Mengenai isu harga barang yang masih belum turun, Pemuda UMNO Malaysia telah menghantar memorandum cadangan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha Pemuda Umno membantu Kementerian menyelesaikan isu ini.
Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun mengetuai delegasi Pemuda Umno bersama Mohd Ar Rahman Husin yang juga Pengerusi Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup (KASKH) dan beberapa Exco Pemuda telah hadir ke Kementerian di Putrajaya menghantar cadangan memorandum itu kepada Menteri KPDNKK.
Menurut Azwan, memorandum ini adalah hasil perbincangan pihak Pemuda Umno Malaysia dalam membantu kerajaan melalui KPDNKK bagi mencari jalan untuk menangani masalah harga barang.
" Pemuda Umno telah meneliti beberapa perkara berkaitan intipati cadangan yang disampaikan melalui memorandum ini, bagaimanapun kita yakin KPDNKK dibawah kepimpinan YB Dato' Seri Hassan Malek telah mempunyai perancangan yang teliti untuk dilaksanakan". Ujarnya.



