Wednesday, 15 June 2016
Sunday, 12 June 2016
Video Bukti : Rakyat Sungai Besar Rugi Besar Kalau Undi Calon Pembangkang #PRKSgBesar #SCS93
Setiap wakil rakyat yang telah dipilih wajib sentiasa bersama rakyat dan mendengar masalah serta membantu mereka sekurangnya seminggu sekali, tetapi calon pilihan Dap iaitu Azhar Ab Shukor dari Parti Amanah berikrar mahu jumpa rakyat dan pulang ke Sungai Besar 2 bulan sekali.
Lawak badut apakah yang beliau buat sampai nak jumpa rakyat 2 bulan sekali jika menang Pilihanraya Kecil Sungau Besar. Baik tak payah nak jadi wakil rakyat kalau macam tu !! Ini bakal membawa malapetaka besar untuk Rakyat Sungai Besar.
Video Panas !! MB Selangor Tak Bantu Calon Amanah ?? @khairykj @BudimanZohdi #PRKSgBesar #SCS93
Sebelum hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Sungai Besar heboh satu malaya cerita Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkampung di Parlimen Sungai Besar dengan bermacam-macam program dan aktiviti kononnya mahu mengambil hati pengundi Sungai Besar. Tapi keadaan jauh berbeza setelah tarikh 5hb Jun hari penamaan calon yang memperlihatkan pertandingan 3 penjuru antara BN, PAS dan PAN. Sejak tarikh tersebut Azmin Ali terus ghaib hilang entah ke mana macam kena sembunyi bunian pulak.
Pelbagai spekulasi yang timbul akibat kehilangan Azmin Ali ini antaranya ketidakhadiran Azmin dalam tempoh berkempen adalah Menteri Besar itu tidak mahu dilihat memihak kepada mana-mana calon Pembangkang iaitu PAS dan PAN. Kedua-dua parti ini ibarat "ditelan mati emak diluah mati bapa" kepada Azmin. Manakan tidak kerana kedua-dua parti ini secara terang-terangan berseteru antara satu sama lain tapi kedua-dua ada kepentingan kepada kerajaan Selangor yang memerintah sekarang ini.
Azmin dalam kedudukan yang tersepit antara PAN dan PAS. Pas ketika ini adalah rakan kongsi dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR kerana PRK dapat membentuk kerajaan negeri Selangor dengan sokongan DAP dan PAS di bawah jenama Pakatan Rakyat. Namun, dalam masa yang sama PKR dan kerajaan Selangor terpaksa memberi sokongan padu kepada PAN parti serpihan PAN yang kini dilihat cuba mengkucar-kacirkan PAS secara terang-terangan terutama dalam mempengaruhi ahli-ahli dan penyokong PAS masuk ke dalam PAN. Jika dihitung hampir 90% ahli PAN adalah bekas ahli atau penyokong PAS.
Ini antara spekulasi yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat dalam isu berkaitan "misteri kehilangan Menteri Besar Selangor"
Friday, 10 June 2016
'Saya budak kampung, cuma pakai pakaian biasa' - @BudimanZohdi #SCS93 #PRKSgBesar
SUNGAI PANJANG - Calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya terlibat dalam merampas tapak papan iklan DAP dan menaikkan poster kempennya di Sekinchan.
Menurut Budiman, gambar yang terdapat pada papan iklan itu sebenarnya bukan merupakan prosedur operasi standard (SOP) beliau selama ini.
"Saya tak berpakaian baju melayu di kawasan majoritinya cina dan pakaian kot bukanlah SOP dari pasukan saya.
"Saya budak kampung dan saya cuma memakai pakaian biasa," katanya ketika sidang media khas yang berlangsung hari ini.
Dalam pada itu, Budiman yang juga Adun Sungai Panjang memaklumkan bahawa dakwaan tersebut adalah taktik bagi memburukkan imej beliau memandangkan pihak berkenaan tidak mempunyai modal serta sengaja menggugat sokongan rakyat terhadap BN.
Subscribe to:
Posts (Atom)
POSTING PALING HOT
-
Buat artis-artis terutama artis perempuan hati-hatilah memilih pakaian semasa berlakon tu, kang dah jadi lagu ni.... hanya ingatan .....
-
'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabat...
-
J Sebuah page 'Jom Stream' telah membuat undian Online antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan Mantan Perdana Men...
-
Junko Furota – Mangsa Seks yang Paling Malang Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang pal...
-
Hari pembukaan Sidang Parlimen tadi tercemar apabila pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak biadap dengan tidak menghormati Yang ...






