan hak rakyat . 

MCA PONDAN 

Bagi aku MCA sekarang seperti PONDAN , mereka langsung tidak mempertahankan parti-parti komponen lain apabila diserang oleh DAP dan Pakatan Rakyat tetapi bila isu mengaitkan peniaga-peniaga cina ini mereka boleh pulak duduk semeja kononnya memperjuangkan nasib bangsa Cina !! 
  
Bagaimana nasib BANGSA MELAYU diperlakukan seperti di bawah ini ??


Dimana suara MCA membantu orang Melayu apabila diskriminasi KAUM berlaku dalam syarikat-syarikat milik KAUM CINA ? 

Jelaslah pada kita semua bahawa MCA ni tak punya nilai apa-apa buat rakyat Malaysia yang menyokong Barisan Nasional. Sama saja seperti DAP 

Ingatlah Melayu, mereka telah menunjukkan belang mereka apabila mereka berkuasa, cukuplah bangsa kita dipijak oleh mereka ini !! 

Penyatuan kita dapat menumbangkan mereka dan menundukkan sikap biaDAP mereka. 

Ayuh Bangkitlah Pengguna @AzwanBro #tolakpeniagadegil #boikot


Kita dapat lihat betapa peniaga-peniaga Cina marah termasukalah pemimpin Pakatan Rakyat apabila Dato Seri Ismail Sabri meluahkan perasaan kecewa dan menasihati  pembekal, pemborong dan peniaga Cina agar bersama mebantu untuk menurunkan harga barang.

Aku melihat dari kaca mata sebagai pengguna dan rakyat Malaysia sendiri bagaimana mereka ini hanya pandai bercakap tentang harga minyak yang tinggi, kos itu ini yang membebankan mereka, persoalannya sekarang adalah ketika ini harga minyak turun dengan banyak jadi di mana lagi alasan mereka untuk tidak menurunkan harga barang-barang?

Inilah sikap tamak dan melampau mereka !! Marah bila orang bersuara tetapi mereka sendiri menunjukan sikap yang tidak baik !! 



Bangkitlah pengguna, sampai bila mahu terus 'dirogol' orang tengah 

Monday, 2 February 2015

MH370 Terus Menjadi Misteri Terbesar Dalam Sejarah Penerbangan Dunia


Dalam tempoh kurang daripada dua bulan mulai sekarang, tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan genap setahun, namun kejadian itu terus menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pelbagai persoalan terus diungkapkan.

Persoalan yang terus bermain diminda semua pihak; Apa sebenarnya yang terjadi? Di manakah sebenarnya pesawat itu? Bagaimanakah nasib anak kapal dan penumpang di dalam pesawat itu? Adakah lokasi pencarian itu tepat? Adakah aset pencarian tidak canggih sehingga sukar mendapatkan sebarang petunjuk? Sampai bilakah operasi mencari perlu dilakukan? Malah ada juga yang bertanya; Apa tindakan seterusnya jika pesawat diisytihar hilang? Adakah solat ghaib boleh dilakukan jika tiada sebarang kelibat ditemukan? Bagaimana dengan pampasan kepada waris keluarga dan siapa yang akan menanggung kos keseluruhan operasi?

Kesemua soalan ini diajukan Bernama kepada pakar penerbangan, bekas kapten kapal terbang, ahli akademik dan pakar agama bagi merungkai misteri kehilangan pesawat ini yang masih lagi belum terjawab sehingga kini.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Mengulas lanjut mengenai operasi mencari dan kawasan pencarian, seorang pakar penerbangan, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata saiz sebuah pesawat B777 adalah sekitar 4,500 meter persegi, sementara luas kawasan pencarian adalah sekitar 59,600 kilometer persegi.

"Ini bermakna saiz pesawat tersebut hanyalah 0.078 peratus keluasan kawasan pencarian. Sedangkan pesawat AirAsia QZ8501 jatuh pada kedalaman hanya 30m iaitu 0.5 peratus kedalaman pesawat MH370.

"Itu pun telah mengambil masa dua minggu untuk menjumpai bahagian ekor pesawat QZ8501 dengan banyak petunjuk seperti serpihan dan mayat yang terapung," katanya yang membandingkan operasi mencari MH370 dengan pesawat AirAsia QZ8501.

Pesawat Airbus yang membawa 162 orang termasuk tujuh anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 28 Dis semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia. Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Abdul Rahmat, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia menjelaskan, pencarian untuk MH370 bukanlah satu pencarian yang mudah dan mencadangkan agar kapal dan peralatan ditambah bagi memperkuat operasi pencarian pesawat Boeing yang ke-404 dibina itu.

Memetik laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang menerajui operasi itu, beliau berkata kawasan pencarian MH370 bertumpu di kawasan lebih jauh ke selatan iaitu kawasan terpencil dikenali sebagai 'lengkungan ketujuh' di lautan tersebut.

Ia ditetapkan selepas memperhalusi data komunikasi satelit dan maklumat panggilan telefon selama 17 minit dari darat ke udara yang tidak dijawab selepas maklumat terakhir diterima daripada radar.

Senada dengan Abdul Rahmat adalah Kapten Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian yang berpendapat lokasi pencarian adalah tepat kerana ia berdasarkan analisis terperinci akan isyarat 'ping' yang berasal dari pesawat itu yang mana setiap ping mempunyai "pengenalan" nya yang tersendiri dan pengenalan ping ini menunjukkan yang ia memang berasal dari MH370.

"Lokasi di selatan Lautan Hindi yang di "tunjukkan" oleh Inmarsat dikukuhkan lagi oleh radar yang mengatakan pesawat MH370 telah bergerak ke laut Andaman. Pencarian telah dilakukan dengan menggunakan aset yang mencukupi dan canggih.

"Cuma lokasi pencarian telah dikenal pasti lebih kurang seminggu selepas pesawat itu dilaporkan hilang. Dalam tempoh seminggu ini, serpihan atau pesawat tersebut mungkin telah dibawa arus ke lokasi-lokasi lain mengikut pola arah ombak dan angin. Inilah yang menyukarkan pencarian serpihan dan pesawat tersebut," katanya.

Mohd Harridon yang juga ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universti Kuala Lumpur (UniKL) itu menjelaskan satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah kebanyakan serpihan ini diperbuat daripada bahan metalik yang mudah tenggelam, jadi pencarian adalah lebih kepada pencarian dasar laut dan ini mengambil masa yang agak lama.

Menurutnya ini kerana dasar laut di selatan Lautan Hindi mempunyai lurah dan bukit bukau yang menindaskan lagi operasi pencarian dan disebabkan kawasan dasar laut ini belum lagi dipetakan, ia menyukarkan lagi pencarian.

Sehubungan itu, Mohd Harridon mencadangkan kaedah matematik digunakan untuk menambahkan lagi keberkesanan pencarian.

"Kaedah yang saya cadangkan ialah kaedah kebarangkalian iaitu "Bayesian Inference" di mana kaedah ini akan mengambil kira beberapa kebarangkalian dan kaedah ini akan mengambil kira pola angin, ombak, beberapa orientasi pesawat ini mungkin menjunam ke laut, berat pesawat berdasarkan minyak yang digunakan, dan lain-lain lagi.

"Dengan kaedah ini segala maklumat dan data akan diguna pakai dan kemungkinan ini akan mengecilkan lagi radius pencarian," kata Mohd Harridon.

Mengenai persoalan apabila kerajaan dan pasukan pencari telah mengisytiharkan pesawat itu hilang, beliau berkata mengikut undang-undang antarabangsa, satu penyiasatan menyeluruh akan diadakan.

Sunday, 1 February 2015

Panas !!! Orang tengah dan kartel pensabotaj ekonomi negara - @AzwanBro


Harga minyak dah 2 kali turun tahun ini, namun rakyat Malaysia masih dihidangkan dengan kedegilan pihak pengeluar, pemborong, dan pembekal menurunkan harga barang-barang. Dulu alasan mereka adalah kos pengangkutan mahal akibat harga minyak naik, nah sekarang dah dua kali turun tapi harga barang terus meningkat. 

Siapa yang desak kerajaan untuk turun harga minyak melainkan puak-puak ini yang meminta pihak Pakatan Rakyat sendiri untuk menekan kerajaan turunkan harga minyak !! 

Dimana suara-suara lantang Rafizi dan Pihak-pihak Pakatan ? mengapa tidak ditekan kepada pihak-pihak ini agar menurunkan harga barang ? 



Aku petik kenyataan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melalui Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun di laman sesawang www.astroawani.com

Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan orang tengah dan kartel termasuk pengeluar, pemborong serta pembekal yang enggan menurunkan harga barang merupakan kumpulan yang mensabotaj ekonomi negara.

Tudiaa !!! Nik Abduh Balun Guan Eng Kaw Kaw !!! @cmlimguaneng


Nik Abduh Tempelak Tindakan Guan Eng Serang MB Kelantan 

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menempelak kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang anggap Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob tidak pandai buat kerja berkaitan dengan musibah banjir terburuk, bulan lalu.

Sebaliknya, Nik Abduh bersyukur kerana menteri besar Kelantan meneruskan watak rendah diri sebagaimana ayahandanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerajui Kelantan sebelum ini.

Nik Abduh berkata, hasil daripada sikap teladan mulia tersebut, membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri mengumumkan akan membina semula lebih 2,000 rumah yang ranap akibat banjir di Kelantan.

“Bayangkan jika Kelantan ditadbir oleh MB (menteri besar) kaya dan bongkak. Adakah ALLAH SWT akan gerakkan hati seluruh rakyat Malaysia untuk habiskan wang untuk membantu?,” kata Nik Abduh dalam Facebooknya.

Dalam masa sama, Nik Abduh berkata, kerana tauladan mulia kepimpinan di Kelantan, telah menyebabkan puluhan juta ringgit berbentuk bantuan banjir dari seluruh rakyat Malaysia sampai ke negeri ini.

“Pastinya ia rekod baru negara, jalan raya Kelantan penuh dengan kenderaan sukarelawan dari seluruh negara.

“Definisi baru demokrasi tegar ketua menteri Pulau Pinang kini ialah kalau gagal hadapi banjir besar, tiada nilai mentadbir bersih rasuah, you are fired (awak dipecat)!” katanya.

rakyat news 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...