Friday, 10 June 2016
Video Panas !! Rakyat Sungai Besar Lebih Kenal YB @BudimanZohdi Dari Calon Pembangkang #SCS93 #PRKSgBesar
Wakili Dua Kawasan Bukan Isu
SUNGAI BESAR: Mewakili dua kawasan sebagai wakil rakyat bukan satu isu yang perlu diperbesar, kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi.
Beliau meminta mana-mana pihak supaya tidak menjadikan isu yang beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.
Situasi seorang wakil rakyat memegang dua kawasan iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen merupakan perkara biasa dalam politik dan tidak perlu diperbesar-besarkan.
"Mereka (pembangkang) patut bertanyakan ini kepada Azmin Ali (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) (Menteri Besar Selangor) kerana (selain Anggota Parlimen Gombak) pada masa sama beliau (ADUN) Bukit Antarabangsa.
"Tanya kepada pemimpin mereka Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) (Presiden PKR) beliau pegang (kerusi Parlimen) Permatang Pauh dan di (Dewan Undangan Negeri) Kajang. Apa yang penting BN terus bekerja sebagai satu pasukan dan berkhidmat kepada rakyat," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Budiman dalam pada itu membidas pembangkang yang mendakwa kemajuan di Sungai Panjang agak terbelakang berbanding sebuah lagi DUN di bawah kawasan Parlimen Sungai Besar, Sekinchan, yang diwakili ADUN DAP, Ng Suee Lim.
Thursday, 9 June 2016
Video : Ketokohan Kepimpinan @BudimanZohdi Hadiah Buat Rakyat Sg Besar #SCS93 #PRKSgBesar
Calon Barisan Nasional (BN) yang bakal mewakili masyarakat 1Malaysia di DUN Sungai Panjang (N.03), adalah anak watan Sungai Besar sendiri. Calon dimaksudkan adalah Budiman Mohd Zohdi, dilahirkan pada 11 Mac 1972 di Kg. Sungai Limau, Sg. Besar, Selangor.
Calon ini telah mendapatkan pendidikan awalnya di Sekolah Sri Makmur, Sg. Besar. Beliau meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Sungai Besar.
Sejak kecil dan awal remaja lagi, calon ini telah menunjukkan bakat kepimpinan di mana beliau banyak melibatkan diri dalam pertandingan pidato dan syarahan sewaktu di alam persekolahan lagi.
Tudiaa !!! Gandingan Mantap @NohOmar & @Armand_PJU Bantu Kempen Calon BN @BudimanZohdi!!! #SCS93 #PRKSgBesar
Pengerusi BN negeri, Tan Sri Noh Omar berkata selain jentera UMNO, parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan misalnya dilihat telah membuka bilik gerakan masing-masing bagi membantu kempen yang akan diadakan dalam bulan Ramadan ini.
“Setakat ini kita lihat MCA dan Gerakan misalnya mula turun padang dan berjumpa dengan pengundi Cina di Sekinchan dan kita lihat mereka (parti komponen) beri kerjasama cukup baik,” katanya dalam sidang media, di sini.
Ditanya sama ada tumpuan yang lebih kepada pengundi Cina akan menjejaskan sokongan pengundi kaum lain terhadap BN, Noh yang juga Pengarah PRK itu menjelaskan perkara tersebut tidak akan berlaku memandangkan jentera parti mendekati semua pengundi tanpa mengira kaum.
Subscribe to:
Posts (Atom)
POSTING PALING HOT
-
Buat artis-artis terutama artis perempuan hati-hatilah memilih pakaian semasa berlakon tu, kang dah jadi lagu ni.... hanya ingatan .....
-
'Bihun Istimewa' cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabat...
-
J Sebuah page 'Jom Stream' telah membuat undian Online antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan Mantan Perdana Men...
-
Junko Furota – Mangsa Seks yang Paling Malang Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang pal...
-
Hari pembukaan Sidang Parlimen tadi tercemar apabila pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak biadap dengan tidak menghormati Yang ...



