sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label khairy jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label khairy jamaluddin. Show all posts

Saturday, 3 December 2016

KJ Gagal Sebagai Ketua Pemuda !! Lihat Bukti


Kelab UMNO Luar Negara: Pemimpin UMNO lebih Perjuangkan Agenda Peribadi berbanding Rakyat

PEGAWAI Media Kelab UMNO Luar Negara Sheffield, Nur Alia Natasha Ahmad Sufian sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Muhammad Asyraf Sawal

KUALA LUMPUR: Kelab UMNO Luar Negara mengakui mereka kekurangan golongan intelektual untuk menepis pandangan negatif yang diutarakan oleh pihak pembangkang. Wakilnya, Nur Alia Natasha Ahmad Sufian, berkata faktor demikian menjadi penyebab mengapa golongan muda semakin menjauhi parti itu ketika ini.

"Sebagai contoh, pembangkang mempunyai wakilnya seperti Syed Saddiq Abu Bakar yang lantang menyuarakan pendapat bagi pihak parti mereka.

Sunday, 12 June 2016

Video Panas !! MB Selangor Tak Bantu Calon Amanah ?? @khairykj @BudimanZohdi #PRKSgBesar #SCS93





Sebelum hari penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Sungai Besar heboh satu malaya cerita Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkampung di Parlimen Sungai Besar dengan bermacam-macam program dan aktiviti kononnya mahu mengambil hati pengundi Sungai Besar. Tapi keadaan jauh berbeza setelah tarikh 5hb Jun hari penamaan calon yang memperlihatkan pertandingan 3 penjuru antara BN, PAS dan PAN. Sejak tarikh tersebut Azmin Ali terus ghaib hilang entah ke mana macam kena sembunyi bunian pulak.

Pelbagai spekulasi yang timbul akibat kehilangan Azmin Ali ini antaranya ketidakhadiran Azmin dalam tempoh berkempen adalah Menteri Besar itu tidak mahu dilihat memihak kepada mana-mana calon Pembangkang iaitu PAS dan PAN. Kedua-dua parti ini ibarat "ditelan mati emak diluah mati bapa" kepada Azmin. Manakan tidak kerana kedua-dua parti ini secara terang-terangan berseteru antara satu sama lain tapi kedua-dua ada kepentingan kepada kerajaan Selangor yang memerintah sekarang ini.


Azmin dalam kedudukan yang tersepit antara PAN dan PAS. Pas ketika ini adalah rakan kongsi dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR kerana PRK dapat membentuk kerajaan negeri Selangor dengan sokongan DAP dan PAS di bawah jenama Pakatan Rakyat. Namun, dalam masa yang sama PKR dan kerajaan Selangor terpaksa memberi sokongan padu kepada PAN parti serpihan PAN yang kini dilihat cuba mengkucar-kacirkan PAS secara terang-terangan terutama dalam mempengaruhi ahli-ahli dan penyokong PAS masuk ke dalam PAN. Jika dihitung hampir 90% ahli PAN adalah bekas ahli atau penyokong PAS.

Ini antara spekulasi yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat dalam isu berkaitan "misteri kehilangan Menteri Besar Selangor"

Monday, 17 August 2015

Dedahkan Siapa Dalang Gulingkan Kerajaan - KJ


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan identiti pemimpin Umno yang berhasrat bergabung dengan Ahli Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan wajar didedahkan.

Menurutnya, tindakan itu bagi membolehkan setiap pemimpin dan ahli parti dapat mengetahui pergerakan individu berkenaan yang berhasrat menggulingkan kerajaan.

“Saya rasa elok sebenarnya kita diberitahu siapakah individu terlibat dan saya menghargai ketelusan Timbalan Perdana Menteri yang berkongsi dengan rakyat bahawa ada percubaan tersebut.

“Kita perlu tahu siapa individu tersebut sebab kita dah lama nak tahu siapakah bergerak dalam parti cuba gulingkan kerajaan dan apakah cara dikatakan nak guling kerajaan guna cara tidak sah.

“Kita pun tak tahu cara yang tak sah supaya kita dapat membantu membetulkan keadaan,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tahunan Umno Bahagian Bukit Katil di Dewan Tun Ali, di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian, Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Beliau selaku Ahli Parlimen Rembau turut memberitahu, usaha itu perlu melibatkan sokongan setiap ahli parlimen dan Khairy turut menjelaskan beliau tidak tahu siapakah pemimpin Umno berkenaan.

Katanya, sekiranya mengetahuinya sudah pasti beliau akan memulau pemimpin terlibat.

“Saya pun tidak tahu siapa individu itu dan kalau saya tahu saya tak kan cakap dengan dia saya akan pulau dia..saya pun tidak tahu siapa boleh dipercayai, perangkap pula saya tiba-tiba orang ni penggerak utama, saya kena cop pula,” katanya.

Thursday, 27 November 2014

#Pau2015 : Tubuh Majlis Amanah Pelihara Tanah Rizab Melayu @khairykj @azwanbro



Pemuda mencadangkan Majlis Amanah Tanah Melayu yang melibatkan semua negeri diwujudkan bagi melindungi tanah rizab Melayu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, tugas majlis amanah ini pula tidak tertakluk kepada hanya melindungi tanah rizab Melayu namun harus turut memastikan pembangunannya.

"Pemuda tidak akan sama sekali berdiam diri dalam hal ini, kita akan membawa isu ini untuk ke pentas nasional dan menggesa agar Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri dikuatkuasakan sepenuhnya.

"Kita harus semak semula senarai tanah rizab yang diwarta keluar dan memastikan tanah-tanah tersebut digantikan dengan segera. Jangan sampai hak kita di bumi ini terus-terusan dicabuli oleh mereka yang tak berrtanggungjawab.

"Apa guna jadi orang bertanah, jika tak dapat menggandakan nilai untuk bangsa nusantara sendiri,"
katanya semasa Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Jelas Khairy, Pemuda harus mencari penyelesaian segera bagi memastikan hak yang termaktub dalam enakmen sejak 1914, juga wasiat Raja-Raja Melayu, tak tergadai.

Saturday, 24 May 2014

ISU RSN RAYER : DAP HENYAK KHAIRY KJ KAW KAW !!!



Sudahlah permohonan maaf dari Ketua Pemuda Umno , Khairy Jamaluddin di tolak mentah-mentah Dap malah turut di keji pulak orang-orang Umno oleh puak-puak Dap , Padahal yang memulakan cerita adalah RSN Rayer adun celaka dari DAP yang memanggil Umno celaka , dalam Umno adalah orang Melayu maksudnya RSN Rayer tu kata celaka kepada orang Melayu. 

Pemimpin DAP Ong Kian Ming berkata, KJ perlu meminta maaf secara terbuka dan bukannya membuat kenyataan peribadi menerusi laman sosial twitter.

“Permohonan maaf secara peribadi tidak boleh diterima,” katanya kepada media hari ini.

Khairy turut menawarkan untuk membayar ganti rugi diatas kerosakan yang dialami DAP namun Kian Ming turut mahu Ahli Parlimen Rembau itu membuat permohonan secara terbuka.

Kelmarin, sekumpulan ahli UMNO membuat bantahan dihadapan ibu pejabat DAP Kuala Lumpur ekoran berang dengan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin parti tersebut ,RSN Nayer pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Nayer yang mengeluarkan kenyataan 'UMNO Celaka' mengulanginya ketika ceramah parti tersebut di Pulau Pinang dan bertekad untuk tidak akan memohon maaf diatas kenyataan yang dikeluarkannya.


Pendapat peribadi aku sememangnya manusia-manusia celaka dalam DAP ini tidak layak di kita meminta maaf kerana kita tidak akan mula jika mereka tidak usik kita , tapi mulut-mulut pemakan BABI ni sudah melampau menghina orang-orang Melayu dalam Umno !!! 

Jelas sekali dalam VIDEO itu beliau memaki dan memanggil Melayu dalam UMNO CELAKA !! JAdi apa yang di lakukan di Pulau Pinang , Wilayah dan Pahang itu adalah tepat bagi mengajar manusia pendatang itu !!! Sudahlah tidak tahu bersyukur diberi tumpang di Tanah Melayu ini . Bila diberi tumpang , depa tunjuk keras kepala pulak !!! 

Jadi kita jangan sesekali tunduk kepada bangsa-bangsa pendatang dalam DAP ini. !! 



Wednesday, 22 January 2014

PANAS !! 11 KP UMNO PAHANG MELAMPAU , JATUHKAN MARUAH UMNO !!! @NajibRazak @Khairykj @azwanbro


Semalam satu sidang media tergempar di buat oleh 11 orang Ketua Pemuda Bahagian di Pahang bagi menyatakan kekesalan terhadap Ketua Pemuda Umno Malaysia yang berdiam diri dalam menangani isu hilang kepercayaan terhadap KP Negeri Pahang sdr Shahruddin Ahmad.

Bagi aku sebagai ahli Umno yang sayangkan parti ni , aku kesal dengan sikap 11 Ketua Pemuda Bahagian Umno ini yang hanya mementingkan diri sendiri  , mereka telah membuka pekung di dada dengan membuat kritikan dan bantahan terhadap Ketua Pemuda Umno Pahang juga Yb Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia secara terbuka di media. 

Jalan yang mereka ambil sangat memalukan Umno sendiri dan memberi peluru kepada pembangkang dengan melihat Pemuda Umno Pahang dalam krisis yang amat teruk hanya kerana perebutan kuasa politik . Aku mahu pihak lembaga disiplin Umno mengambil tindakkan tegas terhadap mereka kerana mereka bukan ahli biasa tetapi Ketua2 Pemuda Bahagian yang di pilih untuk menjalankan tanggungjawab membela Agama , Bangsa dan Tanah air ini bukan membela dan berebut jawatan sama sendiri.

Thursday, 21 November 2013

OPS TEGUR !! SUDAH 2 TAHUN BERLALU , DI MANA SKUAD BRIGED KESATRIA PEMUDA UMNO YB @khairykj @azwanbro


DIPETIK PADA TAHUN 2011

SHAH ALAM, 5 Jun 2011 - Pergerakan Pemuda Umno bakal melancarkan Briged Kesatria Pemuda Umno dalam masa terdekat untuk menjadi barisan hadapan parti dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata kumpulan khas, yang dahulunya dikenali sebagai 'gerak gempur', ditubuh dan dibentuk semula bagi menjalankan tugas-tugas yang berhubung kait dengan pembabitan Pemuda dalam program utama Umno.

"Briged Kesatria yang akan diketuai oleh saya juga berfungsi menjaga keselamatan, menyuntik semangat dan menjalani latihan untuk menjadi pemimpin pelapis akan datang.

"Ini adalah kumpulan elit yang kita cari di setiap bahagian terutama di bawah umur 30 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Shah Alam di sini.

Khairy berkata sebagai permulaan, pihaknya menjangkakan keanggotaan lebih 30,000 orang di seluruh negara dan proses pemilihan akan dijalankan dalam tempoh dua bulan ini.

Anggota Briged Kesatria Pergerakan Pemuda Umno yang terpilih akan melalui kursus ala ketenteraan dan bersifat ilmiah bagi membentuk mereka sebagai pemimpin generasi akan datang, katanya.

-- BERNAMA 7 Jun 2011

Saturday, 16 November 2013

ISU K-POP : SHABERY BAKAL TIBAI PENFITNAH !! LAWAN TETAP LAWAN !! @shaberyc @RameshRaoAKS @khairykj @NajibRazak



Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Khamis depan, berhubung isu bayaran RM1.6 juta untuk persembahan artis K-Pop dalam acara Hari Belia Negara, tahun lalu.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan di dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Shabery yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan akan hadir bersama semua pegawai kementerian yang terbabit dalam program berkenaan.

Sebelum ini, Ahmad Shabery telah memohon kepada Parlimen untuk membenarkan prosiding penjelasannya kepada PAC dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, kementerian itu membelanjakan RM2.94 juta untuk Hari Belia Negara 2012, termasuk RM1.6 juta untuk bayaran artis K-Pop dari Korea sempena Himpunan Jutaan Belia 2012.

Apj : Kepada Ds Shabery , kita Lawan Tetap lawan !! 

Saturday, 12 October 2013

HOT PEMILIHAN !!! @khairykj BUANG UNDI !!! @NajibRazak #KJ4KP #TF4MT


Apj dapat info dari Rembau , Penyandang Ketua Pemuda Umno Malaysia, Yb Khairy Jamaluddin telah sampai di Dewan Institud Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong tepat jam 8.50 pagi tadi untuk membuang undi bagi pemilihan Kepimpinan sayap Parti itu pada mesyuarat perwakilan Pergerakkan Pemuda Umno bahagian.

Bagi pemilihan kali ini , Khairy dicabar oleh 3 orang lagi bagi jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Khairy telah menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau sebelum ini.

Saturday, 1 June 2013

PEHHH !!! FAM KENA LAGI !!! TAK PATUT FAM NIH !!!! ROMBAK FAM !!!!

Khairy Jamaluddin

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi hak tuan rumah kepada Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) bagi perlawanan tertunda separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Ini kerana, katanya persatuan itu telah gagal menjamin keselamatan pada perlawanan yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur, Selasa lepas.

"Kutipan hasil yang patut diberikan kepada Pahang sebagai tuan rumah tak boleh lebih daripada kapasiti Stadium Darul Makmur iaitu 10,000 sedangkan kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih besar iaitu 80,000.

"Pahang tidak layak mendapat hasil kutipan jualan tiket lebih dari 10,000 kerana mereka telah dikenakan tindakan denda tapi FAM bagi keuntungan lebih kepada PBNP. Ini tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi bersama Timbalannya, Datuk M.Saravanan ke Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil hari ini.

Khairy juga menyifatkan sebagai tindakan kurang tegas FAM terhadap PBNP ekoran kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Selasa lalu, menyebabkan perlawanan terpaksa ditunda dan diadakan di gelanggang berkecuali.

Jawatankuasa Tatatertib FAM mendenda PBNP sebanyak RM100,000 manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) didenda RM20,000 ekoran kekecohan itu.

"Kita tidak tahu kenapa terlalu ramai penonton boleh berada di stadium sedangkan tiket perlu dijual mengikut kapasiti stadium," katanya.

Menurutnya insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku dan FAM perlu segera menyiasat dan mencari jawapan kerana ianya telah mencemarkan nama baik bola sepak negara.

"Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan amat kecewa dengan PBNP kerana mereka gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai tuan rumah," katanya.

Khairy turut meminta agar FAM bertindak menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesuruhjaya perlawanan kerana gagal menyelaraskan semua aspek perlawanan termasuk soal keselamatan dan tiket. - Bernama

Sunday, 20 January 2013

TUDIAAAA !!! KETUA PANGLIMA PERANG KLASIK IRINGGI KETUA PEMUDA UMNO DI KEDAH #TUKARKEDAH @khairykj @tunfaisal




Semasa lawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia Yb Khairy ke Kedah jumaat lalu , Yb Khairy telah diiring dari Ibu Pejabat Umno Kedah di Alor Setar ke Taman Wira Mergong di Alor Setar oleh hampir 200 konvoi bermotor termasuk dari club motor klasik ini . Sememangnya semangat mereka tidak terkata dengan kehadiran Jeneral Perang Pemuda Umno ini.

Tahniah pada skuad bermotor dari Alor Setar ini . KITA TAWAN SEMULA KEDAH 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...