sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts

Thursday, 9 June 2016

Tudiaa !!! Gandingan Mantap @NohOmar & @Armand_PJU Bantu Kempen Calon BN @BudimanZohdi!!! #SCS93 #PRKSgBesar


Pergerakan jentera pilihan raya yang lebih tersusun dan kerjasama padu daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dipercayai mampu membantu calonnya Budiman Mohd Zohdi mengekalkan benteng parti di Sungai Besar.

Pengerusi BN negeri, Tan Sri Noh Omar berkata selain jentera UMNO, parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan misalnya dilihat telah membuka bilik gerakan masing-masing bagi membantu kempen yang akan diadakan dalam bulan Ramadan ini.

“Setakat ini kita lihat MCA dan Gerakan misalnya mula turun padang dan berjumpa dengan pengundi Cina di Sekinchan dan kita lihat mereka (parti komponen) beri kerjasama cukup baik,” katanya dalam sidang media, di sini.

Ditanya sama ada tumpuan yang lebih kepada pengundi Cina akan menjejaskan sokongan pengundi kaum lain terhadap BN, Noh yang juga Pengarah PRK itu menjelaskan perkara tersebut tidak akan berlaku memandangkan jentera parti mendekati semua pengundi tanpa mengira kaum.





Monday, 24 November 2014

Panas !!! DAP Lancar Protes Senyap Untuk Ajar PAS



DAP secara senyap melancarkan protes terhadap rakan komponen Pakatan Rakyatnya, PAS dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang ekoran sering kali bercanggah pendapat dalam keputusan bersama pakatan.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim berkata, PAS perlu membuka mata setelah protes DAP mencalonkan ahli dari partinya bagi jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor ekoran kekecewaan parti tersebut terhadap PAS.

"Ini tanda protes senyap kepada PAS terhadap peranannya dan protes terhadap isu Hadi yang sering tidak hadir mesyuarat," katanya yang dipetik Malaysian Insider.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semasa awal pentadbirannya berjanji untuk memberikan kerusi Timbalan Speaker Selangor kepada Adun PAS, sebagai ganti kerusi exco PAS yang kurang menjadi tiga berbanding empat semasa pentadbiran di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terdahulu.

Namun, DAP pagi tadi mencalonkan nama Ng manakala PAS mencalonkan Adun Bangi Shafie Ngah.

Shafie akhirnya memperoleh 28 undi mengalahkan Ng yang mendapat 14 undi.

Kerusi itu kosong berikutan penyandangnya, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkannya dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) baru.

Saturday, 5 July 2014

PANAS !! PAS MAHU JAWATAN MB SELANGOR ??



Pas Pusat bincang isu MB Selangor esok

Pimpinan Pas Pusat dan Selangor akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan suasana politik negeri ini, esok.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perjumpaan itu bukan khusus berkenaan kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semata-mata tetapi perkara lain juga.

“Kita mahu bincangkan perkembangan politik di Selangor dalam pelbagai sudut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad turut mengesahkan perjumpaan pada hujung minggu ini.

“Ya, ada pertemuan antara Pas Pusat dan Pas Selangor Ahad ini. Pusat hendak dengar pandangan Adun, Ahli Parlimen dan Yang Dipertua Pas Kawasan berhubung isu Menteri Besar,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat ketika dihubungi berkata, perjumpaan itu bertujuan mendengar cadangan dan pendapat peringkat akar umbi.

Friday, 4 July 2014

PANAS !! PAS KATA JAWATAN MB SELANGOR BUKAN HAK PKR !! BUAT DAH !!


PAS mendesak agar kemelut kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor terutamanya melibatkan isu pertukaran Menteri Besar Selangor diselesaikan segera menerusi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR).

Sumber PAS negeri mendakwa, PAS mempunyai hak yang sama untuk menyatakan pendirian berhubung status jawatan Menteri Besar kerana ianya bukan hak PKR semata-mata.

"Saya lihat isu besarnya ialah beliau (Abdul Khalid) tidak mendapat sokongan dalam parti sendiri (PKR).

"Bagi kita isu Menteri Besar ini adalah isu PR, bukan isu satu parti sebab semua parti mempunyai hak untuk mencalonkan Menteri Besar," katanya yang turut disiarkan di Antarapos hari ini.

Sunday, 29 June 2014

PANAS !! KERAJAAN SELANGOR CUBA SELINDUNG KES RASUAH ADUN DAP @RameshRaoAKS



Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, Ramesh Rao menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat seperti melepaskan batuk di tangga berikutan tiada sebarang tindakan diambil atas kesalahan salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong.

Beliau berkata, surat yang turut mengandungi bukti telah diserahkan kepada pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan tetapi tiada sebarang tindakan susulan diambil terhadap ADUN dari DAP itu.

"Aduan bersama bukti telah diserahkan kepada kepimpinan DAP dan pejabat Menteri Besar Selangor atas nama Pakatan Rakyat yang mahukan kerajaan telus dan banteras rasuah.

"Tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga kini daripada pihak Pakatan Rakyat seperti yang dilaung-laungkan oleh integritinya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat tidak bertanggungjawab dalam menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin mereka dengan memberi alasan kesalahan tersebut dilakukan dari pihak lain.

"Pakatan Rakyat tidak nampak kesalahan mereka. Mereka cuba menutup kesalahan mereka dan mereka cuba mengaibkan, memperbodohkan rakyat dengan memberitahu kesalahan orang lain.

"Menuding jari kepada Barisan Nasional kononnya berasuah.

Friday, 10 January 2014

PANAS !!! KALAHKAH ISLAM DI BUMI SELANGOR ??


Perjuangan selama lebih 20 tahun penduduk Tanjung Karang terhadap cadangan pihak yang mahu membina sebuah Gereja di kawasan majoriti 90% Islam  akhirnya hancur kerana ia telah mendapat kelulusan Menteri Besar Selangor.

Majlis pecah tanah membina Gereja ni telah disempurnakan oleh MB sendiri dan di hadiri oleh Teressa Kok yang diketahui begitu kuat mempertahankan Kristian. 

Kawasan ini sebenarnya mempunyai 20 orang lebih sahaja orang kristian dan 90% Islam dan Gereja ini dibina hanya 500 meter dari Masjid Arraudah . Jadi di mana rasionalnya pembinaan di kawasan ini  dengan majoriti penduduknya Islam dan pembinaannya begitu dekat dengan Masjid tempat orang Islam beribadah. 


Thursday, 9 January 2014

INFO PANAS !! JAIS LAWAN GEREJA,MB, PAS , PKR DAN KRISTIAN SIAPA MENANG !!!


Petikan di atas Apj kongsikan kepada rakan-rakan yang di ambil daripada Bible versi Bahasa Melayu. Antara sebab Apj membantah adalah kerana masa depan anak cucu kita , salah satu petikan dari Bible ini berbunyi  ' Allah telah megutuskan anaknya ke dunia ' petikan itu sudah jelas membahayakan anak cucu orang Islam di bumi Malaysia ni !! bayangkan jika anak-anak kita membacanya !! Tuhan punya anak ?? minta simpang jauh-jauh !!! 

Inilah matlamat sebenar gerakkan kristian menyebarkan agama mereka kepada orang Islam generasi akan datang !! licik dan teratur dengan menggunakan perang saraf secara politik bukan berperang menggunakan pedang , pistol dan sebagainya. 

Apj kongsikan sedikit cerita menarik tentang rampasan bible versi Melayu dari pihak JAIS di gereja baru-baru ini 

Friday, 4 October 2013

GEMPAR !!! KHALID SAMAD SOKONG JUALAN ARAK DILARANG ??? @shaberyc @RameshRaoAKS


Apj mengikuti pertanyaan yang dibuat oleh saudara Ramesh Rao kepada Yb Khalid Samad di twitter mengenai penjualan arak secara terbuka 

Dalam jawapan kepada balas kepada saudara Ramesh Rao , Khalid menyokong penjualan arak dilarang dan diharamkan sama sekali di tempat terbuka dan kepada umat Islam. 

Saudara Ramesh Rao juga di lihat bersetuju dengan apa yang dikata oleh Yb Khalid Samad. Yb Khalid Samad berkata ' hanya Pas saja yang mampu berbuat demikian'  Saudara Ramesh Rao juga berikrar menyokong Khalid jika beliau benar-benar melakukan dan mendesak kerajaan Selangor khususnya dan Malaysia amnya untuk mengharamkan penjualannarak secara terbuka kepada orang awam. 

Sunday, 4 August 2013

VIDEO PANAS !!! INI SELANGOR DAP PUNYA !!! U OLANG BOLEH BLAH !!! ITU UNDANG2 KASI MASUK LONGKANG !!! @anwaribrahim LU JAGA LAGI BANGSA PENYANGAK DAP NIH !! @NajibRazak




Tahniah Melayu-melayu di yang undi Pakatan di Selangor , video terbaik untuk anda , biasalahkan bila dah menang besar , mula naik kepala !!! takat kena maki hamun tu perkara biasa , kitakan pemaaf , takat pihak berkuasa nak rampas vcd haram , apalah sangat !!! huh 

Pihak penguasa nak report kat Kerajaan Selangor ?? huh dorang nak ke ambil tindakkan !!! Kebanyakkan orang Melayu ja kerja kerajaan , kalau buat kerja rampas-rampas barang salah ni , mana penyangak bangsa Dap ni kisah !!! Kalau BN buat salah penyangak ni lah kata macam-macam seolah mereka patuh undang-undang , tapi di Selangor dan Penang undang-undang tu dibakul sampahkan saja !!!

Apj tak nak cakap lebih kang dituduh rasis tapi kalau mereka penyangak-penyangak bangsa Dap ni , rasis mereka kata tak apa , kalau Melayu jual cd mereka yang mula report kat pihak berkuasa kata Melayu jual barang cetak rompak , tapi kalau mereka jual huh tak apa , halal !!!

Ada Khalid gagap kisah ?? Dia cuma tau tido saja !!! semua bangsa penyangak Dap buat semua tak apa , kalau Melayu buat huh salah macam syaitan !! 

Monday, 17 June 2013

GEMPAR !!! PKR SELANGOR KUTIP SAMPAH DARI KEDAH !!!! KAH KAH !!! MALU SIOT !!!!


Apj duk gelak tak habis-habis lagi bila baca satu artikel dari rakan blogger JAWABER6 mengenai jebon Mat Sabu sorang ni yang ditendang rakyat Kedah pada Pru13 dulu tapi dengar cerita dah dikutip oleh Kerajaan PKR Selangor menjadi Senator Negeri Selangor , kikikiki . 

Buat malu rakyat Selangor saja kutip sampah macam ni bawa masuk Selangor , apa jasa sangat yang dia buat? bantu rakyat ? atau menyusahkan rakyat dok buat demo sana sini dan ceramah maki hamun sana sini !!! 

Habis la lepas ni senator Mat Sabu komunis ni duk hasut rakyat Selangor 24jam , kalau bantu rakyat takpa jugak !! Sebelum tu aku nak ucap tahniah pada rakyat Kedah terutama penduduk Pendang kerana menolak ketua syiah Malaysia ni dari menapak di daerah Pendang. 

Buat rakyat Selangor apala nasib kita lepas ni lepas penyangak ni masuk Selangor pulak , Apjpun menetap di Selangor terasa jugak la bahana Mat Sabu nih !! 

Buat Khalid gagap , lu memang memalukan la bro , awat dah tak ada anak jati Selangor ka nak jadi orang penting dalam pentadbiran ? 



Tuesday, 4 June 2013

PANAS !!! SEKAT FACEBOOK SEBELUM PARAH !!!

Badrul Hisham Badrudin

Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin turut menyokong sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.

"Laman sosial sepatutnya diguanakan secara berhemah, bukan tempat untuk mencaci, menghasut dan menipu. Facebook ini jika tidak disekat akan membawa lebih banyak mudarat. Saya rasa tidak ada ibu bapa atau cendekiawan yang membantah sekiranya kerajaan menyekat laman sosial ini," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya turut berharap KDN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertolak-ansur dengan golongan yang dianggap ‘pelampau’ yang sanggup menghina pemimpin negara dalam laman sosial.

“Bila bagi amaran mereka umpama tak peduli maka sudah tiba masanya KDN kenakan tindakan keras supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan. Tindakan tegas perlu diambil supaya keamanan negara dapat terpelihara daripada ancaman anasir-anasir seperti ini,” katanya 

SINAR 

Tuesday, 7 May 2013

KEPUTUSAN PRU 13 PARLIMEN SELURUH NEGARA !! #PRU13 #GE13


KUALA LUMPUR 6 Mei - Berikut keputusan penuh bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mengikut pecahan negeri:

PERLIS (3): BN (3)

KEDAH (15): BN (10), PKR (4), Pas (1)

KELANTAN (14): BN (5), Pas (9)

TERENGGANU (8): BN (4), Pas (4)

PULAU PINANG (13): BN (3), DAP (7), PKR (3)

PERAK (24): BN (12), DAP (7), PKR (3), Pas (2)

PAHANG (14): BN (10), PKR (2), DAP (1), Pas (1)

SELANGOR (22): BN (5), PKR (9), DAP (4), Pas (4)

WP KUALA LUMPUR (11): BN (2), DAP (5), PKR (4)

WP PUTRAJAYA (1): BN (1)

WP LABUAN (1): BN (1)

NEGERI SEMBILAN (8): BN (5), DAP (2), PKR (1)

MELAKA (6): BN (4), DAP (1), PKR (1)

JOHOR (26): BN (21), DAP (4), PKR (1)

SABAH (25): BN (22), DAP (2), PKR (1)

SARAWAK (31): BN (25), DAP (5), PKR (1)

* Keputusan ini boleh diikuti di laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) resultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KerusiDR.php:

Sunday, 5 May 2013

TERKINI !!! UNDI 3 NEGERI MEMIHAK KEPADA BN !!! TERUSKAN SOKONGAN #PRU13 #GE13 #BNBagus



Peratusan Keluar Mengundi Setakat 1pm dan Status Sokongan Semasa BN

1. Kelantan
- 62 % keluar mengundi

- BN mendahului di 22 kerusi DUN

2. Kedah
- 63 % keluar mengundi

- BN sedang mendahului di 18 kerusi DUN

3. Selangor
- 61 % keluar mengundi

- BN mendahului di 26 kerusi DUN.

Teruskan perjuangan. Kita mendahului!

Tuesday, 30 April 2013

MAMPUIH DAH !!! DAP DAH TUNJUK BELANG !! BELUM LAGI JADI KERAJAAN !!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation




Belum Berkuasa DAP Dah Tunjuk Zalim

Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.

Sehari dua kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan pengundi Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.

Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk mengalahkan BN.

Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.

Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.

Sunday, 28 April 2013

GEMPAR !!! MAK LAMPIR BAKAL BERKUBUR DIBENAM !! #PRU13 #GE13 #TolakPR



Dr. Rozaidah Berpeluang Cerah Tumbangkan Zuraidah

Parlimen Ampang, bakal menyaksikan pertembungan dua wanita, iaitu Dr. Rozaidah Talib (BN)  dengan Zuraida Kamaruddin (PKR).   Sekali pandang, dari segi mata kasar, Dr. Rozaidah dengan Zuraidah umpama langit dengan bumi jika dinilai dari segi gaya dan karisma.

Dr. Rozaidah sebelum ini pernah memenangi kerusi Ampang dalam PRU 2004, namun telah digugurkan dalam PRU 2008 akibat krisis yang melanda rumahtangganya yang kemudiannya bertukar menjadi fitnah.

Fitnah tersebut terjadi apabila suaminya yang berang telah menjejakinya ke hotel, di mana beliau melarikan diri untuk bertenang seorang diri sementara menunggu suaminya turut bertenang akibat perselisihan faham.  Oleh kerana beliau enggan membuka pintu kerana takut dengan amukan suaminya, maka suaminya telah bertindak membuat laporan polis sambil membayangkan ‘kemungkinan’ beliau berduaan dengan lelaki lain.

Namun, ternyata beliau tidak pernah berkelakuan sumbang sepertimana segelintir isteri orang PAS yang gemar berduaan dengan pemimpin yang juga merupakan rakan suami mereka.

Oleh itu, setelah fitnah tersebut terjawab dan namanya dibersihkan, BN tidak ragu-ragu untuk mencalonkan beliau kembali di kerusi Ampang kerana khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat kawasannya sudah terbukti.   Bagi meyakinkan masyarakat akan kebenaran di pihaknya, Dr. Rozaidah telah pun bersumpah tanpa dipaksa atau didesak, tetapi dengan yakin, tegas dan rela bahawa beliau tidak pernah melakukan apa yang dituduh ke atasnya itu.

Ketegasan dan keberanian Dr. Rozaidah bersemuka dengan masalah silamnya menyebabkan lawannya, Zuraidah mati kutu.

Zuraidah diketahui sebagai bukanlah seorang ahli parlimen yang berkesan.  Satu-satunya perkara yang menyebabkan Zuraidah dikenali ramai ialah kerana kelantangannya membela Azmin Ali.   Sejak awal memegang jawatan lagi, Zuraidah telah pun memasang kaki di MPAJ.  Re-zoning kontrak pembersihan dilakukan bagi mengaburi mata ramai kononnya ia memberi peluang kepada lebih ramai kontraktor tetapi hakikatnya, semuanya adalah proksi Zuraidah dan Azmin.

Jika rakyat terhutang budi kepada Dr. Rozaida sebagai seorang doktor yang berjaya dan sebagai wakil mereka suatu ketika dahulu, Zuraida pula sebaliknya terhutang budi kepada rakyat yang memilihnya.

Ini berdasarkan latarbelakang Zuraida yang merupakan seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya mampu memakai kenderaan Myvi sebelum menjadi Ahli Parlimen, tetapi sejurus menang PRU 2008, iaitu pada 1 July 2008 beliau telah berjaya memiliki sebuah Volvo XC90 WRL575.

Tidak cukup dengan itu, pada 31 Mei 2010 pula, Zuraidah membeli Toyota Hilux Double Cab WTY1547, pada 3 November 2011, sebuah lagi Totoya Hilux Double Cab WNA276 dan pada 24 Mei 2012, sebuah Mercedez Benz E240 BLR9680.

Tidak tahu untuk apa dan kenapa Zuraida memerlukan begitu banyak kenderaan, mungkin untuk kegunaan anak-anak atau keluarganya.   Namun, itu bukanlah masalah rakyat.

Masalah rakyat ialah, berapa banyakkah pendapatan seorang wakil rakyat untuk membolehkan beliau membeli beberapa buah kenderaan mewah dalam jangka masa 4 tahun sahaja sedangkan beliau hanyalah seorang peniaga kecil-kecilan sahaja sebelumnya?  Beliau juga bukannya datang dari keluarga yang kaya raya.

Oleh itu, salahkah jika rakyat mengesyaki Zuraida sebagai korup?  Tidak boleh tidak, perkara ini tetap difikirkan oleh rakyat Ampang dalam membuat pilihan mengenai wakil mereka.

Dengan semua kemewahan ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Zuraida adalah wanita yang ‘berjaya’ walaupun beliau bukan seorang wakil rakyat yang baik dan berkesan di kawasannya.

Justeru, ‘kejayaannya’ itu dilihat sebagai faktor utama yang akan menggagalkan beliau dalam pertembungan dengan Doktor Rozaidah, iaitu seorang wanita yang telah berjaya dalam ertikata sebenar-benarnya.  


Friday, 26 April 2013

HOT NEWS : DOSA TIDAK TIDAK DIAMPUN OELH KAUM INDIA KEPADA PR #TolakPR #TolakPKR #PRU13 #GE13


                  

Roboh Kuil:  Dosa Tidak Terampun PR Kepada Kaum India

Kaum India di Malaysia boleh dikatakan bertuah kerana mendapat ‘pengajaran’ awal mengenai nasib mereka di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.  Selama sepenggal kaum India berpeluang menonton sendiri bagaimana parti pembangkang itu langsung tidak menghormati kaum India.

Jika di dalam BN, kaum India ada tempat khas dan kukuh untuk berdiri atau mengadu nasib tetapi di dalam Pakatan Rakyat, walaupun terdapat dua parti berbagai kaum iaitu PKR dan DAP namun tidak ada satupun yang meletakkan nasib kaum India sebagai keutamaan.

Kita melihat sendiri bagaimana DAP mengenepikan kaum India di Pulau Pinang, bukan sahaja dari segi jawatan mereka dipinggirkan tetapi nasib rakyat biasa keturunan India juga hanya dilihat dengan sebelah mata sahaja.  Jika kaum Melayu dibenci, kaum India pula tidak dipeduli oleh DAP.

Tanpa berfikir panjang DAP merobohkan kampung India dan Melayu bagi membolehkan pembangunan yang menguntungkan kaum Cina dilaksanakan.  Kampung Buah Pala iaitu sebuah kampung India di Pulau Pinang akan tetap menjadi simbol kekejaman PR terhadap kaum India.

Lebih malang bagi kaum India ialah, walaupun Selangor diterajui oleh PKR tetapi secara dasarnya, keseluruhan PR adalah diterajui oleh DAP yang hanya mengutamakan kaum Cina, manakala PKR pula tidak berminat untuk membela nasib sesiapa melainkan nasib Anwar Ibrahim anak beranak dan kroninya.

Justeru, kaum India terus ditolak ke tepi dan ke belakang tanpa pembelaan yang sewajarnya dan yang bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak dalam kepimpinan PR.

Bukti bahawa kaum India telah dianaktirikan boleh dilihat dalam tindakan PR merobohkan sehingga 7 kuil sepanjang penggal ini.  Antara kuil tersebut, termasuklah yang dibina di dalam pekarangan rumah.  Tiada alasan yang benar-benar kukuh bagi PR untuk memperlakukan kaum India sebegitu, terutama sekali apabila parti itu telah menabur berbagai janji bulan dan bintang untuk membantu kaum tersebut sekiranya mereka memerintah.

Kini terbukti semua janji itu hanyalah janji palsu.

Bagi kaum India, sepenggal di bawah Pakatan Rakyat sudah cukup untuk memberi pengajaran agar tidak lagi melakukan kesilapan dalam pilihanraya.  Dari situlah kita menyaksikan satu demi satu kumpulan India meninggalkan PR menjelang PRU-13.  Kebanyakan mereka dari parti DAP dan selebihnya dari PKR.

Benar, di dalam PR, khasnya DAP, ada Karpal Singh yang sepatutnya mewakili kaum India.  Tetapi, mungkin sebagai ‘Singh’ beliau tidak begitu dekat dengan sentimen masyarakat India kebanyakan.  Lebih teruk, Karpal Singh juga sama saja seperti Anwar Ibrahim yang hanya mengutamakan anak beranaknya.  

Pendek kata, bagi PR, kaum India hanyalah diperlukan sebagai pengundi. Untuk tujuan itu, hati kaum India diambil dengan cara berpakaian ala India, malah menari dan menyanyi lagu India.  Inilah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk menarik hati kaum itu.  Namun, lebih dari itu, Anwar tidak berbuat apa-apa lagi untuk mereka.

Berdasarkan hakikat ini, maka kaum India seharusnya sudah menyedari akan ‘keindahan’ parti Barisan Nasional.  BN telah memandang ke hadapan dan telah menjangkakan perkara sebegini.  Kerana itu, BN menyediakan platform khas untuk setiap kaum supaya tiada siapa yang terpinggir.  Inilah bukti kebijaksanaan kepimpinan BN sejak dahulu lagi.

Hari ini, kita telah melihat sendiri bagaimana ‘parti berbagai kaum’ sebenarnya adalah jauh lebih rasis dari ‘parti satu kaum’.  Semoga pengajaran yang didapati selama sepenggal ini akan membantu kaum India membuat pilihan yang tepat dalam PRU kali ini

APJ : YANG AKU BOLEH KATA KAT PR ADALAH SEPERTI DI BAWAH


Tuesday, 23 April 2013

HOT NEWS : 60 RIBU BUKAN 600 OK !!! LA ANWAR MARAH KA ?? CEHHH !!!! #BNBagus #Transformasi #ManifestoBN #BetterNation #GE13 #PRU13 #Vote4BN


Inline image 2

Lebih 60,000 menghadiri majlis ramah mesra bersama PM di Westport, Kelang Sabtu lepas.
Turut hadir pada majlis ini Datuk Michelle Yeoh yang menyuarakan sokongan kepada kepimpinan DS Najib Razak.

Kehadiran ramai penyokong PM menunjukkan sokongan rakyat Selangor yang kembali memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan BN. JOM BACA SINI

Inline image 3

Inline image 1

PELABUHAN KLANG, 21 April (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) telah membawa keamanan dan keharmonian di negara ini selama 55 tahun lepas, dengan itu tidak perlu menukar kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara di bawah pemerintahan kerajaan BN telah berdepan pelbagai cabaran di masa lalu seperti memerangi komunis dan konfrontasi, namun berupaya menanganinya untuk membawa keamanan, keharmonian dan kestabilan di negara ini.

"Bulan lepas kita berdepan dengan pengganas yang mendarat di Lahad Datu dan kita memerangi mereka untuk memastikan keamanan pulih di Sabah.

"Inilah jenis kerajaan yang kita mahu, kerajaan yang bersedia dan berupaya memastikan keamanan dan keharmonian di negara ini," katanya ketika berucap di hadapan lebih 60,000 orang yang menghadiri 'Majlis Ramah Mesra Bersama PM' di perkarangan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Westport, di sini Sabtu malam.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri mempersoalkan motif pihak tertentu yang berkeras mahu membawa perubahan di negara ini sedangkan kerajaan sedia ada mampu membawa perubahan daripada segi politik, ekonomi dan sosial.

"Ahli politik tertentu bercakap mengenai 'Ubah' , tetapi apa yang nak diubah?...

"Anda mahu ubah keamanan dan keharmonian negara dengan konflik dan keganasan? Adakah itu yang anda mahu?," tanya beliau.

Oleh itu, katanya sebagai Perdana Menteri yang mahu mendapatkan mandat baharu, beliau berikrar untuk memulihara keamanan dan keharmonian di negara ini.

Najib berkata jika perubahan yang dicari rakyat, itulah juga yang sedang dilakukan oleh kerajaan menerusi pelbagai program transformasi termasuk Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

Menegaskan bahawa pelbagai program transformasi untuk membawa perubahan di negara ini tidak sama seperti 'Arab Spring' yang tersalah kira, Najib berkata transformasi yang dibawa kerajaan distruktur dan dirancang dengan baik dan sistematik untuk memastikan perubahan berlaku secara tersusun.

"Jika anda cuba bawa perubahan secara drastik dan radikal dalam tempoh semalaman, anda tidak akan dapat hasil seperti yang anda inginkan," katanya.

Kepada masyarakat Cina, Najib berkata kerajaan telah melakukan amat banyak daripada sebelumnya terutama dalam bidang pendidikan.

Beliau berkata di samping membenarkan pembinaan Sekolah Menengah Chong Hwa Kuantan di Pahang, kerajaan juga menempatkan semula 71 buah sekolah Cina ke tapak baharu.

Kerajaan juga akan terus memperuntukkan RM100 juta setahun untuk sekolah-sekolah Cina.

"Kerajaan juga sedang berbincang dengan Dong Zhong mengenai sijil UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu)," katanya.

Najib berkata dengan pelbagai perubahan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan BN, kini terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan pemimpin yang mereka percayai untuk mentadbir negara pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Terdahulu, berkongsi perbualannya dengan anaknya Mohd Ashman semasa dalam perjalanan ke majlis ini, Najib berkata beliau kagum dengan perkataan "negara" dalam tulisan Cina iaitu 'guo jia', yang menunjukkan sempadan, tanah, populasi dan lembing.

"Apa yang menarik ialah kaum Cina percaya untuk melindungi keluarga, kita perlu mempunyai sebuah negara yang utuh.

"Hanya dengan mempunyai negara yang utuh sahaja kita boleh menjamin keamanan dan keharmonian," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin.

Majlis makan malam itu turut dihadiri isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai dan aktres terkenal Datuk Seri Michele Yeoh.

-- BERNAMA


Monday, 22 April 2013

GEMPAR !!! BERITA BURUK UNTUK ANWAR #PRU13 #TolakPR #GE13 #TolakPAS



Uthayakumar Bertanding, Khabar Buruk Untuk PR 


Bekas pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar sudah sah bertanding dalam PRU-13 inidi Parlimen Kota Raja sebagai calon Bebas dalam pertarungan 4 penjuru yang turut melibatkan BN, PAS dan seorang lagi calon Bebas.

Uthayakumar juga mencalonkan dirinya di DUN Seri Andalas yang dipertahankan oleh PKR melalui penyandangnya Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam dalam pertandingan 5 penjuru.

Lebih menarik lagi di kerusi yang sama, seorang bekas pemimpin PKR, Kottappan A/L Suppaiah serta mencabar Xavier menjadikan pertarungan di DUN Sri Andalas cukup sengit.

Pada PRU 12 2008 yang lalu, Parlimen Kota Raja dimenangi oleh PAS manakala DUN Sri Andalas dan Sri Muda dikuasai PKR, masing-masing dengan majoriti yang cukup besar kerana mereka mendapat laba hasil manfaat undi protes oleh pengundi keturunan India terhadap BN tika itu.

Namun kemudiannya, pasca PRU 12 menyaksikan masyarakat India semakin ramai berpaling arah meninggalkan PR, antara faktor pendorongnya ialah isu Kampung Buah Pala dan layanan diskriminasi oleh PR.

Ternyata selama ini PR hanya mengambil kesempatan semata-mata untuk kepentingan politik tanpa berusaha menambah baik kehidupan masyarakat India.

Dengan kemunculan Uthayakumar sebagai calon Bebas di Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas, jelas sekali ia satu perkhabaran buruk buat PR. PRU kali ini pastinya menyaksikan PR berdepan masalah besar untuk meraih undi masyarakat India.

Semasa proses penamaan calon pada 20 April 2013, agak ketara tanda-tanda kemerosotan sokongan masyarakat India kepada PR apabila kehadiran mereka amat sedikit bilangannya dibandingkan penyertaan kaum itu yang agak besar jumlahnya bersama BN.

Ini mengesahkan lagi senario sudah berubah dan PR bakal berdepan tugas sukar untuk menahan arus perubahan yang berlaku ini. Jika ia berterusan, nescaya khabar buruk itu bakal menjadi igauan bila mana kelak banyak kerusi PR terbang melayang.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...